Thursday, February 28, 2013

Manifesto PR Mengkafirkan Orang Islam


1 March 2013


BUKAN sedikit, tapi ramai yang terkejut dengan ketiadaan perkataan ‘hudud’, ‘negara Islam’, ‘hukum Islam’ dan seumpama dengannya di dalam Manifesto Rakyat yang dilancarkan Pakatan Rakyat kelmarin.

Bukan itu sahaja, isu royalti yang setengah mati diperjuangkan puak-puak ini di Kelantan, turut tidak mendapat tempat di dalam Manifesto tersebut. Takkan Rafizi tertinggal kot. Khabarnya dia tidur dalam pejabat demi nak menyiapkan manifesto ni, itupun boleh tertinggal juga?

Macam tak logik.

Bagaimanapun, isu itu (royalti tertinggal) adalah perkara lain yang akan dibincangkan di masa yang lain juga. Hari ini, Beruang lebih nak menumpukan kepada perkataan-perkataan Islamik seperti disebutkan di atas yang tercicir (atau sengaja dicicirkan) dari Manifesto ini.

Suka atau tidak, kebelakangan ini, semua perlu menerima hakikat bahawa PAS sudah kembali kepada perjuangan asalnya, iaitu menegakkan Negara Islam dan melaksanakan hudud. Walaupun Muktamar 2011 sudah membuat ketetapan untuk menerima Negara Berkebajikan sebagai asas perjuangan yang baru, tapi sama ada kita semua sedar atau tidak, PAS tidak pernah mengatakan perjuangan negara Islam dan hudud ini digugurkan.

Ada? Confirm tidak ada.

Suka juga nak disebutkan, negara Islam dan hudud ini juga adalah 2 jenama politik PAS yang berkait rapat dengan Amanat Haji Hadi tahun 1981. Dalam amanat tersebut, UMNO dituduh kafir kerana menolak perundangan Islam (hudud) dan mengamalkan politik suku, agama suku. Ini boleh baca sendirilah dalam internet, tak perlu nak cerita panjang lebar.

Jadi, apa natijahnya bila sekarang PAS sendiri menerima manifesto yang di dalamnya tidak langsung menyebut tentang hudud dan Negara Islam? Yang kering air liur menuduh UMNO kafir kerana kononnya menolak Islam dulu, dah kemana hilang, bila perlembagaan ‘Lord Reid’ ini juga yang dipertahankan Pakatan Rakyat dalam manifestonya?

Ingat, Amanat Hadi memang dilancarkan tahun 1981, tapi falsafah itu dipegang hingga kini – 32 tahun selepas ianya mula disebut. Buktinya, kalau sesiapa tanya Nik Aziz sekarang, kenapa tolak UMNO, jawapannya ialah UMNO tolak Islam. Sudah tentu ‘Islam’ yang dimaksudkan Nik Aziz ialah perundangan Islam (hudud).

Kalau Beruang katakan penerimaan PAS terhadap Manifesto Rakyat yang mempertahankan perlembagaan sedia ada ini sebagai mengkafirkan orang Islam, agak-agak PAS setuju tak? Kalau tak setuju, kenapa? Bukankah ia tak selari dengan tafsiran PAS mengenai perlembagaan ini dulu?

Kononnya, perlembagaan Negara sedia ada ni kan perlembagaan kafir, penjajah, Lord Reid yang buat kata PAS. Tapi siapa sangka ya, kemudiannya dia juga bersama-sama dengan DAP dan PKR pertahankan (secara bertulis lagi) perlembagaan sedia ada!!

Inilah padahnya kalau mempolitikkan agama. Sampai satu masa Tuhan nak tunjuk, habis bercanggah dengan apa yang dia juga cakap dan buat dulu.

Kesimpulannya, dengan perkembangan sekarang, semua ahli PAS perlu bertaubat dan mengucap 2 kalimah syahadah semula. Mana yang dah meninggal dunia kerana percayakan perlembagaan Negara kafir seperti yang didakwa Hadi dan PAS, dosanya akan ditanggung oleh sesiapa yang terlibat.

Ini sesuai dengan sabda Nabi Muhammad saw “..sesiapa yang membuat (mengajarkan) perkara baik, baginya ganjaran dan ganjaran orang yang mengikutnya sedangkan tidak dikurangkan sedikitpun ganjaran orang yang mengikutnya. Dan barang siapa yang membuat (mengajarkan) perkara keburukan, baginya dosa dan dosa orang yang mengikutnya sedangkan tidak dikurangkan sedikitpun dosa orang yang mengikutnya..” [Riwayat Muslim dalam kitabnya, Sahih muslim]

Dipetik daripada : Rencana BERUANG (www. mykmu. net)

Rakyat Selangor Tak Perlukan "Air Liur" Faekah...


28 Februari 2013


Faekah-Setpol
Giat sungguh Menteri Besar Selangor, Tan Sri Abdul Khalid “Gagap” mengarahkan Setiausaha Politiknya, Faekah Husin, mengelilingi Selangor menganjurkan Forum Air Selangor bagi memperjelaskan tentang isu masalah air yang menghantui rakyat.

Sejak mengambil alih Kerajaan Negeri Selangor, rakyat Selangor dan sekitar Lembah Klang tidak putus-putus menghadapi masalah gangguan air dan ia semakin meruncing dari hari ke hari hinggalah hampir tamat tempoh penjajahan Pakatan Haram di negeri termaju itu.

 Sudah seminggu, Faekah menggerakkan pasukan“auta”nya ke Pandan Indah untuk bertemu rakyat tapi hadirin yang hadir boleh dikira dengan jari.

Malangnya, dalam forum berkenaan tiada seorang pun pakar industri air dijemput untuk menjadi panel. Hanya Faekah saja yang berdiri dan bercakap di atas pentas di depan hadirin“menjual air liur”nya.

Siapa Faekah untuk bercakap mengenai permasalahan air di Selangor? Dia bukan pakar dalam bidang itu. Dia hanyalah seorang bekas peguam yang berhenti kerja dan menceburi bidang politik yang cuba menegakkan benang yang basah demi kepentingan Khalid. Itu saja.

Peguam menjual “air liur” dan Faekah perlu tahu bahawa rakyat tidak memerlukan “air liur”nya bagi memenuhi keperluan hidup mereka seharian. Rakyat mahukan bekalan air bersih! Itu fakta dan isu sebenarnya.

Ketika berdiri di depan rakyat, Faekah benar-benar melepas geram berceramah politik. Boleh dikatakan tidak ada satu pun kenyataannya yang berbentuk praktikal yang menyatakan tindakan segera yang bakal diambil untuk mengatasi masalah gangguan bekalan air yang dihadapi rakyat.

Mungkin Faekah belajar dari Khalid yang hanya tahu bercakap, mencadangkan, mengesyorkan kajian dan berforum tanpa sebarang tindakan yang mampu memberikan kelegaan di hati rakyat yang sedang menderita.
Tak habis-habis Faekah memburuk-burukkan syarikat konsesi air Selangor, SYABAS. Padahal, syarikat itu berjaya mengurangkan air tidak terawat (NRW) dari 42% kepada 35% sejak beroperasi membekalkan air bersih di Selangor dan Lembah Klang.

Walaupun menunjukkan prestasi yang baik, Kerajaan Pakatan Haram Selangor seolah-olah sengaja melakukan sabotaj terhadap syarikat itu dengan tidak meluluskan permohonan pinjaman. Padahal, SYABAS hanya memohon kelulusan dari Khalid untuk meminjam dari bank. Apa masalahnya? SYABAS minta duit dari Khalid, kah?
Paling mengejutkan, Khalid sebenarnya tahu bahawa nilai kesemua syarikat konsesi air di Selangor ialah RM12.1 bilion. Tapi dia sengaja menawarkan harga RM9.65 bilion untuk membeli syarikat-syarikat itu dengan alasan “amal jariah untuk rakyat”. Syarikat mana yang sanggup rugi berbilion ringgit?

Lagipun, Khalid “Gagap”pernah“tergagap” membeli syarikat Talam Corp dengan harga yang jauh lebih tinggi berbanding harga pasaran. Kenapa dia beli syarikat itu dengan harga tinggi sedangkan ia memiliki hutang beratus juta? Kerana nak selamatkan “syarikat kroni”nya, kah?

Mengejutkan, Kerajaan Pakatan Haram Selangor tidak segan-segan mengumumkan bahawa mereka akan menggunakan dana rezab berjumlah RM2 bilion sebagai “deposit” untuk membeli syarikat-syarikat tersebut.

Dalam ertikata lain, Khalid tak punya aliran tunai untuk membeli syarikat-syarikat konsesi itu dan terpaksa mengeluarkan wang simpanan dari “tabung” kerajaan negeri yang sepatutnya disimpan untuk digunakan di wkatu kecemasan.

Bukan sedikit nilai RM2 bilion dan Khalid mahu menggunakan wang rakyat untuk memuaskan hatinya melaksanakan penstrukturan air di Selangor? Nampaknya Selangor benar-benar miskin sehingga terpaksa “mengorek tabung”!

Melucukan hati, Faekah melalut pula dalam ucapannya dengan melaungkan misi Pakatan Haram yang mahu menjajah Putrajaya.

Nak uruskan air di peringkat negeri pun tak mampu, ada hati Faekah nak sebut nama Putrajaya? Dia tak cermin diri, kah? Eloknya Faekah ambil alih “balairaya” sajalah. Itu pun belum tentu lagi mampu, kan?

Dipetik daripada : www. mykmu. net

Bangkang Dari Longkang : Rilekslah Bang Salleh!!


28 Februari 2013


salleh
TERKEJUT juga dengar cerita penghibur terkenal Salleh Yaakub membuat keputusan menarik diri dari dunia hiburan hanya kerana lakonan berkesannya dalam cerita pendek Bangkang Dari Longkang yang tersebar di Youtube sekarang mendapat kritikan penyokong pembangkang.

Budak-budak pembangkang ni bodoh, apa diambil pusing sangat cakap depa tu, bukan ada kesan apa pun.
Lagipun, inikan negara demokrasi, suka hatilah artis nak sokong mana parti atau nak berlakon dalam apa sketsa pun, asal saja tidak melanggar undang-undang negara.

Yang abang Salleh dengar sangat cakap budak-budak tu buat apa?  Depa tu bukan ada otak pun.  Kalau artis sokong depa, bukan main lagi sanjung dan puji, siap letak gelar-gelaran yang baik-baik lagi.  Kalau yang agak-agak tak sokong tu, cepat saja nak maki.

So, jelas sangatlah tindakan seumpama ini hanya kebudak-budakan saja.  Apa nak ambik pusing sangat abang Salleh ooi….

Penulis rasa, sia-sia saja bakat yang hebat tu dikorbankan kerana tekanan yang tidak seberapa macam ini.  Itukan cara abang Salleh cari rezeki, apa yang nak ambil berat sangat?  Hanya sebab depa terasa abang Salleh ambil keputusan nak berundur diri dari dunia hiburan ke?

Ramai lagi artis yang terlibat dengan Bangkang dari Longkang tu, takde pulak penulis lihat mereka ni tertekan dengan lakonan mereka dalam sketsa tersebut!!

Selain dari Bangkang Dari Longkang inipun, berapa ramai yang declare mereka sebagai ahli UMNO, apa tak terjejas pun pendapatan mereka disebabkan itu?  Apatah lagi dalam sketsa ni, bukan ada sebut mana-mana parti politik pun.

Sebetulnya, budak-budak ini terasa sebab lakonan abang Salleh tu memang ada kesan.  Mana mereka tak sakit hati, kebenaran datang depan mata.  Pemimpin depa janji macam-macam, tapi buatnya satu atau dua saja, itupun bukan semua merasa.

Sebab itu depa angin!!  Ini belum jadi kerajaan pun, dah pandai nak boikot dan tekan orang yang tidak sependapat dengan diaorang, kalau dah jadi kerajaan agaknya, mahu wujud  concentration camp  masa zaman Nazi dulu.

Benda macam ni biasalah abang Salleh, budak-budak punya kerja pun.  Yang abang Salleh nak ikutkan sangat tu buat apa?

Dipetik daripada : www. mykmu. net

Reformasi Tinggalkan Anwar, Apa Lagi Yang Dia Ada?


28 Februari 2013


liwat3
Menjelang PRU ke-13 ini, ramai rakyat Malaysia berdebar-debar menantikan pengumuman tarikh pembubaran Parlimen apabila dikatakan bahawa pilihanraya kali ini dijangka sengit apabila BN kembali bangkit sejak tsunami politik pada tahun 2008.

Pada PRU ke-13 ini juga bakal menentukan nasib Anwar Ibrahim, sama ada dia akan meneruskan kariernya sebagai ahli politik atau bertukar profesyen sebagai “guru”. Risau juga kalau dia jadi guru, takut habis pelajar-pelajar jambu “disebatnya”…

Menanti kelibat tarikh pembubaran Parlimen Malaysia, saya agak kasihan pada Anwar yang kini dilihat sebagai liabiliti atau “biawak hidup” yang perlu digalas oleh anak isterinya serta rakan-rakan opportunis yang mengejar kuasa sepertinya.

Pada penglihatan saya, tidak seorang pun yang benar-benar tulen memperjuangkan keadilan sebagaimana perjuangan asal kelompok kumpulan “Reformasi” yang sanggup mati membela Anwar atas tuduhan liwat I di mahkamah pada tahun 1997-1998 dulu.

Ketika itu, Zulkifli Noordin, Ruslan Kasim dan Ezam Mohd Noor merupakan “trio” yang paling diberikan perhatian oleh pihak PDRM yang mengawal keadaan dari sebarang kekacauan yang cuba dicetus oleh ketiga-tiga sahabat paling rapat Anwar itu.

Biar berdepan dengan cota, belantan, rotan atau “water cannon” sekalipun, mereka tidak akan berganjak dari jalanraya dan melaungkan “reformasi” sekuat dan sebanyak mungkin. Perkataan “reformasi” bagaikan zikir bagi mereka…

Ketika itu, Chandra Muzzaffar yang berkerusi roda pun sanggup berada di tengah jalan demi Anwar. Begitu juga dengan nama-nama seperti Zahrain, Zainur Zakaria, Zahid Mat Arip, Lokman Adam, Marina Yusof dan Nallakaruppan. Mereka ini berada di barisan hadapan demi menyokong Anwar.

Masa silih berganti. Anwar dilepaskan oleh Tun Pak Lah dan dia bebas bagai “peliwat bersiri yang mencari mangsa”. Bertindak sebagai “sesumpah” di luar negara dan meraih sokongan dari sahabat-sahabat Yahudinya, Anwar menyusun strategi dari jauh.

Dia kembali ke Malaysia dengan niat mahu menjadi Perdana Menteri. Dia buat kacau sana sini, namun dia mungkin tidak lupa untuk memenuhi tuntutan hawa nafsunya sebagai “haiwan dua alam”. Dia rakus terhadap mangsa, walaupun sopan pada mulanya…

Bila terkantoi berkali-kali, ramai sahabat-sahabatnya yang menjauhkan diri dan meninggalkan terus pemimpin kesayangan rejim Zionis Yahudi Isreal itu.

Zaid Ibrahim, Wee Choo Keong, Tan Tee Beng, Badrul Hisyam Abdullah, Anuar Shaari, Gobalakrishnan, Sulaiman Abdullah, Hamdan Taha dan Azwandin juga meninggalkan PKR. Malah ramai blogger “die hardcore” yang menyokong Anwar pula bertindak meninggalkan Anwar.

Keluarnya tokoh-tokoh tersebut dari PKR meninggalkan Anwar bererti mereka turut membawa ribuan pengikut mereka meninggalkan kem “peliwat tegar” yang tidak bermoral itu. Mereka terus-terang mendedahkan bahawa mereka sudah hilang keyakinan pada Anwar.

Kini, tinggallah Anwar dengan anak isterinya yang terpaksa menebalkan muka memperjuangkan cita-cita Anwar menjadi PM. Dia hanya ditemani oleh opportunis seperti Azmin Ali, Rafizi Ramli, Zuraida “Mak Lampir”, “Sam Ketot” dan beberapa muka baru yang berjaya dikelentongnya…

Selain itu, PKR yang dipimpin Anwar dilihat sebagai sebuah parti yang paling lemah berbanding sekutunya PAS dan DAP. PAS punya kekuatan sokongan akar umbi manakala DAP pula punya kelebihan mendapatkan sokongan kaum Cina. Anwar ada apa? Habuk pun tiada…

Namun berbekalkan kelebihan Anwar yang pandai menabur auta di pentas ceramah, Anwar cuba menonjolkan diri mahu menjadi PM sekaligus menafikan peluang Hadi dan Dinasti Lim. Masing-masing nak jadi PM, tapi takut nak beritahu. Mungkin takut “dicantas” awal. Hanya Anwar yang muka tak malu mempromosi diri…

Persoalannya, apakah Anwar akan berjaya menempelkan diri sebagai PM negara ini pada PRU ke-13 ini? Secara rasionalnya, saya tidak nampak dia akan berjaya. Dia tiada kekuatan “team reformasi” seperti dulu dan banyak terpalit dengan skandal serta salah laku moral yang “luar biasa”.

Sehingga kini Anwar masih gagal untuk menjelaskan mengapa rakan-rakan “reformasi”nya itu meninggalkannya. Begitu juga dengan hal seperti “rakaman video China Doll”, jam tangan Omega, “air mani di dalam dubur Saiful” dan banyak lagi persoalan “ajaib” yang belum dijawab.

Orang seperti itukah yang mahu diangkat menjadi PM? Rasanya kalau dia berkarier sebagai ahli politik di US atau di negara-negara maju, sudah lama Anwar jadi guru, kan?

Dipetik daripada : www. mykmu. net

Campur Tangan Misuari Bukti Penglibatan Anwar?


27 Februari 2013


blogger-image-538246801
TAK semena-mena, Barisan Nasional Pembebasan Moro (MNLF) mengeluarkan ancaman untuk menghantar pasukan tenteranya ke Lahad Datu, sekiranya pasukan keselamatan Malaysia menyerbu kumpulan yang mendakwa Tentera Kesultanan Sulu yang menceroboh sebuah kawasan kampung di Sabah 3 minggu lepas.

Bagi yang rapat dengan perkembangan politik semasa, pasti sedar bahawa nama Anwar memang sudah mula dikaitkan sebaik berita pencerobohan kumpulan bersenjata ini meletus.  Kebetulan atau apa, hari mereka masuk ke Lahad Datu adalah hari sama Anwar dianugerahkan dengan gelaan ‘Huguan Siou’ oleh PKR Ranau.

Tapi selain dari itu, sukar nak mengaitkan Anwar dengan insiden tersebut.  Maklum sajalah Anwar, video terang-terang muka dia sedang berzina pun dia tak mengaku lagi.

Bagaimanapun, setelah MNLF yang dipimpin Nur Misuari mengeluarkan ancaman di atas, bukti penglibatan Anwar dalam insiden pencerobohan ini semakin jelas.  Apatah lagi disebutkan Anwar ada berjumpa dengan Misuari  lebih kurang 4 bulan lepas.  Selain dari itu, Anwar menghantar beberapa utusan, dipercayai untuk merancang apa yang kita lihat hari ini berlaku di Lahad Datu.

Seolah-olah terasa sendiri, Anwar beberapa hari lepas tampil dengan kenyataan akhbar menafikan penglibatannya dalam insiden tersebut seperti yang dinyatakan oleh beberapa media antarabangsa dan Filipina seperti Reuters dan Manila Time.

Macam biasa, Anwar tuduh UMNO pulak yang jadi dalang.  Eh, dia punya taik, UMNO pulak yang kena tuduh?  Bebal!!

Setelah kita tahu perkara ini (penglibatan Anwar), penulis ingin mencadangkan kepada kerajaan supaya tidak ikut dengan kehendak Anwar yang mahukan pertumpahan darah berlaku.  Teruskan dengan kepungan sehingga puak-puak dalam kampung itu kelaparan dan kebuluran.

Kalau dapat tahu sumber makanan apa yang mereka dapat untuk bertahan, racunkan saja tumbuhan tersebut, biar pengsan, sakit perut  dan sebagainya.  Nanti dia keluar sendirilah tu.

Berbanding kalau pasukan tentera serang, nanti akan jadi isu politik dan kemanusian yang hebat kerana kelompok ini macam Anwar juga, cakap degar-degar nak bertahanlah, berjuang sampai matilah dan sebagainya, tapi dok hantar orang tua, wanita dan kanak-kanak, selain senjata yang ketinggalan zaman dan uzur.

Dipetik daripada : www. mykmu. net

Penyokong PR Panas Disindir Salih Yaakob


27 Februari 2013


Salih Yaacob - Bangkang Dari Longkang
Suatu ketika dulu pelawak terkenal tanahair, Salih Yaacob pernah mendapat pujian melangit dari kalangan penyokong pembangkang terutamanya PAS berikutan aksinya yang bersahaja ketika meniru suara Menteri Besar Kelantan, Nik Abdul Aziz Nik Mat sewaktu mengacarakan Anugerah Bintang Popular 2004 (ABP 2004).

Video aksi Salih Yaacob itu sehingga kini masih boleh ditonton di beberapa channel Youtube, salah satunya telah merekodkan lebih 500,000 hit sejak ia dimuat naik pada tahun 2009.

Dek kerana video ini, ramai penyokong PAS membuat tafsiran dan spekulasi bermotif politik kononnya Salih Yaacob melakukan aksi itu atas sifatnya sebagai peminat setia Nik Aziz dan juga merupakan seorang penyokong kuat PAS.

Sementara itu, di kalangan peminat beliau yang condong kepada UMNO tiada yang berpatah arang gara-gara aksi jenaka yang dipersembahkan oleh penghibur itu malah tiada yang memaki hamun atau mengugut untuk memboikotnya.

Hakikatnya, aksi Salih Yaacob itu diterima sebagai hiburan semata-mata yang menggeletek hati dan menghiburkan para penonton sesuai dengan kedudukan beliau sebagai seorang penghibur serba boleh.

Masa berlalu, kini Salih Yaacob yang sekarang adalah juruhebah di stesen radio Sinar.FM tampil lagi dengan aksi terbaru dalam video komedi gelap Bangkang Dari Longkang musim kedua bertajuk Buku Jingga.

Dalam video itu beliau melakonkan watak sebagai seorang pemimpin politik yang gemar menabur janji itu dan ini kepada khalayak sambil diapit seorang lagi pelawak tanahair, Nabil.


Tak semena-mena, mungkin kerana terasa panas dengan sindiran dan lawak sinis yang dipersembahkannya, ramai penyokong PR khususnya PAS tidak dapat menerimanya. Sampaikan ada yang berkira-kira untuk memboikot dari terus mendengar stesyen radio Sinar FM.

Yang paling lawak sampai ada penyokong PR yang menuntut Salih Yaacob dan Nabil memohon maaf secara terbuka gara-gara tidak berpuas hati dengan aksi lakonannya dalam video parodi tersebut.

Ternampak jelas ketidakmatangan sepertinya sudah sebati dalam jiwa ramai penyokong PR. Emosi tidak stabil barangkali. Mereka langsung tidak dapat menerima hasil seni yang dirasakan mengkritik atau menyindir mereka, kalau boleh mereka mahu sentiasa dipuji agaknya.

https://blogger.googleusercontent.com/img/b/R29vZ2xl/AVvXsEiVQEQ5WvTBeyj0oRrAeOn7qDmaeTWAoSZLVrnHn1Pi0q9utu6OXKwXMWxBzymiNC-ZozzLhevDLhBqaQmjxUrcK7_iTKhPlKY5X10lUPyoVQI6eEU5bO0Mcv0ft5qgSXDbIDfv-_Mo8zs/s400/Konsert+Cuberator+Dung+PKR.jpg
Tapi peliknya aksi tayang punggung di konsert hiburan anjuran PR oleh kumpulan underground Carburetor Dung pada pertengahan tahun 2009 yang berlangsung di Stadium Kelana Jaya dulu, tidak ramai pula penyokong PR yang membantahnya.

Sebaliknya ramai pula penyokong dan pemimpin PR yang menganggap lagu nyanyian Carburetor Dung berjudul Mari Nyanyi Menjilat sambil punggung bogel tertonggeng itu adalah satu seni protes terhadap BN. Seni kot celah kangkang mana tak tahulah, luar tabii betul.

Apa pun, pesanan kepada Salih Yaacob, Nabil dan lain-lain artis yang terlibat menjayakan video parodi Bangkang Dari Longkang, tak usahlah ambil pusing dengan segala cacian dan makian dari penyokong parti politik yang tak berapa waras itu. Anda sudah berada di landasan yang betul.

Dipetik daripada : www. mykmu. net

FGV Untung RM 1.13 Bilion, Mazlan Aliman gigit Jari?


27 Februari 2013


fgv
Nampaknya makin berkerutlah dahi Presiden ANAK, Mazlan Aliman, bila dapat tahu bahawa saham FGV di Bursa Malaysia mencapai keuntungan berlipat ganda di luar jangkauan para penganalisa saham sebanyak RM904 juta.

Menurut analisa pakar pelaburan, Earnings Before Interest and Deductible Allowances (EBITDA) menjangkakan bahawa perkembangan syarikat FGV akan berkembang tinggi sehingga mencapai nilai RM1.35 bilion.
Namun, mungkin kerana selalu diburuk-burukkan Mazlan Aliman sebelum ini, maka Allah “bayar cash” dengan memalukan AJK PAS Pusat itu dengan memberikan nilai perkembangan yang lebih tinggi jumlahnya, RM1.44 bilion!

Semalam, FGV mengumumkan keuntungan sebelum cukai mereka berjumlah RM1.13 bilion di mana ia mencatat keuntungan tersebut dari perniagaan utamanya hasil peningkatan penjualan minyak sawit yang berjumlah sebanyak 73%.

Nampaknya FGV kini sedang berada di atas landasan yang betul. Penyenaraian FGV di Bursa Malaysia benar-benar mendapat limpahan rahmat dari Allah SWT yang memberikan rezeki yang lebih kepada syarikat perladangan kelapa sawit ketiga terbesar di dunia itu.

Saya masih ingat lagi ketika di awal cadangan penyenaraian FGV di Bursa Malaysia. Ketika itu, Mazlan Aliman bermati-matian “menasihati” Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak supaya tidak meneruskan penyenaraian tersebut.

Pelbagai tuduhan dan andaian telah dilemparkan Mazlan Aliman setiap hari terhadap cadangan itu. Malah dia cuba menakut-nakutkan warga Felda, kononnya penyenaraian FGV itu akan menyebabkan Felda bankrap.
Dia sengaja mengadakan demonstrasi berkali-kali di merata-rata lokasi termasuk di depan pintu masuk Wisma Felda selain menyerahkan memorandum bantahan terhadap penyenaraian FGV itu.

Tidak cukup dengan itu, Mazlan Aliman turut mengheret FGV ke mahkamah bagi menghalang syarikat itu melibatkan Koperasi Permodalan Felda (KPF) yang pada awalnya dirancang untuk memiliki sebahagian besar saham tersebut.

Hasil dari tindakan bodoh Mazlan Aliman itu, KPF terlepas peluang dari memiliki saham-saham berprospek tinggi itu setelah perbincangan bersama barisan tertinggi KPF dengan pihak Felda memutuskan untuk tidak melibatkan koperasi itu dalam penyenaraian tersebut.

Nah! Sekarang siapa yang tepuk dahi? Kalaulah KPF memiliki saham FGV, rasanya seluruh 112,635 peneroka Felda boleh tersenyum meleret dengan hasil “percuma” yang dikurniakan Allah dari kebijaksanaan Perdana Menteri itu, bukan?

Mujurlah Datuk Seri Najib itu sabar dan bertindak lebih bijak dengan memberikan saham percuma kepada para peneroka. Kalau tidak, sudah tentu warga Felda “melopong” melihat keuntungan yang diperoleh menerusi saham FGV itu.

Yang “period”nya sekarang mungkin Mazlan Aliman. Jangkaannya meleset sama sekali. “Analisa saham” yang dibuat oleh AJK PAS yang bagaikan “pakar saham dunia” itu tidak menjadi kenyataan, malah bercanggah dengan realiti semasa.

Sedang harga minyak sawit yang lembab pada tahun 2012, pelaburan FGV mencatat keuntungan yang besar. Memang hebat, bukan? Mazlan Aliman boleh beri hasil pada Felda sehebat itu? Tapi kalau bab memperlekeh Felda, dialah juara!

Saya sebenarnya sedang menanti pengumuman rasmi dari FGV mengenai jangkaan jumlah dividen yang akan diperoleh setiap peneroka Felda di atas keuntungan saham tersebut dalam masa terdekat.

Harap Mazlan tidak menangis bila diumumkan kelak. Bukan apa, buruk benar kalau dia menangis, kan?

Dipetik daripada : www. mykmu. net

Tuesday, February 26, 2013

Ganas!!! Bekas Ahli PAS Diancam Bunuh Kerana Keluar Parti


27 Februari 2013


Ancaman Bunuh Kerana Keluar PAS
Ada kalangan kita tentunya terkejut dan terkerut-kerut muka sambil menggaru kepala yang tidak gatal bila membaca berita yang di siarkan oleh
http://kedahan69ers.com/wp-content/uploads/2012/05/bershit-ganas.jpg
 Sinar Harian Online petang tadi dengan tajuk “4 ditahan ugut bunuh ahli keluar parti”.


Pun begitu, sebetulnya ramai yang sudah dapat meneka keempat-empat individu haprak dan ganas itu adalah penyokong PAS, lebih-lebih lagi bila lokasi kejadian berlaku di Marang, Terengganu yang sejak 3 dekad lalu adalah sarang PAS.

Agak tidak patut bila seseorang individu mengambil tindakan keluar dari PAS bersama beberapa puluh pengikut-pengikut yang lain, alih-alih ancaman bunuh pula yang diterimanya. Tapi nak pelik dan terkejut apanya, tingkah laku kasar, biadap dan ganas sudah lama sebati dengan sebahagian penyokong PAS dan PR.

Hatta kereta polis pun puak-puak ganas ini berani baling dengan kon dan melompat gaya titanic di atas 
https://blogger.googleusercontent.com/img/b/R29vZ2xl/AVvXsEiWNQMGPPQ0xD_8NZPvU366MsyJZA-i5yfi-LLLen6lyNWTUDhEKVUFVenjyT2nYaAYjt6kDOiegSXm4QqcEOU3Js6euHaQXw4xvH88tWqY1tLh18rVOZCGl6I4Cd18WqnWJtcbn2kVJlU/s320/%253D%253Futf-8%253FB%253FQUtTSStsaWFyLmpwZw%253D%253D%253F%253D-748491
bumbungnya semasa demonstrasi jalanan Bersih 3.0, apa sangatlah setakat ancaman untuk bunuh rakan sekampung sendiri.


Pengganas komunis yang menyerang Bukit Kepong pun ada pemimpin PAS sanggup sokong angkat jadi idola pejuang kemerdekaan, apa sangatlah kalau ada si pengikut terikut-ikut gaya komunis dengan cuba mengugut dan mengancam nak bunuh orang lain, tak gitu?

Ganas memang ganas. Nama saja Parti Islam SeMalaysia, tapi roh keindahan Islam dan kelembutan dakwah Islamiyah langsung tak kelihatan
 dikalangan penyokongnya, tampak jelas kewujudan PAS atas muka bumi ini langsung tak membawa keberkatan.


Mana nak adanya keberkatan, kalau dah tujuan nama Islam yang digunakan pada PAS nawaitu utamanya hanya untuk kepentingan politik dan keuntungan duniawi pemimpinnya.

4 ditahan ugut bunuh ahli keluar parti
MARANG – Empat lelaki ditahan kerana bertindak mencekik leher dan mengugut bunuh seorang penyokong sebuah parti politik yang keluar parti itu untuk menyertai parti lain di Kampung Jerung Seberang, Wakaf Tapai di sini, semalam.
Dalam kejadian kira-kira pukul 7 petang, mangsa yang berusia 53 tahun bersama isteri 50-an dan anak berada di rumah sebelum didatangi empat suspek yang tinggal di kampung sama lantas mengugut untuk membunuh dan membakar rumahnya.
Ketua Jabatan Siasatan Jenayah negeri ACP K.Manoharan berkata kejadian itu berlaku apabila suspek dikatakan tidak berpuas hati dengan mangsa yang mewakili 81 lagi penduduk menaikkan kain rentang berbunyi ‘Kami Penduduk Kampung Bukit Cempedak Sokong Parti Lain’…  Sinar Harian Online, 26 Februari 2013
Penulis percaya sebetulnya insiden keluar dari PAS itu berlaku 2 minggu lepas dan bukannya 2 bulan lepas seperti mana yang dilaporkan 
https://blogger.googleusercontent.com/img/b/R29vZ2xl/AVvXsEh3b4uNhyB9nFv7eCrHkipXOPs8GuO2YwEp5ttt0oJAsjQ_xtjFRDWvx6f-qH9XfFz0G8OalA1NkV7pVv95ayAk2G3rcfThIlnOfKuUPVdjtGEisQ7ceQKflLMjb0Bw0Rw4_Kbx_tpty10/s1600/10.jpg
oleh Sinar Harian. Mungkin berlaku kekeliruan sama ada di pihak polis atau pun pemberita.

Transformasi PM pikat 80 penyokong PAS Marang
Tertarik dengan program transformasi dan program membantu rakyat yang digarap Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak, sekumpulan penyokong tegar PAS dari Kampung Jerong Seberang dan Kampung Bukit Cempedak di Marang tekad menyertai Umno.
Ramli Abdullah, 53, mewakili 80 bekas penyokong PAS itu, berkata mereka menyertai Umno kerana tertarik dengan program transformasi yang dirancang kerajaan bagi membantu rakyat terutama golongan miskin serta penduduk kampung.
Katanya program transformasi yang diwujudkan kerajaan benar-benar bertujuan  membantu semua golongan terutama rakyat berpendapatan rendah selain memberi tumpuan kepada kemajuan negara… Utusan Malaysia Online, 5 Februari 2013
Jika PAS wujud demi mencari keredhaan Allah s.w.t, takkan wujud gejala ganas ancam dan ugut sana sini dikalangan penyokong dan ahlinya. 
https://blogger.googleusercontent.com/img/b/R29vZ2xl/AVvXsEjd8JidcuZmlbxUb1T-Ijewn5MBOyTsLd_EbJUpKz1qvnI0g9KId4gh_CoNq7u1UcLJPX6_OHFrjgcSB764W9e8yFnOIZ0QFCfU8jNOns9jkfBJLJsznvcFmjyomlNusu-zTH7zWCJxDkE/s400/pas+ganas.jpg
Tapi, disebabkan kewujudan PAS itu sendiri terbentuk akibat kekecewaan dan dendam, jadi tak pelik perkara sebegini berlaku.


Penyokong dan ahlinya sudah ditarbiah dengan kebencian dan emosi amarah yang meluak-luak, imej Islamik dan janji bombastik mengenai agama suci ini pula sekadar sandaran untuk menyemarakkan semangat ahli dan penyokong sahaja.

Soal persaudaraan sesama Islam pula dianggap remeh temeh sebaliknya si kafir harbi yang menjadi tuan PAS pula dipuja dan dipuji. Itu yang dakwah Islamiyah gagal diterjemahkan dalam bentuk tingkah laku sopan dan beradat dikalangan 
https://blogger.googleusercontent.com/img/b/R29vZ2xl/AVvXsEiynncCUO2-7VYj6PnTF-sMrUh_UxTk3_bEEsgtd9yDYiZwdMohJUHYr9c8RelTl4p86QUN0hwlPSRT0ue1zBZB9p_a8vaHXbGLKomu3Dqj-Xq4yBz-Io2lwBlR1o7mDSfIjDwcKyEUE-k/s320/%253D%253Futf-8%253FB%253FVW5uYW1lZC5qcGc%253D%253F%253D-761190
penyokongnya.

Molek benarlah tu, penyokong terkenal dengan perangai panas baran, biadap, tak patriotik dan emosi tak stabil, sementara ramai pemimpin PAS pula rata-ratanya jenis mulut berus dan gemar menghasut serta menyebarkan propaganda sana sini untuk kaut undi.

Minta jauhlah negara ini daripada diperintah oleh PR dan balacinya PAS. Dah lebih 5 dekad negara ini aman tenteram, kot kalau tanahair ini jatuh ke tangan orang yang tak stabil emosinya setaraf macam orang gila maka jahanam dan sia-sialah segala usaha pengorbanan selama ini.

* Nota: Foto di sebelah kanan artikel ini adalah koleksi kebiadapan, keganasan dan lain-lain tingkah laku luar tabie yang pernah dilakukan oleh penyokong PAS dan PR. Jauhi diri anda dan keluarga dari mencontohi kelakuan sedemikian.

Dipetik daripada : www. mykmu. net

Manifesto Pakatan Macam Kitab Cerita Dongeng!!


26 Februari 2013


manifesto_kencing
PENULIS sudah selesai melihat keseluruhan Manifesto pembangkang ini sebentar tadi.  Banyak yang penulis nak argue tapi bila memikirkan Manifesto ini hanya bersifat ‘tawaran’, bukan nak dilaksanakan pun, penulis batal hasrat tersebut kerana nak menjaga kualiti masa.

Tapi satu yang nyata, buku manifesto itu memang cantik, terang, seronok mata memandang, sampai penulis terlupa, Pakatan Rakyat yang disebut banyak kali dalam manifesto tersebut sebenarnya tak wujud pun!!
Sesiapa pun kalau nak percaya janji orang, kita mesti kenal orang tu, macam mana rupanya, wujud tak wujud.  Kalau syarikat tawar nak beli barang pun begitu juga, syarikatnya wujud ke tidak, officenya mana, siapa tuan punya dan sebagainya

Bercakap pasal Pakatan Rakyat ni, apa yang dia ada sehingga rakyat nak percayakan cakap dia?  Past record, current record?  Tahun 2008 rakyat yang mengundi pembangkang bukan pilih Pakatan Rakyat, dia pilih Barisan Alternatif.

Yang melayu percaya PAS dan PKR, bukan Melayu PKR dan DAP.  Siapa sangka habis pilihanraya Anwar bubar terus Barisan Alternatif dan tubuh Pakatan Rakyat yang termasuk di dalamnya DAP dan PAS sekali!!

Masalah orang kita hari ini, mudah percaya janji manis.  Letak gambar dalam facebook yang mancung-mancung sikit, ayat power sikit, dah tergamak bagi duit, bagi barang dan paling teruk tu, bagi body pun ada.
Golongan macam inilah yang Anwar Ibrahim suka nak manipulasi.  Dia tahu, mana-mana tempat pun, jenis orang macam ini memang wujud, itu yang dia berani tipu macam-macam pasal confirm ada juga yang cukup bodoh nak percaya.

Sebab itu Manifesto macam ini laku walaupun terang-terang takdak kredebiliti, intergriti dan apa yang lainlah.

Apatah lagi dalam manifesto ini banyak sangat percanggahan dengan bukti yang ada depan mata.  Contohnya nak buat rumah kos rendah, pendidikan percuma, air murah dan apa bagai ni, semuanya mereka ada keupayaan melaksanakan di negeri-negeri yang diperintah masing-masing sekarang, tapi hampeh!!
Ini bukan tahun 2008 dimana tidak ada apa yang kita nak  bandingkan (melainkan Kelantan).  Sekarang ini ada tambahan 3 kerajaan negeri pembangkang dan beratus-ratus janji bulan bintang yang kita lihat, mana bukti kejayaannya?  Ada yang dibuat tapi tak sepenuhnya dan lebih banyak yang tidak dibuat langsung pun!!

Jadi nak percaya buat apa?

Kita patut belajar dari kisah itu dan mengambil iktibar.  Kita ni (rakyat) sebetulnya kena kencing saja dengan puak-puak ni.  Keutamaan dia bukan rakyat, tapi dia tu sendiri seronok nak jadi Perdana Menteri, nak jadi Menteri, nak jadi Duta dan sebagainya.

Jadi kita patut ambil iktibar tentang ini.  Tidak ada apa pun berkenaan pembangkang ini yang boleh kita pakai cakapnya.  Yang dah kena, kenalah, jangan diulangi lagi, yang belum kena jangan cuba cari pasal saja-saja nak kena pulak.

Depan mata ada kepimpinan Datuk Seri Najib Tun Razak yang bersungguh-sungguh berkhidmat untuk rakyat.  Takdak tawaran, tawaran, apa dijanji, dikotakan.  Pemimpin macam inilah yang kita patut gantungkan  harapan, bukan Anwar Ibrahim!!

Dipetik daripada : www. mykmu. net

Rakyat Dah Bagi Peluang, Perlukah Hadi Merayu Lagi?


26 Februari 2013


PRU13 - Saat Kejatuhan PR
Semalam semasa berucap di Konvensyen Pakatan Rakyat di Shah Alam Convention Center (SACC), Presiden PAS, Abdul Hadi Awang dengan nada merayu meminta rakyat negara ini memberi peluang kepada pakatan pembangkang untuk mentadbir negara ini selepas PRU 13.

Katanya lagi, PR yang dianggotai DAP, PKR dan PAS tidak berniat untuk memerintah sepanjang hayat sebaliknya sedia dihukum melalui sistem demokrasi yang adil dan saksama.

Sama ada Hadi lupa atau sengaja mahu menyindir Menteri Besar Kelantan, Nik Abdul Aziz Nik Mat yang turut berada di sana, sukar untuk ditentukan. Tapi umum tahu nafsu duniawi Nik Aziz menggelodak sakan untuk menduduki kerusi MB Kelantan sampai akhir hayatnya.

Bagaimana pun, rayuan Presiden PAS yang paling lemah kepimpinannya dalam sejarah parti itu mungkin berkesan menarik simpati kalangan segelintir ahli dan penyokong PAS yang pemikirannya saling tak ubah seperti katak di bawah tempurung. Tapi bagi majoriti rakyat negara ini yang melihat dunia dari kaca mata burung tentu sahaja memandang sepi sambil menjuih bibir ucap di masa yang sama masing-masing makin berkeinginan untuk menolak PR dalam PRU 13 kelak.

Pasca PRU 12 tahun 2008 dulu yang menyaksikan hampir sebahagian pengundi berdaftar berpaling tadah dan cuba membuat eksperimen dengan membenarkan PR menjajah 5 negeri termasuk Perak(sehingga Februari 2009), sebenarnya sudah mencukupi sebagai penilaian betapa lemahnya pemimpin PR dalam hal-hal pemerintahan.

Dari hal masalah pengurusan hak milik tanah dan pembalakan berleluasa di Kedah, Perak dan Kelantan, skandal perlombongan pasir, masalah bekalan air dan penjualan aset negeri di Selangor, masalah pelaburan dan peluang pekerjaan di Kelantan serta keangkuhan DAP di Pulau Pinang, semuanya berlaku kerana kelemahan urus tadbir pemimpin PR.

Itu belum lagi diungkit soal janji dari manifesto PR sempena PRU 12 yang sehingga sekarang masih banyak gagal dilangsaikan. Janji ditaburi, dimungkiri dan dicapati, ada pemimpin PR kisah ambil peduli untuk membuktikan setiap janji ditepati? Kini PR merayu supaya diberi peluang lagi siap bersama janji manis yang sebahagiannya di kitar semula dan gagal ditepati, apa Hadi ingat rakyat akan terjerat untuk kali keduakah?

Tsunami politik yang berlaku dalam PRU 12 dulu tidak diambil iktibar pengajaran oleh pemimpin PR untuk memperlihatkan kemampuan mereka yang lebih baik dari BN dari pelbagai segi, sebaliknya lebih banyak masa dihabiskan untuk berpolemik dan berpolitiking sepanjang masa untuk mengejar kuasa yang lebih besar pada PRU 13.

Sedangkan BN pula tanpa menyalahkan pihak lain, selepas setahun dilanda tsunami terus bangkit memperbetulkan kesilapan selepas bermuhasabah diri sendiri dan membaiki kelemahan. Satu perubahan sikap yang terpuji yang tidak mungkin sesekali dilakukan oleh mana-mana pemimpin PR sama ada dari DAP, PKR mahupun balacinya dari PAS.

Pemimpin-pemimpin PR pula masing-masingnya semakin meninggi diri, kereta mewah bersilih ganti, rumah sederhana menjadi sebesar-besarnya, isteri yang satu kalau tak dua kini menjadi tiga, kroni dan saudara sekeluarga di beri jawatan itu dan ini, tak cukup dalam parti, habis jawatan peringkat agensi negeri di sapu untuk kepentingan diri dan kroni.

Itu tak termasuk lagi hal ehwal Islam dan maruah agama yang makin diinjak-injak dan gagal dipertahankan oleh PAS, dari hal akidah dan permurtadan, pengiktirafan PR kepada golongan lgbt sehinggalah kesucian kalimah Allah s.w.t yang sepatutnya dijunjung tinggi akhirnya tergadai atas nama kebebasan dan hak asasi.

Pendek kata sepanjang bertahun peluang diberikan oleh rakyat kepada PR, lebih banyak mudarat berbanding manfaatnya. Cukuplah hampir 5 tahun PR memerintah Kedah, Penang dan Selangor serta 23 tahun PAS dibiarkan bermaharajalela di Kelantan. Rakyat sudah cukup serik, Bo la weii…

Hadi merayu PR diberi peluang memerintah, rakyat sudah merealisasikan dan terbukti PR mahupun PAS gagal memanfaatkannya. Hadi kata PR sedia dihukum, tapi adakah Hadi dan pemimpin PR yang lain sedia dan redha menerima penghukumannya?

Dipetik daripada : www. mykmu. net

PAS Ucap Selamat Tinggal Kepada Perlaksanaan Hudud


26 Februari 2013

PRU13 - Manifesto PR Tanpa Hudud, Dari PAS Untuk PKR Kerana DAP Demi Undi
Umum sudah maklum manifesto PR sempena PRU 13 sepatah perkataan pun tidak menyebut perihal perlaksanaan hukum hudud, membuktikan PR tidak berhajat pun untuk membantu merealisasikan gebang politik yang dicanangkan oleh PAS.

Atau boleh juga dikatakan bahawa PAS sudah tidak berminat membicarakan perlaksanaannya kerana sudah memahami senario semasa dan populasi penduduk negara ini belum mengizinkan ke arah perlaksanaannya.
Tapi penulis lebih percaya, ketidaksediaan PAS mendesak rakan sekutunya dalam PR seperti PKR dan DAP memasukkan janji perlaksanaan hudud adalah disebabkan polisi PAS sendiri yang sedari awal lagi hanya berminat memanipulasikan undang-undang Islam itu demi meraih kepentingan politik kepartian.

Ini dibuktikan dengan kenyataan pada 14 Disember 2011 oleh seorang pemimpin PAS Kelantan yang juga adalah ADUN PAS Pasir Tumbuh merangkap Timbalan Ketua Penerangan PAS Kelantan, Ahmad Baihaki Atiqullah yang pernah menegaskan bahawa;-

“Keuntungan bagi PAS mungkin di negeri yang ramai orang Melayu tapi di negeri luar seperti Selangor boleh jadi tidak untung. Apabila isu hudud di manipulasi, mungkin ada ‘backfire’ daripada pengundi bukan Islam,” demikian katanya ketika ditemu bual oleh Malaysiakini di Kota Bharu hujung pada hujung tahun 2011.

Walau dibaca berulang kali kenyataan pemimpin PAS itu, ia tetap membuktikan satu perkara, yakni isu perlaksanaan hudud yang sering menjadi zikir politik PAS sejak hampir 3 dekad lalu nawaitu utamanya hanyalah untuk manfaat kepartian PAS sahaja.

Kenyataan Timbalan Ketua Penerangan PAS Kelantan itu juga banyak kebenarannya kerana terbukti betul hudud hanya mainan politik PAS, ia terbukti di Kedah sekalipun PAS menguasai negeri itu tapi satu draf hudud pun langsung tak di bawa ke DUN untuk dibincangkan, hatta di Perak sebelum kejatuhan Kerajaan DAP-PAS juga isu hudud menjadi taboo bagi pimpinan PAS.

Sementara di Selangor yang mana PAS turut menganggotai Kerajaan Negeri juga tak kedengaran kesungguhan PAS untuk membicarakan isu hudud apatah lagi untuk mengusulkan draf mengenainya di DUN Selangor.
Tapi disebalik semua itu, di Kelantan dan Terengganu isu hudud masih terus dimainkan oleh PAS dan seringkali menjadi bualan hangat penyokong mereka baik di kedai-kedai kopi mahupun ketika mereka melakukan ziarah kempen politik dari rumah ke rumah.

Tidak pernah lekang dari kutukan dan makian penyokong dan pemimpin PAS terhadap Kerajaan Pusat yang ditunjangi UMNO dan BN, kononnya kerana menolak perlaksanaan hudud dan enggan memartabatkan undang-undang Islam.

Tidak cukup dengan propaganda sedemikian, ditohmah pula yang UMNO lebih mendaulatkan Perlembagaan buatan manusia ataupun kerap digelar oleh penyokong PAS sebagai perlembagaan Lord Reid, perlembagaan penjajah dan jahiliah.

Untuk menampakkan perbezaan PAS supaya lebih kelihatan Islamik berbanding UMNO maka pemimpin dan penyokong PAS tanpa segan silu mendabik dada yang Al-Quran & Hadis serta undang-undang Islam akan berada di kedudukan tertinggi berbanding Perlembagaan Negara sedia ada sekiranya PAS dan PR memerintah Malaysia.

Sama ada mereka sedari atau sengaja buat pekak dan bisu, semasa PR melancarkan Buku Jingga yang menjadi Dasar Bersama PR dan ditandatangani sama oleh Presiden PAS, Abdul Hadi Awang secara jelas memberi jaminan kepada rakyat Malaysia bahawa PR berikrar akan mempertahankan Perlembagaan Negara dan segala isi peruntukan yang terkandung di dalamnya.

Bagi rakyat Malaysia yang waras dan segelintir penyokong PAS yang masih berakal tentu faham ikrar dalam Buku Jingga itu seperti boomerang yang tepat ke dahi pemimpin dan penyokong PAS. Bak kata orang tua-tua, ibarat menjilat ludah sendiri.

Kandungan Manifesto Rakyat, Pakatan Harapan Rakyat yang dilancarkan oleh PR dan dipersetujui bersama oleh DAP, PKR dan PAS semalam yang langsung tidak menyentuh isu hudud, barangkali sesuai kalau dikatakan manifesto itu ibarat nota selamat tinggal oleh PAS kepada isu perlaksanaan hudud.

Malah tidak keterlaluan jika penulis katakan Manifesto PR itu juga simbolik pengakhiran propaganda PAS untuk mengangkat kedudukan Al-Quran & Hadis ke tempat tertinggi mengatasi Perlembagaan Negara sekarang yang dikatakan sekular dan jahiliah.

Ia satu kejayaan manis kepada Ketua Umum PKR, Anwar Ibrahim kerana buat pertama kalinya Anwar menepati janji. Kenapa penulis berkata demikian? Ada sebabnya.

Pada 9 November 2011 sewaktu Anwar berdialog dengan kira-kira 200 orang pemimpin masyarakat Cina dari 65 NGO di Subang Jaya, Selangor, Ketua Umum PKR itu telah secara terbuka menegaskan janjinya bahawa isu perlaksanaan hudud tiada tempat dalam dasar PR

Anwar mengulangi bahawa Pakatan berfungsi atas dasar bahawa sebarang keputusan mesti mendapat konsensus kesemua ketiga-tiga parti komponennya dan mengikut perlembagaan persekutuan, atau jika tidak, ia tidak akan dilaksanakan.
Katanya, apabila orang bertanya tentang pendiriannya mengenai undang-undang hudud, beliau memberitahu mereka bahawa pendirian PKR dan Pakatan Rakyat adalah untuk menyokong perlembagaan. Anwar Ibrahim, Meloyakini, 9 November 2011

Lebih setahun berselang, terbukti Anwar menepati janjinya. Semalam Manifesto PR dilancarkan setelah dipersetujui dan ditandatangani bersama oleh Presiden PAS, Abdul Hadi Awang serta pemimpin PKR dan DAP. Tiada bantahan dari PAS sekalipun janji hudud tak termaktub dalam agenda PR.

Penulis cuba membayangkan entah apa reaksi rakan-rakan dari PAS jika mereka menyedari selama bertahun-tahun lalu mereka sudah tertipu dengan propaganda bombastik berhubung isu hudud. Mungkin akan ada yang hentak kepala pada dinding atau ada tepuk dahi berkali-kali tanda kesal di kencing hidup-hidup oleh PAS.

Tapi betulkah penyokong PAS akan menyedari dan benar-benar menginsafinya? Jangan bermimpi, sebahagian besar ahli dan penyokong PAS sudah diasuh untuk wala’ buta tuli pada pucuk pimpinan parti, usahlah pelik kalau dalam jangka waktu terdekat ini UMNO & BN juga yang jadi sasaran tohmahan mereka.\

Dipetik daripada : www. mykmu. net