Thursday, March 10, 2016

Orang Panggil Bomba, Tapi Mukhriz Panggil Lim Kit Siang!

EDITOR MENULIS...
10 MAC 2016
http://www.themalaysiantimes.com.my/wp-content/uploads/2016/02/Lim-Najib-Muhyiddin-Mukhriz-685x320.jpg
Selalunya jika berlaku kejadian rumah terbakar, pastinya kita yang berfikiran waras dan melihat kejadian itu di depan mata akan menghubungi pihak bomba secepat mungkin untuk datang memadam kebakaran rumah tersebut.

Namun lain pula halnya dengan pemimpin 'kecewa' yang hilang jawatan di Kedah, Dato' Seri Mukhriz Tun Mahathir. Jika rumahnya terbakar, dia melakukan tindakan 'luar biasa' yang mungkin di pelajari ketika belajar tinggi di luar negara dulu.

Mukhriz dalam kenyataan terbaru, membela 'deklarasi bapanya' mengatakan UMNO bagai rumah yang sedang terbakar, sehingga bapanya keluar dari rumah itu dan sanggup berteduh di rumah musuh politik tradisinya, Lim Kit Siang.

Mukhriz yang masih menjadi ahli rumah tersebut turut sama mengikut bapanya berteduh ke rumah DAP. Mereka sama-sama bersorak dan memburuk-burukkan Presiden rumah tersebut yang dikatakan gagal memadam kebakaran itu.

Di depan Kit Siang, dia kononnya mendakwa mereka keluar dari rumah itu kerana tidak puas hati terhadap Presiden rumah sahaja, dan bukan untuk melihat rumah itu hangus terbakar. Lebih kurang begitulah situasi yang digambarkan Mukhriz.

Itulah otak Mukhriz. Rumahnya terbakar, tapi dia bersorak dengan bapanya. Keluar dari rumah, mereka berlari keliling kampung bertepuk tangan bersama Kit Siang, Guan Eng, Azmin, Mat Sabu dan Tony Pua. Seronok sungguh mereka melihat rumah sendiri terbakar sambil memburuk-burukan Presiden rumah.

Itu yang dinamakan Mukhriz sebagai 'sayang rumah sendiri'? Terlalu sayang rumah sendiri hingga berteduh di rumah 'syaitan rasis' yang mahu menghilangkan segala keistimewaan agama Islam dan bangsa Melayu?

Sudahlah langsung tidak membantu Presiden dan seluruh keluarga UMNO memadam kebakaran, malah mereka simbah minyak pula di dinding rumah sendiri? Konon hanya mahu Presiden letak jawatan, tapi mengapa bakar rumah sendiri?

Tidakkah otak Mukhriz terfikir di mana dia dan seluruh ahli keluarga mahu berteduh jika rumah yang didiami sejak 1946 itu hangus terbakar? Jika tidak puas hati pada Presiden, mengapa tidak tunggu pemilihan di rumah itu nanti? Terlalu rakus sangat pada jawatan Presiden? Mengapa jadikan rumah UMNO itu sebagai mangsa kerakusan politik anak beranak?

Kononnya Mukhriz dan bapanya pembela Melayu dan Islam? Ketika menjadi Perdana Menteri, siapa yang menolak hudud mentah-mentah? Dan siapa pula kini yang mengalu-alukan hudud dan menyediakan platform untuk mendalami serta berusaha mengkaji hukum Allah itu untuk dilaksanakan di Kelantan?

Semasa Mukhriz menjadi Menteri Besar di Kedah, berapa ramai anak Melayu Kedah yang dibela nasibnya? Berapa ramai yang asyik dengan bola tanpa kerja tetap? Berapa ramai pula anak Melayu yang Mukhriz tarik menyertai UMNO? Tok Guru pondok mana di Kedah yang serah borang sertai UMNO pada Mukhriz? Boleh Mukhriz bentangkan statistik?

Apa yang kita lihat, Mukhriz bagaikan 'tong kosong'. Cakapnya hanya retorik mengikut skrip yang mungkin disediakan bapanya. Bagaikan 'lembam', Mukhriz bercakap sesuka hati tanpa memikirkan logik tindakan yang dia lakukan. Itu anak Mahathir? Memalukan!

Disediakan oleh :
https://blogger.googleusercontent.com/img/b/R29vZ2xl/AVvXsEhMoEhF9SBhGuMMWIV247Ei5tk94Gj0YZzzVJ89eF5zV2i_PTSXZix083XM6cNxgxRKqJVlk_dzM3qh_CPVXlkPkZB0_x5juQCeaPmBKncSpi1G3uh1xNh8OkMjfbMkCEyrUxxs6QiNXbsi/s1600/Debat+93.JPG
Sdr Syamsul Amri bin Hj Ismail
Ketua Penerangan
Pergerakan Pemuda UMNO Seremban

No comments:

Post a Comment