
Wednesday, April 06, 2016
Halang Tugas Polis, ADUN PKR Ditangkap

KANGAR : Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Indera Kayangan
Chan Ming Kai yang didakwa menghalang tugas polis di Taman Jaya Diri di
sini, ditahan di Ibu Pejabat Polis Kangar pukul 9.30 pagi ini.
ADUN dari Parti Keadilan Rakyat (PKR) itu ditahan mengikut Seksyen 186 Kanun Keseksaan.
Beliau didakwa menghalang pemasangan menara telekomunikasi di kawasan
perumahan itu serta menghalang anggota polis melakukan kawalan
keselamatan.
Chan yang dihubungi Bernama hari ini berkata beliau membuat bantahan
itu kerana mendakwa syarikat Perlis Comm Sdn Bhd yang mendapat tender
kerja tersebut tidak memiliki permit khas dari Pejabat Tanah dan Galian
(PTG) Perlis walaupun mendapat kebenaran Majlis Perbandaran Kangar
(MPK).
Ketua Polis Daerah Kangar DSP Wari Kiew mengesahkan penahanan itu mengikut Seksyen 186 Kanun Keseksaan.
Disediakan oleh : PeneranganPemudaSEREMBAN
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment