Wednesday, March 16, 2016
Blok Ketiga : PAS Alu-Alu Kenyataan 'Bagus' Mat Sabu
KUALA LUMPUR : PAS menyambut baik kenyataan Presiden Parti Amanah Negara
(PAN) Mohamad Sabu bahawa kewujudan blok politik ketiga ditaja oleh PAS
akan memeriahkan demokrasi pembangkang di negara ini.
Ketua Penerangan Dewan Ulama PAS Datuk Khairuddin Aman Razali berkata,
kenyataan bekas Timbalan Presiden PAS itu adalah sesuatu yang bagus
memandangkan dasar PAS mahu mewujudkan politik yang lebih baik pada masa
akan datang.
"Itu sesuatu yang bagus, itu politik yang baik, kita mengalu-alukan
(kenyataan Mat Sabu bahawa kewujudan blok ketiga politik PAS memeriahkan
demokrasi pembangkang)," katanya di lobi Parlimen sebentara tadi.
Mohamad Sabu atau Mat Sabu berkata langkah PAS untuk mewujudkan
kerjasama baru dengan sebuah parti yang belum didedahkan lagi di negara
ini akan membuka ruang demokrasi yang lebih kepada pembangkang.
Kenyataan itu dilihat berbeza dengan beberapa pemimpin Pakatan Harapan
(PH) yang melihat kerjasama politik baru PAS ini akan memecahbelahkan
pembangkang dan merugikan gabungan berkenaan.
Malah seteru PAS, DAP melalui setiausaha agungnya Lim Guan Eng pula
berkata blok politik ketiga PAS itu tidak akan berkekalan sekiranya ia
masih berpegang kepada agenda lama dan bersikap kepartian semata-mata.
Menjawab persoalan itu, Khairuddin yang juga Ahli Parlimen Kuala Nerus
berkata dengan kewujudan blok politik ketiga yang dikepalai PAS, sikap
domimasi sesebuah parti dalam pembangkang akan dikurangkan serta-merta.
"Bila ada blok ketiga ini tidak ada satu pihak yang boleh mendominasi
melainkan mesti bergantung kepada pihak ketiga. Itu memberikan presepsi
mematangkan politik tanah air. Dan itu harapan kita (PAS) dan kehadiran
politik blok ketiga ini akan menjadikan Malaysia lebih baik dari
sebelumnya," katanya.
Beliau berkata, PAS akan mengumumkan secara rasmi kerjasama blok politik
ketiga dengan sebuah parti pembangkang esok pada jam 12.30 tengah hari.
Pengumuman itu akan dibuat Presiden PAS, Datuk Seri Abdul Hadi Awang.
Disediakan oleh : PeneranganPemudaSEREMBAN
Subscribe to:
Post Comments (Atom)

No comments:
Post a Comment