Monday, March 21, 2016

Perjuangan Kit Siang - Mahathir Untuk Guan Eng - Mukhriz

EDITOR MENULIS...
21 MAC 2016
http://cilisos.my/wp-content/uploads/2016/03/mahathir-kit-siang-uni-malaya-533x400.jpg?8f2c00
Saya akui kebenaran kata-kata Lim Kit Siang bahawa dia tiada kepentingan untuk berlaku hipokrit dalam usaha samanya dengan bekas Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad, untuk menjatuhkan Dato' Seri Najib Tun Razak dari kerusi Perdana Menteri.

Dalam usianya yang sudah lanjut, sudah tua bangka dan tiada masa depan untuk menjadi Perdana Menteri, dia adalah sama seperti Mahathir yang kini berusia lebih 90 tahun. Mereka berdua memang tiada kepentingan politik peribadi lagi.

Walau bagaimanapun, meskipun saya setuju bahawa kerjasama antara Kit Siang dan Mahathir itu bukan untuk diri mereka, penulis yakin bahawa apa yang mereka berdua usahakan kini adalah demi survival politik anak masing-masing.

Era Mahathir dan Kit Siang sudah berakhir. Kini tiba masanya mereka berdua memperjuang survival politik anak-anak mereka, Lim Guan Eng dan Dato' Seri Mukhriz Mahathir. Kit Siang dan Mahathir sudah 'puas'. Jadi, Guan Eng dan Mukhriz akan meneruskan legasi 'dinasti' mereka.

Kita sebelum ini dihidangkan bagaimana Kit Siang yang dikatakan telah membina empayar keluarganya di dalam DAP. Setelah menempatkan diri sebagai Penasihat DAP, Guan Eng ditempatkan sebagai Setiausaha Agung partinya. Isteri Guan Eng juga diberi tempat istimewa di dalam 'dinasti Lim'.

Mahathir pula sudah tentu enggan mengalah. Dia juga perlu teruskan legasinya 'dinasti M' di dalam UMNO. Kini, mungkin Mukhriz menjadi 'ayam tambatan'nya setelah Mirzan dan Mokhzani lebih cenderung mengaut kekayaan 'warisan' menerusi perniagaan 'terancang'.

Pada pandangan saya, kerana itulah Mahathir dan Kit Siang sanggup 'sekatil sebantal'. Ia bukan untuk diri mereka, tapi untuk anak-anak mereka. Sebagai 'warlord', mereka perlu pastikan anak mereka mendapat tempat di dalam arena politik negara.

Soalnya, apakah mampu Guan Eng dan Mukhriz mewarisi pengaruh bapa mereka? Mungkin ketika bapa-bapa mereka masih hidup bernyawa, maka nyawa politik mereka masih ada. Bapa-bapa mereka masih menjadi 'kunci' survival politik mereka.

Berapa lama agaknya mereka akan terus bergantung dengan bapa mereka? Selagi bapa mereka bernyawa? Jika bapa sudah tiada, bagaimana? Masih mampu bertahan? Apakah wajar terus bergantung kepada bapa masing-masing untuk berjaya?

Mengambil contoh Mukhriz, saya berpandangan dia tidak akan mampu naik tanpa nama 'Mahathir'. Hendak bertanding Ketua Pemuda dulu, bapanya turut berkempen untuknya walau sebut 'tak berkempen untuk anaknya'. Jika tidak diminta bapa untuk menjadi Menteri Besar di Kedah, apakah Mukhriz akan bertanding Dun dan melepaskan kerusi Parlimen Jerlun?

Jika tidak kerana nama 'Mahathir', apakah Mukhriz akan tiba-tiba diberi laluan untuk menjadi Ketua UMNO Bahagian Jerlun? Tanpa nama 'Mahathir', saya yakin jawatan Ketua Cawangan di Jerlun pun mungkin tak lepas...

Tapi itulah Kit Siang dan Mahathir. Dua 'singa tua' yang menggunakan saki baki umur mereka berjuang untuk anak masing-masing. Tapi mereka tidak malu untuk memperguna nama 'rakyat' dalam memperjuang agenda 'dinasti' masing-masing...

Disediakan oleh :
https://blogger.googleusercontent.com/img/b/R29vZ2xl/AVvXsEi3eaxq7E0OQoeKQ9-MOGfkTMghqwdhqZ5qYw9tv0vjm0S0mEwZ_HegI-FMxNZMzg8CSIAmrZn-OAO4ts0erhf54nOFJf55xqq6a4hhIboXyBYiwCIXG_H5YOqqeV2HnhA5ihUdSOXbT9Y/s320/Acoy+Posterize+2.jpg
Sdr Syamsul Amri bin Hj Ismail
Ketua Penerangan
Pergerakan Pemuda UMNO Bahagian Seremban

No comments:

Post a Comment