Thursday, March 10, 2016
Ketua Cawangan UMNO Pagoh Desak Muhyddin Dilucut Keahlian
Ketua Umno Cawangan Seri Ledang Utara, Datuk Zaaba Aman. “Untuk kebaikan Umno sendiri, lebih baik jika Muhyiddin dipecat. Dia dah ‘finish’, ‘game over’, cukup.
“Dah kesilapan beliau sendiri, nak buat macam mana. Perjuangan Muhyiddin
dah bertentangan dengan apa yang beliau cakap sebelum ni,"
katanya seperti dipetik dalam sebuah portal berita pada Selasa. “Sebagai pejuang yang tegar, macam mana beliau boleh bersekongkol dengan DAP? Pada saya, beliau dah pergi jauh," katanya.
Menurut Zaaba, beliau bimbang Muhyiddin akan menggunakan pentas di mesyuarat Umno Bahagian itu untuk mengkritik presiden.
"Saya bimbang, kita nak menghadapi mesyuarat Bahagian tak lama lagi.
Jadi, bila dia bertenggek atas pentas Bahagian nanti, dia akan belasah
Najib dan pimpinan Umno habis-habisan.
“Kita kat Pagoh dok termenung je. Saya tak boleh terima tu," katanya. Datuk Zaaba Aman jugak merupakan kenalan rapat.
Disediakan oleh : PeneranganPemudaSEREMBAN
Subscribe to:
Post Comments (Atom)

No comments:
Post a Comment