Wednesday, April 06, 2016

Kehidupan Indah Dengan Ukhwah

Kehidupan lebih indah barokah dgn UKHWAH.

Kehidupan kita dikampung.

Ada ketua kampung, ada pak imam, ada bilal, ada doktor, ada cikgu, ada peniaga, ada peladang, ada kontraktor. Kesemuanya MAMPU HIDUP SEPAKAT RUKUN DAMAI HIDUP PENUH BERKAT DGN LIMPAHAN RAHMAT ALLAH. Kalau ada yg miskin daif pun zahirnya susah tapi hati mereka bahagia tenteram tenang beramal ibadah. Itulah kehidupan ISLAM YG ALLAH REDHA. Kerana tidak ada org yg menjadi syaitan menghasut agar hasad dengki mengajak bermusuhan dan persengketaan.

Ulama & Umara dgn bahagian masing2.

Begitulah juga setiap diri antara kita Allah anugerahkan masing2 dgn kelebihan dan dalam kelebihan itu ada juga terdapat kekuranganya. Dan setiap anugerah yg Allah kurniakan dgn bahagian masing2 itu Allah uji dgn kemampuan kita masing2 justeru itu diantara kita semua saling memerlukan antara satu dgn yg lain. 

Sepatutnya ULAMA itu mengajak kita kejalan yg diredhai Allah.

“Dan demikian pula di antara manusia, binatang melata dan hewan ternak, terdiri dari berbagai macam warna. Sungguh yang benar-benar takut kepada Allah di antara hamba- hamba-Nya, hanyalah ula- ma; mereka yang berpengetahuan. Sungguh Allah Maha Perkasa, Maha Pengampun. (Fathir : ayat 28). 

Akan tetapi ULAMA POLITIK SALAFI WAHABI JAUH BERBEZA kerana mereka menghasut kita agar mengamalkan HASAD DENGKI yg menjurus kearah persengketaan dgn mencerca mencela memfitnah sesama kita.

Hanya mereka golongan yg benar2 ULAMA yang mempunyai pengetahuan mendalam yang tahu bahwa takut kepada Allah adalah permulaan dari suatu kearifan. Karena rasa takut demikian sama dengan penghayatan dan cinta, – penghayatan akan semua keindahan dunia lahir dan dunia batin yang sungguh luar biasa (“Allah Maha Perkasa”), dan penuh cinta karena rahmat dan kasih sayang- Nya (“Maha Pengampun”). Kata ulul albab terdapat dalam surat Al-Baqarah berikut.

“Allah memberi hikmah kepada siapa yang dikehendaki-Nya, dan barang siapa diberi hikmah, ia telah memperoleh kebaikan melimpah; tetapi yang dapat mengambil pelajaran hanya orang yang arif.”
(Al-Baqarah : ayat 269)

Para ulama adalah pewaris Nabi dan penerus tugas-tugasnya di dunia, yakni membawa kabar gembira, memberi peringatan, mengajak kepada Allah dan memberi cahaya. 

“Wahai Nabi! Sungguh Kami mengutus engkau sebagai saksi, sebagai pembawa kabar gembira dan pemberi peringatan. Dan sebagai orang yang mengajak kepada Allah dengan izin-Nya, dan sebagai pelita pemberi cahaya. Dan sampaikanlah berita gembira kepada orang-orang beriman, bahwa mereka akan memperoleh karunia yang besar dari Allah.”
(Al-Ahzab : ayat 45-47)

Para ulama sepatutnya bersama UMARA dalam segala aspek kehidupan umat, menjadi penasihat termasuk sokongan moral berlandaskan Al-Quran & As Sunnah. Bukanya bersusah payah menghasut umat islam agar memerangi UMARA yg kononya menzalimi sedangkan tidak sedar diri mengajak umat islam MENZALIMI DIRI. Kerana AGAMA ITU NASIHAT.

Daripada Abu Ruqaiyah Tamim bin Aus al-Dariy RA, bahawa sesungguhnya nabi SAW bersabda, “Agama itu adalah nasihat”. Kami bertanya, “Untuk siapa?” Baginda menjawab, “Untuk Allah, untuk kitabnya, untuk rasulnya, untuk pimpinan orang Islam dan untuk umat Islam semuanya”.
(Hadith Riwayat: Muslim)

Kita semua SUSAH skrg puncanya bukanya salah PEMERINTAH. Tetapi HAMPIR SEMUA GURU2 ULAMA2 POLITIK SALAFI WAHABI bersusah payah dgn menyusahkan diri MENGAJAK KITA SEMAKIN JAUH DARI LIMPAHAN KASIH SAYANG RAHMAT ALLAH. Iaitu dgn menghasut kita bermusuhan agar kita ikut ISLAM KEHENDAK NAFSU MEREKA dgn MENCIPTA GARIS PERBEZAN UTK NAFSU MEREKA.

Jika mereka mengajak kita pd perkara yg Allah REDHA. Saya percaya anda guru2 penjawat2 awam para usahawan dll yg bergaji 2-5 kali ganda dari pendapatan bulanan saya In’shaa Allah anda akan senang hati hidup penuh barokah dgn limpahan rahmat Allah asal saja apa yg anda usahakan itu adalah terhindar dari SYUBHAH yg TIDAK DIREDHAI Allah.

“Dan sekiranya kamu semua mahukan (keredaan) Allah dan RasulNya serta (nikmat kemewahan) di negeri akhirat maka sesungguhnya Allah menyediakan bagi orang-orang yang berbuat baik di antara kamu: pahala yang besar”.
(Al Ahzab ayat 29)

Disediakan oleh : PeneranganPemudaSEREMBAN

No comments:

Post a Comment