Thursday, March 10, 2016

Mudaratkan Sistem Demokrasi Negara Boleh Dihukum Penjara Sehingga 20 Tahun

KUALA LUMPUR : Seorang pengamal undang-undang, Kamaruddin Ahmad berkata mana-mana individu atau kumpulan yang melakukan perbuatan yang mendatangkan mudarat kepada sistem demokrasi negara boleh diambil tindakan berdasarkan peruntukan perlembagaan persekutuan di bawah Kanun Keseksaan 124B dan boleh dijatuhkan hukuman penjara maksimum selama 20 tahun.

Beliau juga tidak menolak bahawa tindakan Tun Mahathir dan sekumpulan mereka mengadakan deklarasi rakyat juga  boleh dikenakan tindakan undang-undang di bawah kanun keseksaan tersebut  sekiranya tindakan mereka itu didapati boleh membawa mudarat kepada sistem demokrasi di negara ini.
IMG_5602 
“Apa ertinya memudaratkan demokrasi berparlimen? Iaitu sesuatu aktivit yang dilakukan dengan tidak mengikut perlembagaan.  Di dalam perlembagaan persekutuan pada seksyen 124B Kanun Keseksaan menyatakan, “Barang siapa, dengan apa-apa cara, secara langsung atau tidak langsung, melakukan aktiviti yang memudaratkan demokrasi berparlimen hendaklah dihukum dengan penjara selama tempoh yang boleh sampai 20 tahun”.

“Sehubungan itu, kita dapat lihat ekoran daripada deklarasi pakatan Tun Mahathir ini, dijangka akan berlaku satu protes jalanan pada hujung bulan ini di mana  protes jalanan yang dirancang oleh pihak pembangkang itu telah menerima ‘counter attack’ daripada kumpulan baju merah.

“Sekiranya perkara ini berlarutan dan protes tersebut akhirnya mendatangkan kemudaratan kepada kententeraman awam serta didapati memudaratkan sistem demokrasi di negara ini, maka mereka yang terlibat boleh diambil tindakan dan dijatuhi hukuman berdasarkan peruntukan undang-undang tersebut.

“Undang-undang ini digubal di parlimen dan mereka yang terlibat dengan perbuatan yang dianggap sebagai memudaratkan sistem demokrasi negara sebagai satu kesalahan yang amat berat sehingga mereka boleh dipenjara dalam jangkamasa yang lama,” jelasnya dalam satu temuramah eksklusif bersama media di Menara Dato Onn di sini hari ini.

Selain itu, beliau turut mengesyorkan supaya mana-mana  ahli-ahli parlimen yang terlibat dalam menandatangani deklarasi rakyat baru-baru ini supaya dirujuk kepada jawatankuasa hak dan kebebasan untuk tindakan sewajarnya.

“Ini kerana merekalah yang menggubal undang-undang tersebut namun akhirnya mereka jugalah yang melanggar undang-undang yang mereka gubal. Ini merupakan satukesalahan yang berat yang tidak sepatutnya berlaku,”ujarnya.

Sementara itu, beliau juga secara peribadi melihat deklarasi rakyat ini merupakan satu agenda peribadi Tun Mahathir sendiri dalam usahanya untuk menjatuhkan Datuk Seri Najib sebagai Perdana Menteri Malaysia.

“Bagi orang-orang lama di dalam perjuangan UMNO seperti saya pasti tahu bahawa Tun Mahathir merupakan seorang yang pendendam. Beliau tidak akan  berpuas hati selagi matlamatnya tidak tercapai. Dalam hal ini, saya kira ianya sudah menjadi satu perkara personal antara beliau dan Perdana Menteri , dan bukan lagi semata-mata kerana soal politik.

“Ramai orang yang saya jumpa, termasuk bukan Melayu kini mulai marah dengan tindakan  Tun Mahathir itu. Kata mereka, tindakan Tun itu seolah-olah memperlihatkan beliau tidak kisah kesan perbuatannya itu kepada negara, asalkan hasratnya itu tercapai. Inilah perkara yang membuatkan orang ramai menjadi bimbang kerana apa yang berlaku itu sudah merentasi batasan logik pemikiran kita.

“Tun tahu dan sedar bahawa tindakannya itu pastinya memberikan implikasi dan kesan yang besar terhadap negara dan rakyat, tetapi beliau tetap mahu meneruskan usahanya itu,” jelasnya.

Disediakan oleh : PeneranganPemudaSEREMBAN

No comments:

Post a Comment