Thursday, March 10, 2016
Pengguna Puji Inisiatif Kerajaan Terus Beri Pengiktirafan Kepada Kedai Harga Patut
KUALA LUMPUR : Perdana Menteri, Datuk Seri Mohd Najib Tun
Razak, hari ini telah menyempurnakan Majlis Pelancaran Anugerah Kedai
Harga Patut (AKHP) 2016 anjuran Kementerian Perdagangan Dalam Negeri,
Koperasi dan Kepenggunaan (KPDNKK) di Sogo Departmental Store, Jalan
Tuanku Abdul Rahman, Kuala Lumpur.
Anugerah yang diwujudkan pada tahun 2008 ini bertujuan untuk memberi
pengiktirafan kepada para peniaga yang sentiasa memastikan kualiti,
nilai dan perkhidmatan yang diberikan kepada pengguna sentiasa di tahap
memuaskan serta harga yang ditawarkan adalah berpatuan dalam memastikan
beban yang ditanggung pengguna dapat diringankan.
Pemenang Anugerah Harga Kedai Patut 2016 merangkap Ketua Pegawai
Esukutif Pasaraya Syed, Sharifah Alia Syed Abu Husin berkata program
yang telah dijalankan ini adalah wajar kerana ia mampu menyedarkan serta
memberi pendedahan kepada orang ramai bahawa masih ada lagi pasaraya
yang masih menawarkan harga yang perpatutan.
“Hal
ini adalah kerana, ada segelintir peniaga yang mengambil kesempatan
terhadap orang ramai sehinggakan ada pengguna merasa terbeban.
“Justeru pihak KPDNKKK telah melakukan pelbagai langkah seperti
membuat pemantauan harga di premis-premis perniagaan agar pengguna sedia
maklum bahawa pihak berwajib sentiasa membela orang ramai dengan
memastikan harga yang diletakan adalah berpatutan.
“Jadi langkah seumpama ini amat bertepatan sekali dalam memastikan
pengguna mendapat harga yang sepatutnya dan tidak terbeban dengan kos
sara hidup yang tinggi,” katanya kepada media, di sini, hari ini.
Seorang pengguna, Ismail Mahat, 65 percaya kerajaan telah melakukan
pelbagai usaha dalam memastikan rakyat tidak terbeban dengan kos sara
hidup dan dapat menjalani kehidupan dengan sebaik mungkin.
“Kerajaan telah melakukan yang terbaik. Contohnya daripada sudut
pemantauan dan sebagaInya lagi. Cumanya perlu diperkemaskan lagi agar
para peniaga tidak mengambil kesempatan terhadap pengguna dengan
menaikkan harga sesuka hati”, ujarnya.
Salah seorang pengguna lain, Sarah Ibrahim, 31 juga berkata kerajaan
harus memastikan usaha ini dapat dijalankan dengan konsisten agar
bebanan yang dihadapi dapat ditangani dan akhirnya konsep kerajaan
Rakyat Didahulukan Pencapaian Diutamakan dapat direalisasikan.
“Paling penting tentunya peranan pengguna itu sendiri untuk melihat
dan membuat pertimbangan terbaik dalam harga sesuatu barang. Dan
ditambah dengan komitmen kerajaan saya penuh yakin kombinasi
kedua-duanya dapat memastikan harga pada kedudukan yang biasa.
“Sekaligus dapat mengelakkan daripada harga yang tinggi dikenakan
oleh pihak peniaga kepada pengguna. Kombinasi pengguna dan kerajaan
adalah perkara penting dan perlu diutamakan.
“Inilah harapan kita dan berharap kerajaan juga konsisten dalam
pemantauan harga untuk kepentingan rakyat. Apa pun kita berterima kasih
kepada kerajaan atas usaha hari ini,” katanya.
Disediakan oleh : PeneranganPemudaSEREMBAN
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment