Monday, March 21, 2016

UMNO Bukan Milik Najib, Tapi Juga 'Bukan Parti Bapa Mukhriz Yang Punya'

EDITOR MENULIS...
21 MAC 2016
http://www.freemalaysiatoday.com/wp-content/uploads/2015/04/mukriz-najib.jpg
Dato' Seri Mukhriz Mahathir dalam satu kenyataan terbarunya di media mengatakan bapanya Tun Dr Mahathir Mohamad sebenarnya keluar dari 'parti Najib' dan 'tidak keluar' dari UMNO yang sebenar. Kononnya, Mukhriz mahu mengatakan jiwa bapanya itu adalah 'jiwa UMNO'lah...

Namun dalam kenyataan Mukhriz itu, dia seboleh-bolehnya mahu mengatakan bahawa UMNO itu adalah 'parti milik Dato' Seri Najib Tun Razak' sebagai pemilik tunggal. Itulah yang cuba disampaikan kepada media bagi menjustifikasikan pengkhianatan bapanya bersama DAP dan Lim Kit Siang yang dikecam hebat.

Benarkah Mahathir berjiwa UMNO? Benarkah jiwa bapa Mukhriz itu 'tebal' dengan sifat 'ultra Melayu' yang Melayu-seMelayunya? Dan benarkah UMNO itu milik Najib seorang?

Pada pandangan penulis, Mahathir adalah ahli politik prolifik yang terkenal dengan kelicikan permainan politiknya sejak dari muda lagi. Individu pertama yang menjadi mangsa Mahathir ialah Presiden UMNO yang pertama, Allahyarham Tunku Abdul Rahman Putra.

Sejarah UMNO memaktubkan bahawa Mahathir 'derhaka' pada kepimpinan waktu itu. Tidak puas hati pada Presiden, dia tulis surat menghentam Tunku dengan kata-kata keji dan nista, menuduh Presiden UMNO itu dengan tuduhan yang menyakitkan hati dan tidak tepat.

Menurut Islam, menegur pemimpin pun perlu kena dengan caranya. Tidak bolehlah dibuat sesuka hati macam tegur adik-adik atau anak sendiri. Teguran itu mestilah berhemah dan bersifat membina. Tapi jika menegur dengan caci maki yang menyakitkan hati, memang tak kena gaya. Bukan saja teguran itu 'dibakul sampahkan', malah ia akan mengeruhkan hubungan.

Tidak dipedulikan, Mahathir tulis pula buku menghina Bapa Kemerdekaan itu. Mahathir langsung tidak hargai segala jasa dan pengorbanan Tunku berjuang memerdekakan Persekutuan Tanah Melayu. Dia peduli apa, asalkan hatinya puas.

Soalnya, Melayukah dia dengan cara itu? Bangsa Melayu terkenal dengan tatasusila, budi bahasa, berkias dan berlapik, begitu halus budaya dan kehidupannya. Tapi Mahathir? Lagaknya bagai dia saja yang betul dan semua orang lain salah belaka...

Dia kemudian naik ke pentas PAS setelah dipecat dari UMNO. Lebih hebat serangan dan caci makinya terhadap UMNO ketika itu. Layaknya jika dia seorang 'ustaz' ketika itu, mungkin habis dikafirkan UMNO dek kerana marahnya dipecat keluar dari parti.

Soalnya, apakah perlakuan itu layak dikatakan 'berjiwa UMNO'? Orang UMNO takkan khianati parti. Pantang Melayu menderhaka pada pemimpin. Tapi Mahathir? 'Jiwa UMNO'nya hingga sanggup caci UMNO di atas pentas pembangkang?

Mujurlah bapa Najib, Allahyarham Tun Abdul Razak Hussien kutip dia kembali dan lantik menjadi menteri. Jika tidak, maka 'sesatlah jiwa UMNO' itu 'meroyan-royan' marahkan UMNO yang menyingkirkannya.

Peliknya, dia tidak sebut pula punca sebenar dia dipecat. Yang dicanang kononnya Tunku pro-orang Cina, terus disusuli dengan maki hamun terhadap bapa kemerdekaan itu. Jasa-jasa dan pengorbanan Tunku terhadap bangsa Melayu yang lebih banyak itu langsung tidak disebut. 'UMNO' sungguh jiwa Mahathir?

Mahathir seorang 'ultra Melayu'. Cuba lihat kroni-kroninya ketika menjadi Perdana Menteri. Siapa Vincent Tan, Eric Chia, Robert Kuok, Francis Yeoh, Lim Goh Tong, Ananda Krishnan dan ramai lagi. Kroni Melayu yang 'dikaya-rayakan' ialah Tan Sri Syed Mokhtar AlBukhary, Mirzan dan Mokhzani Mahathir? Mana Melayu lain? Kenapa anaknya kaya? Khabarnya Mahathir larang anaknya berniaga ketika dia berkuasa?

Tapi bila lepaskan jawatan Perdana Menteri, dia mendakwa dirinya gagal? Memang gagal pun. Hanya berjaya mengkayakan Cina yang menjadi kroni dan anak-anaknya sendiri. Bila ditanya, tak mengaku kaya. Betul akaunnya kosong, peliknya hidup selepas bersara senang lenang bagaikan raja...

Benarkah UMNO milik Najib? Tidak, UMNO bukan milik Najib. Najib adalah Ketua atau Presiden UMNO dan beliau membuat keputusan mengikut konsensus sidang MT, bukan unilateral. Kerana itulah Najib tidak pernah digelar 'MahaFiraun' yang mengamalkan kuku besi seperti bapa Mukhriz.

Dari fakta itu pun sudah jelas siapa yang menjadikan UMNO seperti 'bapak dia yang punya'. Ramai 'otai-otai' UMNO akui bahawa corak Mahathir perintah dulu ialah dengan menjadikan UMNO itu macam dia yang punya. Jadi mungkin kerana itu juga Mukhriz seolah-olah beranggapan UMNO itu 'bapak dia yang punya.

Bila orang kecewa dan hilang sokongan seperti Mukhriz, maka macam-macamlah yang dia 'meroyan' untuk mencari sokongan. Mereka yang berjiwa UMNO seperti Ku Li, arwah Tun Ghafar Baba, Tun Musa Hitam yang pernah menjadi mangsa Mahathir tidak pun bersikap seperti Mukhriz. Terimalah hakikat Mukhriz sudah 'tersesat, sumbang langkahnya'...

Disediakan oleh :
https://blogger.googleusercontent.com/img/b/R29vZ2xl/AVvXsEi3eaxq7E0OQoeKQ9-MOGfkTMghqwdhqZ5qYw9tv0vjm0S0mEwZ_HegI-FMxNZMzg8CSIAmrZn-OAO4ts0erhf54nOFJf55xqq6a4hhIboXyBYiwCIXG_H5YOqqeV2HnhA5ihUdSOXbT9Y/s320/Acoy+Posterize+2.jpg
Sdr Syamsul Amri bin Hj Ismail
Ketua Penerangan
Pergerakan Pemuda UMNO Bahagian Seremban

No comments:

Post a Comment