Thursday, March 10, 2016
Tumpang Kekuatan : Pembangkang Panik Cuba Salahkan Tun Mahathir
KUALA LUMPUR : Bekas Setiausaha Agung Pas Negeri Selangor,
Ustaz Norman Toha menyifatkan kenyataan Ketua Pembangkang, Wan Azizah
yang mendakwa bahawa Tun Mahathir cuba menumpang kekuatan pembangkang
ekoran tidak ada sokongan dilihat sebagai satu kenyataan ‘selamat’,
apabila kepimpinan pembangkang mendapati deklarasi rakyat tidak mendapat
sambutan daripada rakyat mahupun ahli-ahli UMNO itu sendiri.
Menurut beliau, kepimpinan pembangkang mengharapkan deklarasi yang
diketuai oleh Tun Mahathir ini memberikan impak yang besar kepada rakyat
termasuk ahli-ahli UMNO sendiri, namun apa yang berlaku adalah
sebaliknya.
“Saya
yakin pada awalnya kepimpinan pembangkang mengharapkan deklarasi rakyat
ini dapat memberikan impak yang besar kepada rakyat dan ahli-ahli UMNO
tetapi apa yang berlaku adalah diluar jangkaan mereka.
“Apa yang saya perhatikan deklarasi rakyat itu sebenarnya telah
membuatkan bukan sahaja ahli-ahli UMNO menjadi marah dan menolak keras
perbuatan Tun Mahathir yang bersekongkol dengan pembangkang, malah
banyak NGO termasuk ahli-ahli Perkasa dan juga rakyat di atas pagar
merasa marah dan keliru di atas perbuatan Tun itu.
“Menyedari hakikat ini, saya kira sebab itulah Ketua Pembangkang, Wan
Azizah mengambil jalan mudah menyalahkan Tun Mahathir dengan kenyataan
yang memperlihatkan seolah-olah Tun yang terhegeh-hegeh menagih simpati
pembangkang kerana tidak ada kekuatan dan sokongan dalam agendanya
menjatuhkan Datuk Seri Najib,”tegasnya kepada media di sini hari
ini.
Beliau juga berpandangan bahawa agenda deklarasi rakyat yang diketuai
oleh Tun Mahathir itu penuh tersirat dengan agenda politik peribadi
beliau sendiri untuk menjatuhkan Datuk Seri Najib.
“Dan bagi saya, deklarasi rakyat itu sendiri sebenarnya tidak
mencerminkan kehendak majoriti rakyat dan pengundi di negara ini. Ianya
hanyalah agenda politik peribadi Tun dan pakatan pembangkang pula adalah
golongan opurtunis yang sentiasa mengambil kesempatan untuk menangguk
di air yang keruh.
“Sebab itu kita dapat lihat deklarasi rakyat ini tidak begitu
memberikan kesan dalam agenda beliau untuk menjatuhkan Datuk Najib
sebagai Perdana Menteri, sebaliknya ianya seolah-olah menjadi ‘backfire’
kepada Tun dan mereka yang terlibat, apabila ramai di kalangan ahli
UMNO yang dulunya bersimpati dengan Tun kini mulai marah dan menolak
tindakan beliau yang sanggup bersekongkol dengan pihak pembangkang itu.
“Malah rasa tidak puas hati dengan tindakan Tun itu juga turut
disuarakan oleh ramai ahli dan kepimpinan NGO diperingkat akar umbi
seperti Perkasa di mana rata-ratanya tidak bersetuju dengan tindakan Tun
bersekongkol dengan pembangkang, khususnya Kit Siang dalam usahanya
peribadinya untuk menjatuhkan Datuk Seri Najib,”jelasnya.
Disediakan oleh : PeneranganPemudaSEREMBAN
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment