Wednesday, March 16, 2016
"Saya Tetap Istiqomah, Fokus Jalankan Pentadbiran" - PM
KUALA LUMPUR : Datuk Seri Najib Tun Razak memberi jaminan beliau dan
rakan-rakan dalam Barisan Nasional (BN) akan tetap beristiqamah dan
fokus dalam menjalankan pentadbiran walau apapun serangan politik yang
diterima.
"Walau apapun serangan, kita (BN) jangan hilang hala tuju, jangan hilang
fokus. Kita tetap komited untuk laksanakan pelan kalau kita berjaya dan
diiktiraf di peringkat antarabangsa," katanya menjawab soalan tambahan
Tan Sri Annuar Musa (BN-Ketereh) di Dewan Rakyat Rabu.
Annuar dalam soalan tambahannya bertanya adakah Najib sedar beliau
berhadapan dengan tekanan dan kempen benci yang rancak dijalankan serta
apakah pendirian perdana menteri berhubung perkara itu.
Najib berkata beliau sedar dan tidak hairan dengan apa yang berlaku
terhadapnya dan akan terus komited melaksanakan pelan ekonomi yang
dirancang.
"Kalau kita terus istiqamah dan konsisten, lambat laun rakyat akan hargai usaha yang dilakukan oleh kerajaan," katanya.
Najib dalam masa sama turut menyatakan perbandingan berhubung apa yang
berlaku terhadap dirinya kini dengan apa yang pernah berlaku kepada
bekas Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad.
"Bila Tun Mahathir jadi Perdana Menteri pun macam-macam gelaran yang
dilemparkan kepada beliau seperti mahazalim, mahafiraun dan lain-lain,
tapi sekarang ni (boleh) duduk bersama pembangkang pula," katanya.
Najib berkata beliau bertanggungjawab kepada rakyat dan akan menjawab
semua tuduhan yang dilemparkan terhadap beliau apabila siasatan ke atas
1Malaysia Development Berhad (1MDB) selesai dilakukan.
"Saya serahkan kepada Jawatankuasa Kira-kira Wang Negara (PAC) tentang
1MDB malah (isu) RM2.6 bilion juga, ada proses yang ditentukan pihak
berkenaan. Tidak ada apa yang perlu dirisaukan kerana proses
akauntabiliti akan tetap diteruskan," kata Najib.
Disediakan oleh : PeneranganPemudaSEREMBAN
Subscribe to:
Post Comments (Atom)

No comments:
Post a Comment