Thursday, March 10, 2016

Bebas Anwar Atau Naikkan Anak Sebagai PM, Semuanya Bukan Perjuangan Rakyat

EDITOR MENULIS...
10 MAC 2016
tun-m3
Dahulu lagi pun kita dah sebut, parti parti pembangkang macam PKR ini bukanlah dia tu berjuang untuk rakyat tapi individu bernama Anwar. 1999 masa tubuh, bini Presiden, hari ini 2016 pun bini masih Presiden, tak pernah ada pertandingan kecuali sekali bila Anwar sendiri nak bertanding melawan bininya itu pada 2015.

Hujung-hujung kensel sebab rupanya tujuan bertanding itu hanya untuk halang Azmin lawan Azizah saja.

Tubuh Pakatan Rakyat, hancur yang itu tubuh Pakatan Harapan, sekarang PakaTUN pula, macam itu juga, agenda sama – kerana Anwar (nak jadikan dia Perdana Menteri, sekarang nak bebaskan dia). Ini namanya agenda peribadi, bukan agenda rakyat.

Cuma sedikit berbeza dalam PakaTUN sekarang, Mahathir pun bawak agenda untuk naikkan anak dia jugak – itu yang susah nak menyebut siapa patut ganti Datuk Sri Najib Tun Razak sebagai Perdana Menteri tu.

Mana-mana satu pun, dimana dia agenda rakyat?  Kata Najib seksa rakyat dengan kenakan GST, tapi sejak sign deklarasi itu hari, mana cerita pasal nak hapuskan GST? Balik-balik yang kita dengar pasal agenda nak bebaskan Anwar, agenda nak jadikan anak Perdana Menteri, agenda rakyat mana?
IMG_5464
Jadi, ceritanya sekarang nak Najib turun bukan untuk rakyat tapi sebab nak Anwar bebaslah, nak anak jadi Perdana Menterilah dan sebagainya.  Yang tertulis haram tak sentuh, yang tak ditulis pulak hangat dibincang. Jumpa senyap-senyap (rahsialah kononnya) di rumah, bukan sentuh apa langsung pasal 35 perkara itu, tapi macam mana nak bebaskan Anwar dan anak nak jadi Perdana Menteri.

Maka itu rakyat jangan kena tipu lagi dengan puak-puak ini.  18 tahun ke sana ke mari dakwa Anwar ini liwat, sekarang dia kata tak liwat pulak dan sokong dibebas, cukuplah kita tertipu, takkan nak kena tipu sampai mati kot?

Yang membantu rakyat sekarang, siang ke malam, malam membawa ke pagi berfikir macam mana nak bantu rakyat, hanyalah Najib, yang mereka sibuk fikir macam mana nak bebas Anwar dan jadikan anak sebagai Perdana Menteri...

Fikir-fikirkanlah...

Disediakan oleh :
https://blogger.googleusercontent.com/img/b/R29vZ2xl/AVvXsEgL6gNw-FECpgBNYj5oxUzyMmBEYK_yeKaoZ4-9uM-1VsmA15QBR2_qDYB_fWpmzfrmVEuI41tdrmAlKrMtnrLLyvsnALut2F3R0GQ7jQvVRKwBMFQ8gzROAzgKEhHYMfVsvIn7OFFvUoY/s200/Acoy_Posterize.jpg
Sdr Syamsul Amri bin Hj Ismail
Ketua Penerangan
Pergerakan Pemuda UMNO Bahagian Seremban

No comments:

Post a Comment