
Wednesday, March 16, 2016
UMNO Diminta Bersatu Dalam Membentuk Perpaduan Parti

ALOR GAJAH : Pemimpin dan anggota Umno perlu bersatu
membentuk perpaduan dalam parti bagi memastikan parti itu kukuh dan
terus berkuasa serta relevan, kata anggota Majlis Tertinggi UMNO Datuk
Sri Mohd Sharkar Shamsudin.
Beliau berkata setiap anggota UMNO mempunyai tanggungjawab dan
peranan masing-masing dalam memperjuangkan parti itu dan membantu parti
menjadi lebih kuat dalam perjuangannya.
Beliau berkata setiap anggota perlu bijak menilai setiap isu yang
dilaporkan dalam media sosial dan apa sahaja masalah yang timbul dalam
UMNO tidak seharusnya menganggu-gugat kestabilan dan perpaduan parti.
“Apa yang berlaku kini, masalah dalam dunia tanpa sempadan ini,
perkara yang tidak betul itu kita fikir ia betul dan perlu diikut,
manakala perkara yang betul itu kita kata tidak betul..yang ini kita
perlu lihat di peringkat akar umbi.
“Ini adalah cara pihak pembangkang untuk memecahbelahkan ahli
UMNO…oleh itu adalah menjadi tanggungjawab kita sebagai ahli UMNO yang
percaya akan perjuangan kita untuk terus mengukuhkan parti kita ini,”
katanya ketika berucap merasmikan Mesyuarat Agung UMNO Bekelompok
Cawangan/Bahagian Alor Gajah 2016 di Rembia di sini malam tadi.
Kira-kira 200 termasuk pemimpin dan anggota UMNO cawangan dan
bahagian Alor Gajah menghadiri mesyuarat itu dan turut melafazkan ikrar
taat setia tanpa berbelah bahagi dan menyokong penuh kepimpinan Datuk
Seri Najib Tun Razak sebagai Perdana Menteri dan Presiden UMNO.
Disediakan oleh : PeneranganPemudaSEREMBAN
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment