Thursday, March 10, 2016
Najib Tidak Bersalah Dalam Isu Dana RM2.6 Billion, SRC International – Azalina
KUALA LUMPUR : Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM)
mengesahkan bahawa wang RM2.6 bilion yang diterima Perdana Menteri
Datuk Seri Najib Tun Razak adalah sumbangan peribadi daripada keluarga
diraja Arab Saudi.
Menteri di Jabatan Perdana Menteri Datuk Seri Azalina Othman Said
berkata pengesahan itu berdasarkan kepada siasatan SPRM melalui
keterangan saksi-saksi dan dokumen-dokumen sokongan yang dikemukakan
kepada SPRM.
“Berhubung siasatan kes RM2.6 bilion, keterangan saksi-saksi
dan dokumen-dokumen sokongan yang dikemukakan, SPRM mengesahkan
sumbangan tersebut diberikan kepada Perdana Menteri secara peribadi
daripada keluarga diraja Arab Saudi,” katanya dalam jawapan bertulis
yang diedarkan di Parlimen hari ini.
Beliau menjawab soalan Datuk Mahfuz Omar (PAS-Pokok Sena) yang
bertanya apakah hasil siasatan dan syor dibuat oleh SPRM kepada Peguam
Negara dalam siasatan kes RM2.6 bilion dan RM42 juta dari SRC
International.
Azalina berkata berkaitan SRC International pula, pihak SPRM
telah menyatakan bahawa hasil siasatan mereka tidak menunjukkan bahawa
Perdana Menteri telah melakukan sebarang perbuatan rasuah.
“Berdasarkan keseluruhan fakta dan keterangan, Peguam Negara berpuas
hati bahawa tiada apa-apa kesalahan jenayah yang dilakukan oleh Perdana
Menteri berkaitan kes-kes tersebut,” katanya.
Disediakan oleh : PeneranganPemudaSEREMBAN
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment