
Thursday, March 10, 2016
Pemimpin Dan Anggota UMNO Perlu Perkukuh Perpaduan – Adnan Yaakob

CAMERON HIGHLANDS : Pemimpin dan anggota UMNO perlu memberi
fokus kepada perpaduan parti bagi memastikan Barisan Nasional (BN) terus
berkuasa pada pilihan raya umum akan datang.
Pengerusi Badan Perhubungan UMNO Pahang Datuk Seri Adnan Yaakob
berkata perpaduan yang kukuh di semua peringkat akan membantu parti
menjadi lebih kuat dalam perjuangannya.
“Apa sahaja masalah yang timbul dalam UMNO tidak seharusnya
menganggu-gugat kestabilan dan perpaduan dalam UMNO,” katanya kepada
pemberita selepas merasmikan program kelestarian tadahan Sungai Bertam
di sini hari ini.
Menteri Besar Pahang itu berkata pemimpin parti juga perlu rajin
turun padang untuk menyelami perasaan dan minda pengundi selain
melaksanakan program-program bagi membantu rakyat.
Disediakan oleh : PeneranganPemudaSEREMBAN
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment