Thursday, March 10, 2016
Usul Undi Tidak Percaya Tidak Boleh Dibuat Secara ‘Serang Hendap’ – Pandikar Amin
PUTRAJAYA : Sebarang usul undi tidak percaya tidak wajar
dibuat secara “serang hendap”, sebaliknya harus dimaklumkan melalui
notis kepada dewan terlebih dahulu, kata Yang Dipertua Dewan Rakyat Tan
Sri Pandikar Amin Mulia.
Merujuk kepada kes “usul” undi tidak percaya yang dicadangkan
terhadap Menteri Besar Terengganu Datuk Seri Ahmad Razif Abdul Rahman
semasa persidangan Dewan Undangan Negeri (DUN) itu semalam, beliau
berkata ia tidak sepatutnya berlaku dalam negara demokrasi moden seperti
Malaysia.
“Untuk
buat undi tidak percaya, tidaklah sesiapa sahaja apatah lagi seseorang
yang cukup berpengalaman berdiri dan selepas itu bawa usul.
“Seolah-olah itu adalah serang hendap, tengok kalau ada pihak sebelah
sana yang tidak hadir dan anda terus berdiri. Dalam demokrasi tiada
tipu menipu,” katanya dalam ucapan ketika merasmikan Menara Suruhanjaya
Pilihan Raya (SPR) di sini, hari ini.
Anggota Dewan Undangan Negeri (ADUN) Kijal Datuk Seri Ahmad Said,
yang juga bekas Menteri Besar Terengganu, semalam mencadangkan usul undi
tidak percaya terhadap Ahmad Razif sebelum mengakhiri perbahasannya
pada sesi perbahasan atas titah ucapan Sultan Terengganu Sultan Mizan
Zainal Abidin merasmikan persidangan DUN ke-13.
Bagaimanapun, speaker DUN Terengganu Datuk Mohd Zubir Embong menolak “usul” itu.
ADUN Kijal itu mengemukakan alasan bahawa terdapat konspirasi untuk
memburukkan nama beliau dalam politik dan sebagai wakil rakyat.
Disediakan oleh : PeneranganPemudaSEREMBAN
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment