Thursday, March 10, 2016
Orang Asli Tidak Terpinggir Dalam Pembangunan Negara – PM
KUALA LUMPUR : Kerajaan tidak akan membiarkan mana-mana golongan
masyarakat termasuk Orang Asli terpinggir dalam agenda pembangunan
negara, kata Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak.
Najib berkata, keprihatinan kerajaan memelihara kebajikan Orang Asli
dapat dilihat hasil usaha Pertubuhan Kebajikan Islam Malaysia (PERKIM)
melalui Asrama Darul Falah (ASDAF) dalam menyediakan pendidikan akademik
rasmi kepada suku kaum Orang Asli dan menjaga kebajikan mereka secara
berterusan.
“Alhamdulillah, petang tadi saya berkesempatan melawat ASDAF di Bukit
Persekutuan, Kuala Lumpur, yang diurus dan disediakan oleh PERKIM untuk
anak-anak Orang Asli dari kawasan pedalaman,” katanya menerusi catatan
terbaru dalam blog beliau, www.najibrazak.com.
Hasil tinjauan dan perbincangan bersama pengetua asrama, Ustaz
Zulyadain Mohd Radzi, perdana menteri telah diberitahu bahawa keadaan
asrama berada dalam suasana kurang memuaskan dan perlu ditambah baik
untuk 42 orang anak-anak yang mendiaminya.
“Antaranya, katil, tilam dan bantal berada dalam keadaan uzur dan
perlu diganti segera demi keselesaan anak-anak. Selain itu, keadaan
surau, tangki air dan tandas juga memerlukan perhatian dan tindakan
baikpulih akan segera diambil oleh komuniti sukarelawan belia Malaysia,
1M4U,” katanya.
Najib berkata, 1M4U juga akan mengadakan kelas tambahan Bahasa
Inggeris kepada pelajar-pelajar yang akan menduduki peperiksaan tahun
ini.
Kelas Teknologi Maklumat (IT) dan peningkatan kemahiran vokasional akan turut dilaksanakan dengan kerjasama GIATMARA.
Projek pemulihan jangka panjang akan dilakukan supaya anak-anak ini
mendapat tempat tinggal lebih baik dan dapat belajar dalam keadaan yang
lebih sempurna, katanya.
“Insya-Allah, saya akan kembali melawat asrama ini bagi memastikan projek ini siap dilaksanakan,” kata Najib.
Disediakan oleh : PeneranganPemudaSEREMBAN
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment