Thursday, March 10, 2016

Hello Mahfuz... Siapa Yang Bangang ??

Dalam politik bukankah tiada yang mustahil.Misalnya siapa pernah mimpi Tun Dr Mahathir Mohamad boleh duduk semeja dengan pembangkang kerana nak jatuhkan Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak.

Jadi Datuk Mahfuz Omar tidak perlu nak tunjuk pandai yang akhirnya buat beliau sendiri nampak bangang.

Ahli Parlimen PAS Pokok Sena yang kebelakangan ini nampak cukup sibuk ‘ himpit’ Dr Mahathir sana sini telah mempertikaikan dakwaan Ahli Majlis Tertinggi UMNO,Dr Mohd Puad Zarkashi mengenai nawaitu bekas Perdana Menteri itu buat deklarasi.

Dakwa Puad deklarasi untuk desak Najib letak jawatan ialah untuk memastikan anaknya Datuk Seri Mukriz Mahathir menjadi Perdana Menteri setelah Najib berjaya dijatuhkan.

Mahfuz sebaliknya dakwa takkan Puad bangang sangat sampai tidak tahu syarat untuk menjadi Perdana Menteri seseorang itu mestilah ahli Parlimen sedangkan Mukriz hanyalah seorang Ahli Dewan Undangan Negeri.

Menurut Mahfuz lagi kalau pun hendak serang Dr Mahathir biarlah bagi hujah yang munasabah dan bukannya mengeluarkan kenyataan yang membengong dirinya sendiri.

Jawab Puad, Mahfuz lupa dalam politik tiada yang mustahil, seperti tidak mustahilnya Mahfuz mempertahankan DAP yang anti Hudud sehingga sanggup menghina Presiden PAS yang dia masih menjadi ahlinya.

Menurut Puad lagi Mahfuz gagal membaca perkara taktikal dalam kenyataannya itu, iaitu tindak tanduk Mahathir termasuk deklarasi Mahathir bersama puak pembangkang  adalah untuk dijadikan sebagai bargaining power menekan Najib supaya memberi laluan mudah kepada Mukriz agar akhirnya nanti menjadi Perdana Menteri.

Katanya sebelum keluar UMNO, Mahathir amat kecewa kerana Najib gagal membantu Mukriz menang jawatan Naib Presiden dalam pemilihan parti 2013.

Justeru mulalah Mahathir membuat kerenah menganggu pentadbiran Najib supaya Najib ikut telunjuknya bagi memastikan agenda Mukriz menjadi Perdana Menteri tercapai.

Kemarahan Mahathir terhadap Najib memuncak apabila Datuk Seri Zahid Hamidi dilantik menjadi Timbalan Perdana Menteri kerana itu dianggap semakin menyulitkan agenda Mahathir dan Mukriz .

Sebagai tindak balas Mahathir keluar UMNO dan mempelopori deklarasi sebagai bargaining power agar Najib reconcile balik dengan beliau untuk pastikan di masa akan datang Mukriz akhirnya jadi PM.

Itu,katanya yang Mahfuz tidak faham.

Menurut Puad tidak timbul isu Mukriz seorang ADUN dan bukan ahli Parlimen kerana ia bukan penghalang.

Beliau memberi contoh beberapa peristiwa yang Mahfuz terlupa.

Contohnya Datuk Seri Dr Wan Azizah sanggup kosongkan kerusi Parlimen Permatang Pauh bagi memberi laluan kepada Datuk Seri Anwar Ibrahim bertanding dalam pilihanraya kecil kononnya untuk menjadi Perdana Menteri kerajaan 16 September.

Dalam satu lagi kes, ADUN Kajang sanggup letak jawatan untuk bagi laluan pula kepada Wan Azizah bertanding kononnya untuk menjadi Menteri Besar Selangor.

Dakwanya justeru kalau DAP sanggup menandatangani deklarasi Mahathir tidak mustahil DAP sanggup kosongkan satu daripada kerusinya dan bagi laluan kepada Mukriz bertanding seperti mana yang dilakukan oleh PKR di Kajang.

Dan tidak mustahil juga Mahfuz sendiri sanggup mengosongkan kerusi Parlimen Pokok Sena dan bagi laluan kepada Mukriz bertanding di sana. 

Disediakan oleh : PeneranganPemudaSEREMBAN

No comments:

Post a Comment