Thursday, March 10, 2016
“Tahun 1981 Pak Lah Kena Tangkap Dan Kena Gari” – Roslan
Bekas Perdana Menteri, Tun Abdullah Ahmad Badawi pernah ditahan di luar
negara kerana memandu melebihi had laju yang ditetapkan suatu ketika
dahulu.
Menurut bekas penjawat awam, Roslan Latif peristiwa tersebut berlaku
ketika Abdullah yang lebih disinonim dengan panggilan Pak Lah menyandang
jawatan Timbalan Menteri Wilayah di Jabatan Perdana Menteri.
Roslan yang pernah bertugas sebagai Pegawai Tugas-Tugas Khas di
Kementerian Belia dan Sukan berkata, peristiwa tersebut disebabkan
anggota polis yang bertugas itu tidak mengenali Pak Lah.
“Tahun 1981 Pak Lah kena tangkap dan kena gari kerana memandu laju dari
Iowa City ke Carbondale di US. Masa tu Pak Lah Timbalan Menteri JPM/
Wilayah. Saya di belakang bersama Pak Aziz Shamsudin (Tan Sri).
“Pak Lah memandu dan Zain Badak (Dato Zain JKR) di depan, bila kena gari
Pak Lah jerit… I’m a Minister… I’m a Minister tapi polis 2 orang tu
buat tak kisah je pasal kat US Ministers hanya kat gereja. Nasib baik
saya dengan Zain ada students cards (kad pelajar) dan ingat nombor
telefon arwah Tan Sri Zain Azraai dan (selepas) polis itu bercakap
dengan pihak kedutaan baru Pak Lah dibebaskan,” tulisnya ketika
menceritakan semula detik lucu tersebut.
Sehubungan itu, Roslan turut menempelak bekas perdana menteri, Tun
Mahathir Mohamad yang disifatkan sebagai ‘kemaruk’ untuk kembali menjadi
perdana menteri.
“Bila ‘Prime Minister’ (Najib), boleh bermain golf dengan Presiden
Amerika (Obama) di pagi Krismas, diberi sambutan di negara Arab… kira
hebatla tu. Itu sebab agaknya ada yang ‘meroyan’ nak jadi Perdana
Menteri balik,” bidasnya secara sinis.
Disediakan oleh : PeneranganPemudaSEREMBAN
Subscribe to:
Post Comments (Atom)


No comments:
Post a Comment