
Wednesday, April 06, 2016
Lagi Bukti Skandal… BN Kemukakan Dokumen Mengenai Tanah Taman Manggis
PUTRAJAYA : Barisan Nasional (BN) telah mengemukakan dokumen
perjanjian jual beli mengaitkan plot tanah di Taman Manggis, Pulau Pinang yang menimbulkan kontroversi yang dijual kepada pihak ketiga.
Ketika mendedahkan perjanjian itu di sini hari ini, Pengarah
Komunikasi Strategik BN Datuk Abdul Rahman Dahlan berkata dokumen itu
menunjukkan bahawa Kuala Lumpur International Dental Centre (KLIDC) Sdn
Bhd telah menjual saham tanah itu kepada pihak ketiga.
Abdul Rahman, yang juga Menteri Kesejahteraan Bandar, Perumahan dan
Kerajaan Tempatan berkata perjanjian bertarikh 11 Nov tahun lepas, juga
menunjukkan bahawa harga pembelian transaksi sub-jualan itu ialah
RM70,643,628.

Tanpa mendedahkan identiti “pihak ketiga”, beliau menarik perhatian
bahawa Ketua Menteri Pulau Pinang Lim Guan Eng telah menafikan yang
tanah itu dijual kepada pihak ketiga.
“Tetapi apa yang beliau (Lim) tidak mendedahkan ialah tanah itu
sekarang dipegang oleh KLIDC dan penjualan sahamnya (KLIDC) mempunyai
kesan yang sama seperti juga menjual tanah,” katanya pada sidang media
di pejabatnya di sini.
Pada 24 Mac, Lim menolak dakwaan bahawa tanah di Taman Manggis –
yang dikatakan untuk pembangunan projek perumahan Rakyat Termiskin
(PPRT) akan dijual kepada pihak ketiga dan tanah itu masih di bawah
KLIDC seperti dinyatakan dalam geran tanah.
Isu berhubung tanah Taman Manggis dan banglo yang dibeli oleh
Lim bermula apabila perkara itu dibangkitkan di Dewan Rakyat oleh
Anggota Parlimen Tasek Gelugor, Datuk Shabudin Yahaya, yang meminta
Jabatan Penilaian dan Pembangunan Hartanah membuat penilaian ke atas
hartanah RM2.8 juta itu kerana mendakwa harga semasa adalah melebihi RM3
juta.
Abdul Rahman berkata, perjanjian meliputi penjualan antara
lain berhubung-kait antara satu sama lain melibatkan penjualan KLIDC dan
Victoria International Medical Centre Sdn Bhd, masing-masing pada harga
RM18,643,628 dan RM52,000,000, dan syarikat yang terlibat dimiliki oleh
Datuk Tang Yong Chew dan isterinya.
“Apabila dibaca pada masa yang sama, kedua-dua perjanjian
nampaknya melibatkan penjualan Medical Centre dan projek Hotel dengan
aset teras ialah tanah di Taman Manggis,” kata beliau.
Projek di kawasan tanah itu kini ditangguhkan selepas mendapat bantahan daripada beberapa pihak.
Walaupun penjualan tanah di Taman Manggis adalah lebih rendah
daripada harga pasaran, Abdul Rahman berkata, tanah itu kemudian dijual
semula oleh KLIDC kepada pihak ketiga bagi RM70.6 juta, dengan
keuntungan diunjurkan sebanyak RM59 juta, walaupun teras projek belum
dibangunkan.
Beliau berkata tanah itu asalnya dijual kepada KLIDC pada 6 Jun,
2010 apabila Kerajaan Pulau Pinang menawarkannya di bawah permintaan
kontroversi untuk proses cadangan pada harga RM11.55 juta atau RM232
untuk sekaki persegi, harga yang kebanyakan pihak percaya adalah lebih
rendah daripada nilai pasaran pada masa itu.
Abdul Rahman turut mempersoalkan sama ada kerajaan negeri telah
dimaklumkan mengenai transaksi tersebut dan sama ada ia telah memberi
kelulusan.
Selain itu, Abdul Rahman berkata beliau telah mengarahkan pasukannya
untuk mengemukakan perjanjian jual beli dan dokumen lain yang berkaitan
kepada Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) dan polis hari ini.
“Kami berharap dokumen tersebut akan membantu mereka untuk melaksanakan tugas, tanpa takut atau memihak,” katanya.
Disediakan oleh : PeneranganPemudaSEREMBAN
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment