Monday, March 21, 2016
Syabas Kerajaan BN..... Sembilan Ditahan... SPRM Bongkar Sindiket Salahguna Dana Kerajaan RM100 Juta… Pegawai Terima Suapan RM20 Juta
Ini bukan kes orang politik tetapi libatkan pegawai kanan
kerajaan.Bayangkan duit kerajaan hangus sekitar RM100 juta gara-gara
tindak tanduknya mengetuai satu sindiket salah guna dana kerajaan.
Wow…hasil dari kegiatan pegawai itu dianggar menerima suapan RM20 juta.
Kisahnya begini....Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) telah
menahan seorang pegawai sebuah kementerian bersama lapan orang
kontraktor kerana terlibat sindiket salah guna dana kerajaan yang
mengakibatkan kerajaan mengalami kerugian dana RM100 juta.
Kesemua yang ditahan, lapan lelaki dan seorang wanita dan mereka ditahan
reman selama tujuh hari bermula 18 Mac bagi membantu siasatan.
Pegawai lelaki yang berpangkat Setiausaha Bahagian kementerian berkenaan
sejak 2008, juga dipercayai adalah mastermind sindiket itu.
Pengarah Siasatan SPRM, Datuk Azam Baki pada sidang media di ibupejabat
SPRM Putrajaya, Sabtu, berkata, hasil siasatan pihaknya mendapati
kegiatan sindiket itu berlaku sejak 2010 sehingga sekarang.
Beliau berkata, pegawai berkenaan dianggar menerima suapan bernila RM20 juta sepanjang tempoh itu.
Katanya, SPRM memulakan siasatan pada 17 Mac tetapi mendapat "tip-off" empat bulan lepas.
Menurutnya modus operandi sindiket berkenaan ialah dengan mengarahkan
pihak kewangan kementerian berkenaan membayar kepada tidak kurang
daripada 14 syarikat yang dikendalikan oleh ahli-ahli sindiket ini bagi
program yang diwujudkan walhal kerja-kerja tidak pernah dilaksanakan.
"Tiada sebarang tuntuan dikemukakan oleh syarikat-syarikat itu kepada
agensi kerajaan berkenaan tetapi pegawai kanan itu memainkan peranan
memastikan bayaran dibuat kepada mereka.
"Kemudian, dalam peratusan tertentu, pegawai berkenaan menerima imbuhan
daripada pihak syarikat dan dibayar melalui cek ke akaun peribadinya,"
kata Azam.
Menurut Azam lagi, pegawai berkenaan turut menerima habuan-habuan
daripada pihak kontraktor seperti rumah, kereta mewah, pembayaran
insurans dan unit amanah bernilai jutaan Ringgit, penggunaan kad kredit
supplementary, pengubahsuaian rumah dan lain-lain.
Katanya lagi, pegawai berkenaan juga mengamalkan gaya hidup mewah dan
memakai jam-jam tangan berjenama yang salah satu daripadanya berharga
RM400 ribu, serta memiliki barang kemas yang banyak dan ada yang
bernilai RM600 ribu.
Selain itu pegawai berkenaan juga memiliki "beddings" bernilai RM300
ribu, lukisan berharga RM60 ribu, berpuluh-puluh beg tangan berjenama
dan ada yang berharga RM400 ribu serta pakaian-pakaian berjenama.
Pegawai berkenaan juga kerap ke luar negara bersama keluarga hingga mampu menggunakan penerbangan "First Class" setiap seorang.
Azam berkata siasatan akan dijalankan di bawah kesalahan rasuah di bawah
seksyen 17 (a) Akta SPRM 2009, serta juga kesalahan Penggubahan Wang
Haram, Pengcegahan Pembiayaan Keganasan dan Hasil Daripada Aktiviti
Haram 2001.
Katanya SPRM juga telah membekukan sejumlah 69 akaun bernilai RM8.9
juta, harta-harta lain seperti rumah, kenderaan mewah, barang kemas,
jam-jam tangan dan lain-lain untuk siasatan lanjut.
Azam berkata SPRM juga akan memanggil beberapa saksi terutama dari
kementerian terbabit. Selain itu SPRM akan melihat sistem dan prosedur
kementerian berkenaan.
Disediakan oleh : PeneranganPemudaSEREMBAN
Subscribe to:
Post Comments (Atom)

No comments:
Post a Comment