
Wednesday, April 13, 2016
Najib Kagum Semangat Ketua Pemuda Umno Sezamannya Pertahan Parti

KUALA LUMPUR : Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak
melahirkan rasa kagum terhadap semangat bekas ketua-ketua Pemuda UMNO
yang sezaman dengannya dalam mempertahan, menegak dan meneruskan
perjuangan parti.
Najib berkata walaupun ada antara mereka kini sudah berumur 60-an, semangat cintakan parti tidak pernah luntur.
“Ada yang kini masih aktif dalam dunia politik dan kerjaya, ada pula
yang telah lama bersara. Ada yang dah bertahun-tahun saya tak jumpa, ada
juga yang telah meninggalkan kita,” katanya dalam catatan terbaru di
blog NajibRazak.com di sini hari ini.
Najib berkata mereka merupakan tempat yang boleh beliau bergantung
harap untuk mempertahankannya bukan sahaja sebagai presiden UMNO tetapi
juga sebagai sahabat.
“Semua yang hadir di dalam dewan semalam adalah sebahagian daripada
sejarah UMNO, kerana tanpa sokongan Pemuda ketika UMNO dilanda konflik
Team A dan Team B suatu ketika dulu, tidak mungkin parti kita akan pulih
dan bangkit menjadi parti yang hebat seperti ia hari ini,” katanya.
Najib mengadakan pertemuan dengan sahabat seperjuangan yang sezaman
dengannya ketika beliau menjadi Ketua Pemuda UMNO, dalam satu majlis di
Putrajaya, semalam.
Perdana menteri berkata beliau tersentuh hati melihat mereka yang
datang dari segenap pelosok negara untuk meluangkan masa bersamanya.
“Ada yang kini masih aktif dalam dunia politik dan kerjaya, ada pula
yang telah lama bersara. Ada yang dah bertahun-tahun saya tak jumpa, ada
juga yang telah meninggalkan kita dan diwakili petang semalam oleh balu
dan waris mereka,” katanya.
Jelasnya, nilai persahabatan antara beliau dengan sahabatnya bukan
bersandarkan nilai material, tetapi berdasarkan nilai persahabatan yang
ikhlas dan tidak boleh dijual beli.
Katanya beliau percaya tidak ada dalam kalangan sahabat-sahabatnya
itu yang akan lari atau khianat terhadap sumpah setia sebagai anggota
terhadap parti yang dikasihi.
“Macam mana pun, walau apa pun yang berlaku, kita nak jaga parti UMNO
keramat kita ini dan tanah air kita untuk generasi akan datang, untuk
anak-anak dan cucu-cucu kita.
“Insya-Allah, sama-sama kita kekalkan tali silaturrahim yang telah
terjalin sekian lama, terus setia dalam persahabatan, ikhlas dalam
perjuangan dan sumpah setia kita untuk UMNO, untuk bangsa dan untuk
negara,” katanya.
Disediakan oleh : PeneranganPemudaSEREMBAN
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment