
Wednesday, April 13, 2016
Sarawak Catat Pelaburan Berjumlah RM11.8 Bilion Tahun Lepas

KUCHING : Sarawak mencatatkan pelaburan modal berjumlah
RM11.8 bilion pada tahun lepas, kata Timbalan Menteri Perdagangan
Antarabangsa dan Industri Datuk Ahmad Maslan.
Beliau berkata jumlah itu menunjukkan peningkatan berbanding RM6.8
bilion pada tahun 2013 dan RM8.4 billion bagi tahun berikutnya.
“Bagi tahun ini MIDA (Lembaga Pembangunan Pelaburan Malaysia) menjangka kemungkinan jumlah pelaburan akan terus meningkat.
“Saya harap pelaburan yang datang nanti ialah pelaburan yang
berteknologi tinggi serta berimpak tinggi,” katanya kepada pemberita
selepas mengadakan lawatan kerja ke kilang pembuatan microchip X-Fab
(Sarawak) Sdn Bhd di sini, hari ini.
Ahmad berkata projek yang diluluskan di Sarawak pula berjumlah 22
projek dengan 1,977 peluang pekerjaan dijana pada tahun lepas.
Beliau berkata peningkatan jumlah pelaburan yang berlaku adalah
disebabkan tiga faktor iaitu kestabilan politik yang baik di negeri itu,
tenaga pekerja yang banyak selain peluang pelaburan yang baik.
Disediakan oleh : PeneranganPemudaSEREMBAN
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment