
Thursday, March 10, 2016
Kelab NKB 1Malaysia Desak Tindakan Terhadap Pemimpin Yang Bersekongkol Dalam Deklarasi Rakyat
KUALA LUMPUR : Bekas Mantan Presiden UMNO, Tun Dr Mahathir
Mohamed hari ini terus didesak dilucutkan jawatan dalam Syarikat
Berkaitan Kerajaan (GLC) seperti Proton dan Petronas lantaran
tindakannya bersekongkol bersama pemimpin pembangkang baru-baru ini
dalam satu gerakan yang dinamakan ‘Selamatkan Malaysia’ dengan niat
menjatuhkan Datuk Seri Mohd Najib Tun Abdul Razak sebagai Perdana
Menteri Malaysia.
Pengerusi Kelab Naib Ketua UMNO Bahagian 1Malaysia, Datuk Anuar Mohd
Yunus turut menzahirkan sokongan taat setia Kelab Naib Ketua UMNO
Bahagian 1Malaysia tanpa berbelah-bahagi terhadap Datuk Seri Najib Razak
untuk terus memimpin negara selaku Perdana Menteri Malaysia, Pengerusi
Barisan Nasional dan Presiden UMNO.

“Kami kecewa dan tersinggung atas tindakan dan penglibatan Tun Dr
Mahathir Mohamad serta Tan Sri Muhyiddin Yassin dan Datuk Seri Mukhriz
Mahathir, yang telah secara terbuka dan terang-terangan bersekongkol
dalam satu gerakan yang berpaksikan agenda untuk menyingkirkan Datuk
Seri Najib sebagai Perdana Menteri Malaysia secara “unconstitutional”
(tidak berperlembagaan).
“Kami berpendirian bahawa persekongkolan mereka sepentas bersama
pemimpin parti pembangkang, khususnya Dap yang dahulunya pernah mencaci
dan mencela mereka semasa kerjayanya dahulu yang berteraskan perjuangan
‘Malaysian Malaysia secara tradisinya menentang setiap elemen serta
institusi berciri Melayu/Islam,” ujarnya dalam satu sidang media di sini
hari ini.
Tambahnya, mereka turut mengecam dan menolak sekeras-kerasnya segala
bentuk penglibatan mantan pemimpin, pemimpin semasa serta para ahli UMNO
yang sanggup bersetuju, bersekutu dan menurunkan tandatangan ke atas
sebuah dokumen yang kononnya bersifat Deklarasi Rakyat berjudul
‘Selamatkan Malaysia’ pada 27 Feb baru-baru ini.
“Kami tidak yakin bahawa Tun Mahathir, Tan Sri Muhyiddin dan Dato’
Seri Mukhriz mampu menguasai atau menentukan hala tuju gabungan
kepelbagaian idealism songsang tersebut.
Bahkan kami penuh yakin kelompok ‘desperado’ yang menongkah arus
perjuangan UMNO ini akan tenggelam dan lemas dalam pukulan badai yang
direncanakan oleh gerombolan majoriti yang nyata anti-UMNO, anti-Barisan
Nasional, anti-Melayu dan anti-Islam.
“Kami tidak akan terperdaya dengan deklarasi dangkal kelompok ini
bahawa matlamat serta-merta mereka hanyalah untuk menurunkan Datuk Seri
Mohd Najib Tun Abdul Razak daripada kerusi Perdana Menteri Malaysia,”
ujarnya yang juga Naib Ketua UMNO Bahagian Temerloh.
Jika diteliti deklarasi tersebut tegas beliau, matlamat sebenar
gerombolan majoriti penggerak deklarasi ini adalah untuk menumbangkan
UMNO dan Barisan Nasional daripada terus menjadi sebuah kerajaan rakyat,
oleh rakyat, untuk rakyat, yang sah di bumi Malaysia.
“Kami juga menyarankan Majlis Tertinggi UMNO memecat keahlian Tan Sri
Muhyiddin Yassin, Datuk Seri Mohd Shafie Apdal, Tan Sri Sanusi Junid
dan Datuk Seri Mukhriz Mahathir di dalam UMNO.
“Ahli dan pemimpin UMNO yang bersetuju, bersekutu dan bekerjasama
dengan Gerakan ‘Selamatkan Malaysia’ adalah seumpama berfungsi sebagai
satu komponen kecil kepada suatu jentera besar yang digerakkan untuk
menumbangkan UMNO dan BN, satu kepimpinan Melayu Islam di Malaysia. UMNO
wajib menyucikan perjuangannya daripada elemen-elemen mungkar
sebegini,” tambahnya lagi.
Disediakan oleh : PeneranganPemudaSEREMBAN
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment