Friday, March 18, 2016
Bodoh Tak Boleh Berfikir!!!! Majlis Peguam Baik Masuk Politik Je.... Jalsoa Kecam Tindakan Badan Peguam Malaysia
KUALA LUMPUR : Persatuan Pegawai-pegawai Perkhidmatan Kehakiman dan
Perundangan (Jalsoa) mengecam tindakan Badan Peguam Malaysia untuk
membahaskan usul mendesak Peguam Negara Tan Sri Mohamed Apandi Ali
meletakkan jawatan pada Mesyuarat Agung Tahunan Badan itu Sabtu ini.
Jawatankuasa Eksekutif Jalsoa dalam kenyataan akhbar pada Khamis,
berkata tindakan Badan Peguam Malaysia itu seolah-olah mempertikaikan
proses perundangan yang telus seperti termaktub dalam Perlembagaan
Persekutuan.
Menurut jawatankuasa itu, sekiranya usul itu diteruskan, ia boleh
dilihat sebagai mengganggu perlaksanaan kuasa dan budi bicara Peguam
Negara seperti yang diperuntukkan mengikut Fasal (3) Perkara 145
Perlembagaan Persekutuan.
"Tindakan Badan Peguam Malaysia itu telah mengundang rasa tidak puas
hati kepada Pegawai-Pegawai Perkhidmatan Kehakiman dan Perundangan yang
merupakan sebahagian daripada institusi perundangan negara ini yang
berperanan melaksanakan tugas-tugas menegakkan keadilan dan melindungi
kedaulatan undang-undang di negara ini dan mengecam tindakan Badan
Peguam Malaysia itu.
"Selaras dengan Perkara 15 (1) Perlembagaan Jalsoa, satu Mesyuarat Agung
Luar Biasa akan diadakan bagi membahaskan usul antaranya menolak usaha
campur tangan dan tekanan oleh mana-mana badan lain termasuk Badan
Peguam Malaysia dalam urusan institusi Peguam Negara untuk melaksanakan
kuasa dan budi bicara seperti termaktub dalam Perlembagaan Persekutuan,"
kata jawatankuasa itu.
Mesyuarat Agung Jalsoa akan diadakan pada 30 Mac ini.
Pada Mesyuarat Agung Tahunan ke-70 itu, Badan Peguam Malaysia juga akan
membahaskan usul meminta Peguam Cara Negara melaksanakan peranan sebagai
Pendakwa Raya dalam kes-kes berprofil tinggi berikutan Badan Peguam
Malaysia berpendapat Peguam Negara tidak lagi layak untuk bertindak
sebagai Pendakwa Raya.
Disediakan oleh : PeneranganPemudaSEREMBAN
Subscribe to:
Post Comments (Atom)

No comments:
Post a Comment