Wednesday, April 06, 2016

Menjelang PRN Sarawak Pembangkang Masih Bergelut Isu Calon, Modal Politik

KUALA LUMPUR : Parti-parti pembangkang di Sarawak dilihat bukan sahaja bercelaru berhubung pengagihan kerusi untuk ditandingi malah ketandusan modal politik untuk dijaja kepada rakyat negeri terbabit menjelangnya Pilihan raya Negeri (PRN) dalam masa terdekat.

Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Asajaya, Datuk Karim Rahman Hamzah berkata perkara berkenaan bukan satu perkara yang baru di kalangan mereka malah menjelangnya saat-saat akhir pilihan raya kecelaruan mereka makin menjadi haru biru.
pakatan caca merba 
Menurut beliau walaupun atas nama pakatan apa sekalipun soal tersebut amat sukar untuk mencapai penyelesaian apatah lagi melibatkan soal-soal modal politik untuk digunakan pada pilihan raya tersebut.

“Semakin dekat kita menghampiri tarikh pilihanraya semakin bercelaru pihak pembangkang dalam soal calon dan isu politik yang diketengahkan.  Dari dulu mereka cuba menjayakan percaturan  calon ‘satu lawan satu’ antara mereka dengan BN tapi kita yakin perkara yang sama akan berulang di mana mereka akan tetap bersaing sesama mereka.

“Kita akan tengok nanti…pada hari penamaan calon berapa kawasan yang akan melihatkan pertandingan beberapa penjuru dan melibatkan dua atau tiga parti pembangkang.

“Ini membuktikan bahawa pembangkang sebenarnya tidak sepakat dengan masing-masing cuba merebut kuasa. Mereka sekadar boleh menjaja nama Pakatan Rakyat atau Pakatan Harapan namun hakikatnya itu hanyalah wayang sandiwara semata-mata,” katanya kepada media, di sini, hari ini.

Beliau seterusnya menegaskan isu-isu politik yang diketengahkan hari ini pun menampakkan mereka ketandusan modal politik.

“Isu GST yg sudah setahun berlalu diungkit semula. Isu mengundi Adenan bererti mengundi Najib menunjukan pembangkang tidak faham bahawa pilihan raya ini adalah pilihan raya negeri untuk memilih kerajaan negeri. Lagi pun Najib tidak bertanding pada pilihan raya negeri.

“Dan kecelaruan di kalangan pimpinan Dap juga ketara apabila sesetengah pemimpin mereka mengatakan mereka akan menang besar dan sesetengah pulak mengatakan mereka menghadapi kesukaran. Mereka bercelaru dan sudah hilang arah tujuan. Insyaallah BN akan menang besar,“ ujarnya.

Disediakan oleh : PeneranganPemudaSEREMBAN

No comments:

Post a Comment