Wednesday, April 06, 2016
Pembangkang Boleh Tutup Cerita Dana RM2.6 Bilion – Ismail Kijo
KUALA LUMPUR : Ketua UMNO Bahagian Ampang, Datuk Ismail Kijo
meminta agar pihak tertentu khususnya pembangkang agar berhenti
daripada terus menabur fitnah berhubung isu dana RM2.6 bilion, di mana
hari ini ianya telah terbukti bahawa dana tersebut datangnya daripada
keluarga di Raja Arab Saudi yang diberikan kepada Perdana Menteri, Datuk
Seri Najib Tun Razak atas dasar sumbangan beliau terhadap dunia Islam.
Menurutnya, sudah cukuplah pihak pembangkang menabur fitnah dan
tohmahan terhadap Datuk Seri Najib sehingga membuatkan beliau dikeji,
dihina dan dikecam oleh segelintir rakyat di negara ini.
“Hari
ini sudah terbukti bahawa segala dakwaan pembangkang berhubung isu dana
2.6 bilion itu hanyalah sekadar satu tohmahan yang tidak ada asasnya.
Bahkan, akhbar WSJ yang mula-mula mengeluarkan berita berhubung dana
tersebut hari ini akhirnya terpaksa mengaku bahawa dana RM 2.6 bilion
itu adalah pemberian keluarga diRaja Arab Saudi.
“Jadi saya minta selepas ini tidak ada lagi fitnah dan tohmahan dari
pihak pembangkang berhubung isu dana tersebut. Cerita dana ini sudah
selesai dan kebenaran akhirnya berpihak kepada Datuk Seri Najib
sekaligus membuktikan sekali lagi bahawa pembangkang menjadikan fitnah
sebagai senjata untuk menjatuhkan pemimpin,”ujarnya kepada media
di sini hari ini.
Sehubungan dengan itu, beliau meminta agar rakyat di negara ini agar
sentiasa bersikap teliti dan menyiasat terlebih dulu apabila mendengar
sebarang informasi berhubung penyelewengan itu dan ini yang dilakukan
oleh kerajaan yang datang dari pihak pembangkang.
“Pembangkang sejak dulu lagi memang suka bermain dengan fitnah yang
menjadi satu senjata utama mereka untuk menjatuhkan pemimpin. Dulu Tan
Sri Khalid juga dijatuhkan melalui fitnah yang direka dan dijaja oleh
ahli partinya sendiri, PKR. Fitnah dan pembangkang memang tidak boleh
berpisah.
“Sebab itu saya gesa rakyat di negara ini mengamalkan sikap menyiasat
dulu sebelum mempercayai sesuatu berita itu amat penting, apatah untuk
umat Islam di negara ini. Di dalam Islam, perbuatan menyiasat terlebih
dulu sebarang berita, terutama yang datang dari golongan fasik merupakan
perintah Allah swt yang termaktub di dalam Al Quran.
“Sekarang ini zaman yang terlalu mudah untuk fitnah tersebar terutama
dalam aplikasi teknologi canggih seperti facebook, twitter dan whatsapp
yang tiada sempadan. Jangan terus percaya bulat-bulat dengan apa yang
disebarkan kerana kita bimbang ianya adalah fitnah dan lebih buruk lagi,
apabila kita pula yang menyebarkan fitnah tersebut kepada rakan-rakan
atau saudara mara kita,” jelasnya.
Disediakan oleh : PeneranganPemudaSEREMBAN
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment