Thursday, March 10, 2016
Ada Perjumpaan Rahsia Mahu Gulingkan Najib Di Kediaman Mahathir Semalam?
Gerakan mahu menggulingkan Perdana Menteri, Datuk Seri Mohd Najib Tun Razak masih belum reda tidak diam begitu sahaja.
Kumpulan ‘Anti-Najib’ yang dipelopori
oleh bekas Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamed ini terus merancang
dan berusaha agar keperibadian Najib Razak terus dipersenda dan
membuatkan rakyat berasa marah.
Terkini, dari beberapa sumber di Seri
Kembangan melaporkan kepada pihak media, semalam ada satu perjumpaan
rahsia dengan beberapa pemikir dan sahabat Dr Mahathir.
Menurut sumber berkenaan, perjumpaan
rahsia itu dilakukan di rumah bekas Perdana Menteri itu di Seri
Kembangan, Selangor pada waktu malam.
Difahamkan, samar-samar kelihatan yang
hadir ke perjumpaan rahsia yang dipercayai bermotifkan mahu
menggulingkan Perdana Menteri itu adalah Tan Sri Vincent Tan, Tan Sri
Muhammad Mohd Taib dan beberapa individu lain yang juga turut kelihatan.
Lim Kit Siang juga dipercayai turut bertemu dengan Dr Mahathir bersama-sama segelintir pemimpin dari parti DAP.
Ini juga sebagai bukti bahawa gerakan
‘Anti-Najib’ ini bukan kerana rakyat, tetapi ia telah bersifat
kepentingan peribadi dan memasuki episod lebih ‘kejam’ selepas ini.
Ternyata, Dr Mahathir teramat terdesak dan bercita-cita amat tinggi untuk melihat Najib Razak jatuh dari jawatannya itu.
Disediakan oleh : PeneranganPemudaSEREMBAN
Subscribe to:
Post Comments (Atom)

No comments:
Post a Comment