
Thursday, March 10, 2016
UMNO Penampang Sokong Pucuk Pimpinan, Tolak ‘Deklarasi Mahathir’

PENAMPANG : UMNO Bahagian Penampang kekal teguh menyokong
penuh pucuk pimpinan parti yang dipilih secara sah melalui proses
demokrasi, kata Ketuanya Datuk John Ambrose.
Sehubungan itu, katanya, UMNO Bahagian Penampang menolak ‘deklarasi
Mahathir’ yang disifatkan menanamkan politik kebencian rakyat terhadap
parti UMNO dan kerajaan Barisan Nasional.
“(Deklarasi Mahathir) tidak akan menjejaskan (UMNO Bahagian
Penampang) kerana daripada awal lagi kami menolak siapa sahaja yang
menentang Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak kerana beliau
dipilih secara sah melalui sistem demokrasi,” katanya kepada pemberita
sebelum memulakan mesyuarat UMNO Bahagian Penampang di sini, malam tadi.
Katanya UMNO Bahagian Penampang menggesa tindakan disiplin diambil
terhadap pemimpin UMNO yang terlibat dalam menandatangani deklarasi itu
dan bersekongkol dengan pembangkang.
Ini kerana perbuatan mereka itu jelas menyalahi perlembagaan UMNO
yang menggariskan peraturan agar setiap anggotanya taat setia kepada
pemimpin parti dan memelihara kesejahteraan parti, katanya.
Pada 4 Mac, bekas perdana menteri Tun Dr Mahathir Mohamad mengetuai
kumpulan lebih 50 orang memeterai deklarasi itu menyokong penyingkiran
Najib sebagai perdana menteri.
Termasuk dalam kumpulan itu bekas timbalan perdana menteri Tan Sri
Muhyiddin Yassin, bekas menteri besar Kedah Datuk Seri Mukhriz Tun
Mahathir, bekas Presiden MCA Tun Dr Ling Liong Sik, Menteri Besar
Selangor Datuk Seri Mohamed Azmin Ali dan veteran DAP Lim Kit Siang.
Disediakan oleh : PeneranganPemudaSEREMBAN
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment