
Wednesday, April 06, 2016
Peneroka Diminta Tidak Terpengaruh Persepsi Salah Terhadap Felda – Isa Samad

SEREMBAN : Pengerusi Felda Tan Sri Isa Abdul Samad berharap
peneroka tidak terpengaruh dengan persepsi salah yang diwujudkan oleh pihak tertentu bertujuan untuk menimbulkan kemarahan terhadap organisasi itu.
Beliau berkata persepsi salah itu jika dipercayai boleh mendatangkan masalah dan kerugian kepada peneroka.
Katanya pihak Felda telah berusaha memberi penerangan dan
penjelasan berhubung perkara itu kerana tidak dinafikan ada peneroka
yang mempercayai persepsi salah itu.
“Persepsi salah ini…ditokok tambah pula oleh tokoh politik yang
menentang kerajaan …maka berlakulah peristiwa-peristiwa seperti membawa
kes ke mahkamah yang tidak selesai sehingga hari ini,” katanya ketika
merasmikan Seminar Jawatankuasa Persepakatan Bersama (JCC) 2016 anjuran
Felda di sini, hari ini.
Mengambil contoh isu perahan minyak sawit yang dimanipulasi
pembangkang bagi mengaburi peneroka kononnya mereka sepatutnya menerima
pendapatan lumayan namun mendapat sebaliknya, Isa berkata ia adalah
mainan licik politik bagi menjejaskan imej Felda.
Katanya harga yang diberikan Felda jauh lebih baik daripada tempat
lain dan harga itu tercatat di akhbar setiap hari sepertimana yang
digariskan Lembaga Minyak Sawit Malaysia (MPOB).
Menurutnya JCC ditubuhkan pada 2008, selain menguruskan pembelian
hasil sawit daripada peneroka dan platform bagi jalinan pembekal,
pengilang dan peneroka, ia juga membincangkan masalah berkaitan jual
beli buah tandan segar (BTS) peneroka ke kilang Felda Global Ventures
Holdings Berhad (FGV).
Dalam sidang akhbar kemudiannya, Isa menjelaskan terdapat kira-kira
15 hingga 20 peratus daripada 90,000 peneroka yang mengusahakan tanaman
sawit tidak menjual BTS ke kilang FGV ekoran beberapa faktor termasuk
memerlukan duit tunai setiap hari.
“Felda ada dua cara bayaran iaitu ada peneroka yang nak bayaran
sebulan sekali, ada yang nak dua kali dalam sebulan … bagi yang nak
hari-hari dibayar, mereka mencari orang luar. Bagaimanapun Felda dan FGV
akan meneliti perkara ini,” katanya.
Disediakan oleh : PeneranganPemudaSEREMBAN
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment