Thursday, March 10, 2016

Dia Jaja Cerita Tohmahan, Tapi Dia Tak Cerita Kurap Dimukanya Sendiri

http://www.thestar.com.my/~/media/online/2014/01/06/09/43/datuk-mukhriz-mahathir.ashx/?w=620&h=413&crop=1&hash=950D874B8FE61612516AAF3E0B4E8482409D4B31
Dari Kedah, dia "membawa diri" selepas dibuang majoriti jemaah UMNO di negeri jelapang padi itu. Dia ke Kelantan, ke Terengganu dan kini dikatakan berada di Pahang. Dia dijangka mungkin akan berkelana ke Johor pula selepas ini. Orang Johor perlu bersedia untuk mendengar gebang anak bekas Presiden yang 'suci' ini...

Khabarnya dia sedang mengelilingi negara kerana mahu mengubat hati yang lara. Dihatinya menyangka dia dianiaya dan dia sajalah yang betul, orang lain semua salah-salah belaka. Diceritakan duka lara hati pada mereka yang sempat dia temui di setiap negeri.

Ceritanya lagi, dia sedang memburuk-burukkan Presiden parti. Beberapa rakaman video dan laporan media turut mengesahkan sikap sebenar anak bekas Presiden itu. Dia persoal tentang wang parti yang sudah diperjelas sejelas-jelasnya. Tapi memandangkan dia saja yang 'suci', maka wang parti itu menjadi modal tohmahan keliling Malaya...

Dia tidak cerita bagaimana gagalnya dirinya sebagai Pengerusi UMNO Negeri. Daftar pemilih 'ke laut', tidak tahu kawasan hitam, putih atau kelabu. Dia tidak cerita betapa gagalnya dia membawa imej UMNO di Kedah. Tidak dia cerita tentang berapa kali dia masuk pejabat Pengerusi UMNO Negeri.

Dia tidak cerita berapa kali dia 'dibancuh disekolahkan' Ketua-Ketua Bahagian untuk kembali fokus meraih sokongan untuk UMNO. Dia tidak cerita bagaimana dia tetap degil walaupun berpuluh kali dinasihatkan. Dia tidak cerita bagaimana dia dirosakkan pegawai-pegawai di sekelilingnya.

Dia tidak cerita betapa dia terlalu percaya pada 'macai-macai'nya. Padahal, ramai yang tahu 'macai-macai'nya itu hanyalah 'ular air' yang laparkan 'dedak'. Dia pecaya pada jumlah 'like' di media sosial, tapi dia tidak peduli pada bilangan undi untuk UMNO pada PRU nanti. Macamlah BN di Kedah itu menang majoriti 2/3...

Dia dilambung cerita 'macai' kononnya Kedah berjaya dirampas BN kerana dirinya. Dia dabik dada, kononnya dialah 'hero'. Namun dia tidak tahu betapa seluruh pejuang UMNO Kedah yang disatukan Ahmad Bashah adalah punca sebenar UMNO menang majoriti mudah, ditambah pula masalah besar yang melanda PAS Kedah ketika itu.

Dia percaya pada 'macai-macai' yang mendakwa kerana 'jasa mereka'lah BN menang di Kedah, padahal Ketua-Ketua Bahagian, Ketua-Ketua Cawangan dan seluruh jentera UMNO lebih besar jasanya memastikan Kedah dirampas dari PAS.

Dia tidak cerita pula tentang pejabatnya sebagai Timbalan Pengerusi UMNO Negeri di Pejabat UMNO Negeri ketika itu yang dikatakan berhabuk bagaikan stor untuk menyimpan barang-barang purba. Berapa kali dia masuk pejabat itu agaknya dalam tempoh setahun?

Mungkin dia fikir bergambar atas tangga dengan makcik di depan rumah itu sesuatu yang luar biasa. Padahal perbuatan itu sudah menjadi kebiasaan bagi setiap pemimpin parti di Kedah. Dia tidak cerita tentang caranya bagaikan 'pelancong' yang dilantik menjadi Menteri Besar?

Penulis yakin, dia mungkin juga tidak cerita tentang kegagalannya menunaikan sebahagian besar manifesto atau Akujanji BN Kedah 2013. Dia mungkin pura-pura lupa tentang litar 1Kedah yang sangat mudah dibina. Dia tidak cerita tentang bagaimana litar yang mahu dibina dengan kos RM4 juta saja, dikatakan tiba-tiba boleh menjadi sehingga lebih RM35 juta?

Khabarnya lagi, dia sedang melobi diri untuk mendapatkan jawatan Timbalan Presiden. Gagal rebut jawatan Ketua Pemuda dan Naib Presiden, dia jawab orang 'main duit'. Tapi dia kononnya 'suci' dari sebarang unsur 'politik wang'. Kononnyalah...

Dia kata dia tidak 'berlakon' dan sememangnya berjiwa rakyat. Tapi semua orang kampung di Kedah tahu dia duduk di kedai kopi, tapi dia bawa 'macai'nya rakam gambar dan viralkan di media sosial. Kapsyennya 'mesra rakyat', padahal kapsyen sepatutnya ialah 'berlakon mesra rakyat di depan telefon pintar macai'...

Penulis dulu pun terpengaruh juga dengan imejnya. Apatah lagi pada namanya ada nama 'Mahathir'. Tapi rupanya dia hanya menumpang nama saja. Gaya aristokratnya jauh berbeza dengan rakyat. Walau hampir 3 tahun menjadi Menteri Besar, dia tetap kekok untuk menjadi orang Kedah yang 'tulen'.

Orang Kedah berpeluh kayuh 'gerek', dia sedap lena atas jet, berulang-alik antara Kedah - Kuala Lumpur. Agaknya Kedah dan Kuala Lumpur itu jaraknya macam Alor Setar - Jitra padanya. Kalau hujung minggu, khabarnya jika tiada di Kuala Lumpur, mungkin dia ada di London, Eropah atau Jepun. Kononnya mencari pelaburan. Padahal?

Banyak yang diceritakan akar umbi UMNO di Kedah kepada penulis sejak dia menderhaka pada parti. Mereka mungkin mampu menahan geram bila dia biadap terhadap Presiden. Tapi bila dia khianat terhadap parti, berbunyi-bunyi telefon bimbit penulis mendengar cerita dari utara sana...

Nasihat penulis, akar umbi di Kedah sana buatlah usul tergempar atau memorandum mendesak Mukhriz dipecat segera. Bukanlah bertindak mengikut emosi marah, tapi perlu diambil tindakan begitu sebagai pengajaran kepada mereka yang khianat pada perjuangan dan parti.

Mungkin Presiden boleh bersilih ganti, tapi bila melibatkan maruah parti, memang tiada toleransi lagi!

Oleh : Amir Hamzah

Disediakan oleh : PeneranganPemudaSEREMBAN

No comments:

Post a Comment