
Thursday, March 10, 2016
Korea Selatan Nyatakan Minat Pertukaran Program Melibatkan Parti Dari Dua Negara
KUALA LUMPUR : Kaunselor Korea Selatan ke Malaysia, AHN
Hyejeong menyatakan minat untuk bersama-sama merealisasikan usaha ke
arah pengukuhan hubungan antara kedua-dua negara yang fokus kepada
pertukaran program melibatkan parti yang menunjangi kerajaan.
Beliau berkata demikian dalam kunjungan hormatnya kepada Setiausaha
Kerja UMNO, Datuk Seri Ab Rauf Yusoh di pejabatnya di Menara Dato’ Onn,
di sini hari ini.
Sementara itu, Ab Rauf berkata UMNO sememangnya terbuka untuk
menjalinkan kerjasama dengan mana-mana parti politik dari seluruh dunia
contohnya, hubungan yang erat antara UMNO dan parti-parti dari Sri
Lanka, Zimbabwe dan China yang mempunyai kerjasama pertukaran program
dan boleh mengembangkan lagi usaha tersebut bersama-sama dengan Korea
Selatan.

“UMNO amat berterima kasih dan amat menghargai hubungan yang terjalin
selama ini yang telah mengadakan pelbagai bentuk kerjasama melibatkan
antara kedua-dua kerajaan.
“Justeru itu, untuk menjadikan ia satu hubungan yang lebih erat,
pertukaran program dan idea antara parti adalah satu usaha yang amat
baik, mampu menjadi sebagai satu permulaan yang cukup bagus.
“Perkara yang paling penting bagi mengukuhkan lagi hubungan antara
dua negara ini pada masa hadapan adalah program yang mampu membentuk
pemimpin muda untuk generasi akan datang,” jelas Rauf.
Dalam pertemuan itu juga, AHN yang baharu sahaja bertugas di Kedutaan
Korea Selatan yang bertanggungjawab di dalam hal ehwal politik
menyatakan bahawa sememangnya tujuan dan hasrat beliau adalah untuk
saling bertukar-tukar idea serta pandangan dalam usaha mengukuhkan lagi
hubungan antara kedua-dua negara.
Sehubungan itu, Ab Rauf mengharapkan agar hubungan ini akan
berterusan kerana kerjasama yang wujud juga mampu dijadikan sebagai
medium bagi memperolehi maklumat yang tepat mengenai parti dan negara
antara kedua-duanya.
Disediakan oleh : PeneranganPemudaSEREMBAN
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment