
Thursday, March 10, 2016
Sokongan, Kesetiaan Wanita Tetap Terus Teguh.. Dulu, Kini Dan Selamanya
KUALA LUMPUR : Ketua Pergerakan Wanita UMNO Malaysia, Datuk
Seri Shahrizat Abdul Jalil berkata, Wanita UMNO akan terus menyokong
kepimpinan Presiden parti, Datuk Seri Najib Tun Abdul Razak seperti mana
Wanita selama ini menyokong presiden parti terdahulu.
Jelasnya, bermula daripada presiden yang pertama sehinggalah kini,
Wanita UMNO tetap setia dengan kepimpinan parti dan sentiasa berdiri
teguh mempertahankan pucuk pimpinan.
“Semasa zaman pemerintahan Tun Abdullah mahupun Tun Mahathir yang
memegang tampuk pimpinan selama 22 tahun, Wanita UMNO lah yang menjadi
tulang belakang kepada kepimpinan mereka.

“Sebagaimana Datuk Seri Najib berhadapan dengan pelbagai masalah,
begitu juga semasa pemerintahan presiden sebelum ini namun Wanita tetap
setia dan teguh menyokong kepimpinan. Kita mengunakan prinsip ini dan
kerana itulah Wanita akan tetap bersama Najib Tun Razak selaku Presiden
parti juga merangkap Perdana Menteri Malaysia,” ujarnya kepada
media.
Beliau berkata demikian selepas menerima kunjungan hormat daripada 24
orang delegasi dari Kaukus Perempuan Politik Indonesia (KPPI) yang
terdiri daripada 7 parti politik di Indonesia.
Tambah Shahrizat, tidak dapat dinafikan Datuk Seri Najib sedang
menghadapi pelbagai cubaan dan dugaan namun itu semua adalah lumrah
dalam dunia politik.
Tegasnya lagi tidak ada mana-mana era kepimpinan politik yang tidak ada cubaan dan dugaan.
“Sebagai Perdana Menteri, Datuk Seri Najib tidak akan terlepas
berhadapan dengan pelbagai dugaan tetapi berkat sokongan semua ahli
parti kita mampu untuk menangani dan membantu beliau untuk terus
memimpin parti keramat ini dan saya percaya PRU ke-14 akan datang BN
akan menang kerana sokongan rakyat masih bersama kita.
“Ramai yang menyelar kepimpinan Najib namun harus disedari, di bawah
kepimpinan beliau Malaysia mampu mempertahankan ekonomi negara walaupun
dunia sedang dihimpit ekonomi yang teruk.
“Kerana itulah Wanita UMNO akan tetap menyokong kepimpinan Presiden
UMNO merangkap Perdana Menteri dan akan terus memberi kekuatan kepada
Najib untuk terus memimpin negara ini,” katanya lagi.
Beliau turut menegaskan bahawa Wanita UMNO sama sekali tidak akan dan
tidak dapat menerima pakatan Tun Mahathir bersama Lim Kit Siang.
“Wanita secara total menolak pakatan ini dan rasa amat sedih serta
terkilan dengan kewujudan beberapa pemimpin UMNO yang sanggup untuk
bersekongkol dengan Dap untuk menjatuhkan Perdana Menteri”, ujarnya.
Disediakan oleh : PeneranganPemudaSEREMBAN
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment