
Thursday, March 10, 2016
Kedah Umum Bantuan Sara Hidup Kepada 20,000 Penerima Bermula Hujung Mac

ALOR SETAR : Kerajaan Negeri Kedah hari ini
mengumumkan pemberian bantuan sara hidup secara one-off atau sekali
sahaja kepada 20,000 rakyat negeri ini bermula penghujung Mac ini.
Menteri Besar Kedah Datuk Seri Ahmad Bashah Md Hanipah dalam
kenyataan ringkas dua perenggan, berkata ia bagi membantu meringankan
bebanan rakyat berkaitan kos sara hidup.
“Bantuan berbentuk barangan makanan dari pejabat Menteri Besar itu
akan disalurkan melalui 21 pusat khidmat wakil rakyat Barisan Nasional,
dan selebihnya melalui penyelaras Dewan Undangan Negeri (DUN).
“Anggota Dewan Undangan Negeri (ADUN) akan buat pemilihan penerima di setiap DUN mereka, iaitu 500 orang setiap DUN,” katanya.
Disediakan oleh : PeneranganPemudaSEREMBAN
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment