Thursday, March 10, 2016
‘Deklarasi Mahathir’ Polemik Politik Menyalahi Amalan Demokrasi
KUALA LUMPUR : ‘Deklarasi Mahathir’ adalah polemik politik
yang menyalahi sistem dan amalan demokrasi negara ini, demikian kata anggota Parlimen Kuala Selangor Datuk Irmohizam Ibrahim.
Beliau berkata polemik politik sedemikian harus dihentikan, sebaliknya memberi tumpuan kepada pertumbuhan ekonomi negara.
“Kita
harus menjunjung tinggi titah Duli Yang Maha Mulia Yang
di-Pertuan Agong, cukuplah polemik politik … fokus kepada kesejahteraan,
keamanan dan kestabilan negara lebih-lebih lagi dengan cabaran
ketidaktentuan ekonomi dunia ketika ini,” katanya di lobi Parlimen, hari
ini.
Beliau mengulas pandangan Presiden PAS Datuk Seri Abdul Hadi
Awang yang menyifatkan pakatan Tun Dr Mahathir Mohamad yang juga bekas
perdana menteri dan pembangkang bagi menjatuhkan Perdana Menteri Datuk
Seri Najib Tun Razak sebagai perbuatan sia-sia dan ‘gopoh’.
Mengulas isu sama, anggota Parlimen Sekijang Anuar Abdul Manap
turut menyambut baik pendirian Abdul Hadi yang menegaskan parti itu
tidak akan mengambil kesempatan dalam keadaan negara yang tidak menentu
pada masa kini bagi menjatuhkan perdana menteri.
Katanya semua pihak sepatutnya memberi peluang kepada perdana menteri
untuk memberi tumpuan kepada keadaan ekonomi negara dan mentadbir
dengan lebih baik dan bukannya memberi tekanan politik kepada beliau.
“Sekiranya rasa kepimpinan perdana menteri bermasalah, kita ada saluran lebih baik yang boleh digunakan,” katanya.
Disediakan oleh : PeneranganPemudaSEREMBAN
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment