Monday, March 21, 2016
Hampir 1.2 Juta Permohonan BR1M Ditolak Tahun Ini – Kementerian Kewangan
KUALA LUMPUR : Hampir 1.2 juta
permohonan Bantuan Rakyat 1Malaysia 2016 (BR1M 2016) ditolak tahun ini
atas beberapa faktor utama, menurut Kementerian Kewangan.
Kementerian itu dalam jawapan bertulis di
Dewan Rakyat memberitahu faktor pemohon individu mempunyai pendapatan
melebihi RM2,000 mencatatkan peratusan tertinggi permohonan ditolak
iaitu 24 peratus diikuti 21 peratus pemohon isi rumah berpendapatan
melebihi RM4,000.
“Faktor lain ialah 15 peratus pemohon
disenarai sebagai penerima Baucar Buku 2016, sebanyak 10 peratus pemohon
atau pasangan telah wujud sebagai pemohon atau pasangan permohonan lain
(dublikasi), maklumat pasangan berbeza dengan data Jabatan Pendaftaran
Negara dan memerlukan pengesahan (10 peratus).
“Selain itu, 20 peratus pula disebabkan lain-lain faktor,” kata kementerian itu.
Kementerian Kewangan berkata demikian,
menjawab pertanyaan V. Sivakumar (DAP-Batu Gajah) yang meminta
kementerian itu menyatakan apakah faktor lain selain pendapatan isi
rumah yang menyebabkan seseorang itu hilang kelayakan mendapat bantuan
BR1M.
Beliau juga ingin tahu jumlah permohonan yang ditolak tahun ini serta pecahan berdasarkan faktor penolakan permohonan.
Menurut Kementerian Kewangan, pemohon yang
gagal, diberi peluang membuat rayuan di semua cawangan Lembaga Hasil
Dalam Negeri (LHDN) dengan mengemukakan segala dokumen berkaitan mulai
15 Mac hingga 15 April ini.
“Perkara ini telah dinyatakan di dalam
surat yang dihantar kepada pemohon yang gagal dan juga dimaklumkan
menerusi sistem e-BR1M di laman sesawang LHDN,” menurut kementerian itu.
Disediakan oleh : PeneranganPemudaSEREMBAN
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment