Thursday, March 10, 2016

Bila PAS Bersama DAP, Mereka Kritik. Sekarang?

EDITOR MENULIS...
10 MAC 2016
ibrahim dap
Dalam soal ini, kita ketepikan dahulu ahli-ahli UMNO yang sejati, kerana kita tahu bahawa mereka sangat mustahil untuk berkompromi dengan DAP. Asasnya, selama ini, apatah lagi ditambah dengan tempoh 22 tahun bersama mantan perdana menteri, menjelaskan akan siapa DAP itu secara nyata dan terang.

Dan itu fakta, serta hakikat tentang DAP.

Suatu ketika, atas nama tahaluf siyasi, PAS mengorak langkah berharapan baru lantas membina hubungan politik dengan DAP. Saling berpelukan, senyuman terukir, menyatakan hasrat untuk menumbangkan Barisan Nasional.

Dalam ketika inilah, kita menyaksikan PERKASA, yang sangat berbangga apabila didakwa lebih Melayu dari UMNO, melakukan pembantaian bertubi-tubi ke atas PAS berikutan kerjasama yang terjalin dengan DAP. Konsistensi inilah antara yang menjadi punca, bagaimana gerakan massa secara besar-besaran menyertai pertubuhan itu.

Kegagalan PAS dalam mendominasi, atau selalu disebut “keldai tunggangan” DAP menjadikan parti itu sering menjadi “bola tanggung” kepada siri ceramah PERKASA. Isu-isu sensitif tentang Islam, di mana PAS dilihat tidak konsisten dan gagal memainkan peranan selaku parti Islam, turut menjadi agenda pembantaian.

Akhirnya, PAS belajar dari pengalaman kerjasama mereka bersama DAP dan mula kembali menyusun langkah untuk membebaskan parti tersebut dari belenggu yang sering menghantui.

“Suara-suara ghaib” yang selama ini merupakan “chain of command” dalam diam, telah berjaya dihapuskan. Namun, galang gantinya cukup memeritkan, apabila tertubuhnya Parti Amanah Negara.

PAS kini faham dan sedar, bahawa memang perjuangan mereka tidak boleh bersama DAP. Mereka akur, dan mengambil keputusan untuk mufaraqah, sekaligus membenarkan kata-kata yang pernah dilemparkan oleh ahli-ahli PERKASA ke atas PAS, dan DAP.

Malangnya, ahli-ahli PERKASA kini seolah-olah alpa tentang apa yang berlaku ke atas PAS. Mereka terlupa, bagaimana mereka cukup lantang menentang kerjasama antara PAS dan DAP. Apakah mereka juga sudah terlupa, indoktrinisasi oleh pimpinan PERKASA ke atas ahli-ahlinya berhubung siapa itu DAP?

Di mana maruah ahli-ahli PERKASA yang selama ini mengutuk keras kerjasama DAP – PAS, apabila kini ada pimpinan yang mereka sanjungi sudah berubah arah membina kerjasama dengan DAP?

Hanya mereka yang benar-benar berjiwa PERKASA faham akan tindakan selanjutnya yang perlu diambil. Maka tidak salah lah wujudnya peribahasa Melayu “menepuk air di dulang, terpercik muka sendiri”.

Ibarat meludah ke langit.

Disediakan oleh :
https://blogger.googleusercontent.com/img/b/R29vZ2xl/AVvXsEgL6gNw-FECpgBNYj5oxUzyMmBEYK_yeKaoZ4-9uM-1VsmA15QBR2_qDYB_fWpmzfrmVEuI41tdrmAlKrMtnrLLyvsnALut2F3R0GQ7jQvVRKwBMFQ8gzROAzgKEhHYMfVsvIn7OFFvUoY/s200/Acoy_Posterize.jpg
Sdr Syamsul Amri bin Hj Ismail
Ketua Penerangan
Pergerakan PemudaUMNO Bahagian Seremban

No comments:

Post a Comment