Friday, September 25, 2015
Bukti Jelas Peranan Datuk Seri Najib Membangunkan Ekonomi Malaysia Diiktiraf Dunia
Isu : Ramai pemimpin dunia jumpa Dato Seri Najib puji cara beliau mentadbir
Malaysia dan hendak belajar dari Dato Seri Najib selepas perhimpunan United
Nations di New York US termasuk puji tindakan Dato Seri Najib dalam isu
Palestine
Fakta : Terbukti bahawa negara negara dunia iktiraf kredibiliti Dato Seri Najib tadbir Malaysia
Hujahan : Jelas mereka tahu bahawa musuh musuh akan sentiasa cuba jatuhkan sesebuah kerajaan dengan fitnah...
Disediakan oleh : PeneranganPemudaSEREMBAN
Dari Mekah: Rempuhan di Mina, Pengalaman dan Pemerhatian
Sekurang-kurangnya 717 orang jemaah haji maut
manakala 863 lagi cedera dalam kejadian rempuhan di Mina hari ini,
yang merupakan kejadian terburuk selepas tragedi terowong Muassim yang
menghubungkan Mekah dan Mina runtuh pada 1990. AL-Fatihah.
Pada pandangan saya, boleh dikatakan Kerajaan Arab Saudi telah buat
yang terbaik, hampir 90%. Tapi sikap jemaah dari sesetengah negara yang
tidak mengikut arahan pihak berkuasa menjadi punca. Mereka gopoh, tidak
sabar dan pentingkan diri sendiri.
Kebanyakannya mereka ini jemaah dari
India, Pakistan dan negara-negara afrika.
Mereka suka membuat halangan (duduk, berkumpul dan tidur) di tempat
laluan ramai. Suka berjalan melawan arus (musim haji laluan pejalan kaki
dibuat dua hala di kawasan-kawasan ibadat)dan membawa beg-beg besar
bersama, tolak-menolak di belakang.
Jemaah India dan Pakistan, jika tawaf tangan mereka akan
berkepak-kepak. Selain itu suka berkumpul dan membuat halangan di tempat
laluan ramai. Bila pihak berkuasa larang mereka buat bodoh sahaja dan
kemudian bertekak-tekak pula.
Jemaah Afrika dalam kategori gopoh. Dengan badannya yang sasa mereka
tolak orang di hadapan sesuka hati untuk potong ke depan. Jemaah Turki
pula suka buat rantaian dalam kumpulan yg besar kerana takut kumpulan
mereka berpecah.
Jemaah Indonesia, Malaysia, Thailand, China, negara-negara Eropah dan
Rusia jauh lebih berdisiplin. Kalau ada sedikit sebanyak masalah di
pihak berkuasa Saudi pun, adalah masalah komunikasi kerana mereka hanya
bercakap dalam bahasa arab sahaja.
Saya dan ibu ada pengalaman dirempuh beberapa malam lepas di kawasan
Masjidil Haram.
Saya menolak ibu saya ikut laluan sehala yg ditetapkan.
Namun terdapat jemaah laluan bertentangan sedang bertekak dengan polis
minta buka pagar berkenaan. Mereka tidak mahu ikut laluan sehala yang
ditetapkan atas alasan jauh.
Akhirnya mereka rempuh halangan pihak berkuasa. Serbu masuk
ramai-ramai. Bayangkan dengan badan orang afrika yang sasa itu keliling
kita dan mereka tolak-menolak untuk ke depan. Kita yangg di depan
tersepit kelemasan.
Saya ketika itu hanya memikirkan nasib ibu saya yang berada di atas
kerusi roda. Alhamdullilah dapat lepas juga dari keadaan tersebut dengan
selamat.
Coretan : Faizal Rohban
Petaling Street Bukan Isu Perjuangan UMNO atau Melayu
Tindakan Ketua UMNO Bahagian Sungai Besar, Datuk
Jamal Md Yunos, mengancam untuk menutup tempat perniagaan Petaling
Street bukan perjuangan UMNO, apatah lagi perjuangan Melayu dan Islam.
Apabila Pesaka menganjurkan Himpunan Merah bagi menyatukan orang
Melayu ia bertujuan menunjukkan bahawa orang Melayu bersdia
mempertahankan kepentingan Islam dan Melayu jika perlu. Ia bukan untuk
menunjukkan siapa lagi samseng apatah lagi “berperang dengan kaum Cina.”
Melayu tidak pernah terjejas dengan Petaling Street. Sekian lama kita
sudah ketahui Petaling Street ialah tempat penjualan barang palsu dan
kurang kualiti terbesar di negara ini. Ia di monopoli oleh kaum Cina dan
disukai oleh pelbagai bangsa kerana harga yang murah.
Jika Jamal mahu kerajaan bertindak ke atas barangan palsu beliau
boleh menjadi jaguh persatuan pengguna atau pejuang keadilan untuk
korporat besar. Tapi jangan sesekali berdiri atas isu bangsa Melayu mahu
menutup Petaling Street. Ia bukan sahaja tidak masuk akal malah sangat
memalukan.
Jika kita marah dengan kaum Cina yang menyokong DAP, hari ini Jamal
perlu desak semua pemimpin Melayu dan kerabat di raja berhenti berurusan
dengan korporat besar kaum Cina seperti Berjaya, YTL dan lain-lain.
Merekalah yang menyumbang kepada kejayaan DAP.
Beranikah Jamal?
Jika Jamal mahu membantu orang Melayu, maka kempenlah agar peniaga
Melayu di Uptown, Downtown atau apa sahaja jenis “town” dibenarkan
berniaga barang yang sama seperti peniaga Petaling Street tanpa
gangguan.
Jika Jamal mahu membantu Melayu, apabila kerajaan beri geran kepada
beliau sepatutnya beliau laksanakan sampai berjaya dan bantu Melayu
lain. Malangnya sekian banyak perniagaan beliau yang kerajaan bantu,
sekarang ini sama ada sudah berkubur atau hidup segan mati tidak mahu.
Kita mahu memperjuangkan hak Melayu dan kepentingan Islam, tapi bukan
cara tidak masuk akal dan merosakkan keharmonian negara ini.
Jangan nanti Himpunan Merah yang berjaya tempoh hari, akhirnya menjadi “kad Merah” kepada Barisan Nasional.
Disediakan oleh : PeneranganPemudaSEREMBAN
Najib Mulakan Lawatan Kerja Di New York
Datuk Seri Najib Tun Razak tiba di New York,
Amerika Syarikat (AS) lewat petang semalam untuk memulakan lawatan kerja
selama lapan hari ke Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) sempena
Perhimpunan Agung PBB yang dijangka membincangkan dan memperakukan
agenda baharu global ketika badan dunia itu menyambut ulang tahun
penubuhannya yang ke-70.
Perdana Menteri menyertai lebih daripada 170 orang ketua negara dan
kerajaan negara-negara dunia yang bakal berada di kota New York ini bagi
memperkukuhkan PBB serta membincangkan isu-isu antarabangsa dan cabaran
sejagat menjelang genap tujuh dekad penubuhan PBB pada 24 Oktober ini.
PBB ditubuhkan selepas kemusnahan akibat Perang Dunia Kedua pada 24
Oktober 1945, dengan Malaysia menyertai pertubuhan multilateral itu
secara rasmi pada 17 September 1957, kira-kira 17 hari selepas ia
mencapai kemerdekaan daripada British pada tahun tersebut.
Pesawat khas yang membawa Perdana Menteri Malaysia itu dan isterinya,
Datin Seri Rosmah Mansor mendarat pada pukul 6.30 petang (6.30 pagi
Khamis waktu Malaysia) di Lapangan Terbang Westchester County di sini.
Beliau yang sebelum itu singgah di London, United Kingdom untuk
lawatan kerja sehari bagi menghadiri perasmian projek bangunan PNB
House milik Permodalan Nasional Berhad (PNB) disambut di hotel
penginapannya di Hotel Mandarin Oriental di sini oleh Menteri Luar,
Datuk Seri Anifah Aman; Duta Besar Malaysia ke Amerika Syarikat, Datuk
Seri Awang Adek Hussin; Wakil Tetap Malaysia ke PBB, Datuk Ramlan
Ibrahim serta para pegawai Malaysia.
Antara para pemimpin dunia yang dijangka hadir sama pada Perhimpunan
Agung PBB yang bermula minggu ini ialah Presiden AS, Barack Obama;
Presiden Rusia, Vladimir Putin; Presiden China, Xi Jinping selain
ketua-ketua kerajaan dari banyak negara yang membawa harapan tinggi
untuk menjayakan usaha-usaha diplomatik, agenda pembangunan dan
kemanusiaan global selain terus mencari penyelesaian kepada konflik,
pertikaian dan huru-hara dalam detik-detik bersejarah PBB sejak
penubuhannya.
Dalam satu kenyataan menjelang Perhimpunan Agung PBB kali ini,
Setiausaha Agung PBB, Ban Ki-moon berkata: “Sesi Perhimpunan Agung PBB
tahun ini dibuka pada saat-saat huru-hara dan harapan… Huru-hara, kerana
konflik semakin parah di banyak tempat, dan orang awam menjadi
mangsanya. Harapan, kerana bilangan pemimpin dunia yang hadir begitu
ramai di PBB di sini untuk mara dengan penyelesaian dan menerima agenda
pembangunan baharu dunia yang dicita-citakan.”
Najib dijadualkan turut berucap dalam beberapa sesi PBB termasuk pada
Perhimpunan Agung ke-70, mengambil bahagian dalam mesyuarat sidang
kemuncak Agenda Pembangunan Pasca 2015 dan mengadakan pertemuan
bilateral dengan para pemimpin antarabangsa.
Presiden AS, Obama akan turut berucap pada sidang kemuncak Agenda
Pembangunan Pasca 2015, suatu inisiatif PBB yang menetapkan
langkah-langkah khusus ke arah mencapai sasaran matlamat pembangunan
global membabitkan proses rundingan dengan 193 negara-negara anggota
PBB.
Para pemimpin dunia akan mengupas cadangan-cadangan PBB untuk
menerima 17 matlamat baharu pembangunan sejagat, dengan 169 sasaran
untuk membasmi kemiskinan, membanteras ketidaksamaan dan memerangi
perubahan iklim dalam tempoh 15 tahun akan datang.
Daripada sekadar 51 anggota pada awal penubuhannya pada tahun 1945,
PBB kini mempunyai keahlian sebanyak 193 negara termasuk Palestin yang
mendapat status pemerhati tetap dan sebuah lagi pemerhati tetap,
Vatican, kota suci penganut Kristian Katolik yang kehadiran pemimpin
spiritualnya, Pope Francis pada Perhimpunan Agung PBB mendapat laporan
besar-besaran daripada media Amerika Syarikat.
Bagaimanapun, satu laporan PBB minggu ini menyebut bahawa kegagalan
untuk menghindar konflik berdarah di serata dunia telah mencetuskan isu
kemanusiaan dan keselamatan global, terutama lambakan kira-kira 60 juta
pelarian di seluruh pelosok dunia, dengan Syria dan Yemen menjadi antara
negara terbaru yang terpalit dalam masalah tersebut.
Diplomat-diplomat Malaysia percaya kehadiran Najib dalam beberapa
mesyuarat peringkat tinggi PBB dalam tempoh seminggu ini di New York
akan memberi arah tuju signifikan kepada bentuk pandangan yang bakal
diutarakan olehnya ketika beliau berucap pada Perhimpunan Agung di ibu
pejabat PBB pada hari Khamis, 1 Oktober ini.
Tambahan pula, di bawah pentadbiran Najib, Malaysia kini memainkan
peranan yang lebih mendalam dan berpengaruh dalam badan dunia itu selaku
anggota tidak tetap Majlis Keselamatan PBB, iaitu kerusi yang akan
dipegangnya sehingga akhir tahun 2016.
Majlis Keselamatan PBB mempunyai 15 anggota terdiri daripada lima
anggota tetap dengan kuasa veto (AS, Rusia, China, United Kingdom dan
Perancis) dan 10 anggota tidak tetap yang dipilih melalui pengundian.
Selain Malaysia, antara negara anggota tidak tetap Majlis
Keselamatan PBB ialah Angola, Chad, Chile, Jordan, Lithuania, New
Zealand, Nigeria, Sepanyol dan Venezuela.
Ketika berucap pada Perhimpunan Agung PBB tahun 2010, Najib
memperkatakan tentang pentingnya Gerakan Kesederhanaan Global dimulakan
untuk menyelamatkan dunia daripada terjerumus ke dalam situasi putus
asa dan kerosakan.
Tiga tahun kemudian pada 2013 dalam ucapannya di pentas PBB, Najib
menyentuh tentang bahaya perbalahan dalaman dan pertembungan antara
mazhab di negara-negara Islam dalam mencorakkan kebangkitan Arab Spring
yang kesannya amat besar kepada keselamatan serantau.
Pada tahun lalu Perdana Menteri secara terang-terangan di PBB menyeru
umat Islam supaya menolak pertubuhan pengganas Islamic State yang
bergerak di Syria dan Iraq. Katanya, dengan kekejamannya kumpulan
pengganas tersebut mengkhianati prinsip-prinsip murni Islam.
Disediakan oleh : PeneranganPemudaSEREMBAN
PAS Tidak Setuju Anwar Sebagai Calon PM
Pas
menyifatkan keputusan Pakatan Harapan untuk melantik Datuk Seri Anwar
Ibrahim sebagai Perdana Menteri sekiranya mereka memenangi pilihan raya
umum akan datang sebagai perkara yang tidak realistik.
Menurut Setiausaha Agungnya, Datuk Takiyuddin Hassan, tindakan
mencalonkan Anwar sebagai Perdana Menteri juga tidak boleh dianggap satu
keputusan konklusif kerana Penasihat PKR itu masih berada di dalam
penjara.
“Perkara ini turut kita bincang dalam mesyuarat semalam dan kita
ambil ketetapan bahawa sesuatu keputusan yang muktamad mestilah sesuatu
yang realistik.
“Maksudnya, dalam keadaan Anwar sekarang di mana, takkan kita boleh
buat satu keputusan yang konklusif bahawa dia yang akan menjadi Perdana
Menteri,” katanya di sini hari ini.
Dalam sidang Meja Bulat Pakatan 2.0 semalam, Presiden PKR yang juga
isteri Anwar, Datin Seri Wan Azizah Wan Ismail mengumumkan pembangkang
masih menamakan suaminya sebagai calon Perdana Menteri sekiranya mereka
berjaya mentadbir negara.
Wan Azizah berkata, pembangkang percaya Anwar merupakan pemimpin
paling sesuai untuk menangani pelbagai isu nasional seperti kemelut
ekonomi, salah urus tadbir, kebajikan rakyat dan perpaduan kaum.
Anwar kini sedang menjalani hukuman penjara selama lima tahun kerana kesalahan meliwat.
Mengulas lanjut perkara itu, Takiyuddin meminta parti-parti
pembangkang membuat keputusan yang lebih realistik dalam soal pemilihan
Perdana Menteri.
“Kita perlu berpijak di bumi yang nyata,” katanya.
Disediakan oleh : PeneranganPemudaSEREMBAN
Tony Pua Disenarai Hitam Masuki Sarawak
Ahli Parlimen Petaling Jaya Utara, Tony Pua kini disenaraikan sebagai antara individu yang dilarang memasuki negeri ini.
Sumber pihak pentadbiran negeri memberitahu, tindakan menyenarai
hitamkan nama Tony yang juga Setiausaha Publisiti Kebangsaan DAP
memasuki Sarawak berpunca daripada beberapa sebab termasuk kaitannya
dengan isu 1Malaysia Development Berhad (1MDB).
Katanya, disebabkan namanya sudah disenarai hitamkan, maka beliau
telah diarahkan meninggalkan Sarawak menerusi penerbangan dari Lapangan
Terbang Miri pada pukul 4.20 petang semalam, sebaik sahaja dikesan
memasuki negeri ini.
“Memang sebelum ini, Tony dibenarkan memasuki Sarawak tetapi
namanya telah disenarai hitamkan baru-baru ini ekoran beberapa sebab
termasuk tuduhan yang dilemparkannya terhadap 1MDB,” katanya ketika
dihubungi di sini hari ini.
Pada pukul 2.30 petang semalam, semasa sedang menikmati makan tengah
hari bersama Ahli Parlimen Piasau, Alan Ling di sebuah restoran di Miri,
lima pegawai imigresen telah mengambil Tony untuk dibawa ke Lapangan
Terbang Miri dan diarahkan menaiki pesawat pulang ke Kuala Lumpur pada
pukul 4.20 petang.
Dalam sidang akhbar di restoran berkenaan, Tony memberitahu, beliau
datang ke negeri ini untuk menghadiri satu majlis anjuran DAP di Kampung
Pasir Lutong, Miri.
Katanya, beliau kecewa dengan tindakan kerajaan negeri menghalangnya
memasuki Sarawak kerana mendakwa tidak melakukan sebarang kesalahan
dan berharap namanya akan dikeluarkan daripada disenarai hitamkan dengan
segera.
Mengulas lanjut, sumber berkata, adalah menjadi hak kerajaan negeri
untuk tidak membenarkan golongan pelampau agama dan politik rasis
memasuki Sarawak bagi memastikan elemen negatif itu tidak menjejaskan
keharmonian di Bumi Kenyalang.
Selain Tony, antara individu yang disenarai hitamkan memasuki Sarawak
ialah Ahli Parlimen Seputeh, Teresa Kok; Setiausaha Agong Parti
Keadilan Rakyat (PKR), Rafizi Ramli; Ahli Parlimen Batu, Tian Chua;
bekas Setiausaha Agong PKR, Saifuddin Nasution; Presiden Pertubuhan
Pribumi Perkasa (Perkasa), Datuk Ibrahim Ali; Ketua Wanita PKR, Zuraida
Kamaruddin serta ahli akademik yang juga penceramah, Dr. Mohd. Ridhuan
Tee Abdullah.
Disediakan oleh : PeneranganPemudaSEREMBAN
Anwar Calon PM Sebab Guan Eng & Mat Sabu Tak Layak
Pakatan
baru pembangkang, Pakatan Takdak Harapan yang dirasmikan secara air
liur kelmarin (sama macam Pakatan Rakyat sebelumnya) tetap mencalonkan
Anwar sebagai Perdana Menteri (juga sama seperti Pakatan Rakyat
sebelumnya ) adalah kerana tidak ada di kalangan pemimpin pembangkang
sedia ada yang layak jadi Perdana Menteri KALAU mereka menang.
Ironinya, dalam masa sama, senang-senang
mau Datuk Seri Najib turun dan orang lain jadi Perdana Menteri tapi
bahagian dia, hanya Anwar saja yang layak, orang lain tidak boleh. Baru
peringkat angan-angan pun dah takdak orang lain, ini pulak cakap pasal
realiti nak ganti Najib sebagai Perdana Menteri.
Baik Guan Eng apatah lagi Mat Sabu,
kedua-duanya tidak layak untuk jadi Perdana Menteri, kaki liwat ini juga
yang boleh. Tanpa sedar ia sebenarnya merendahkan kebolehan pemimpin
lain Pakatan Harapan terutama Guan Eng yang begitu cemerlang menguruskan
Pulau Pinang. Sejak jadi ketua kerajaan, banyak perubahan yang berlaku
di negeri itu, antara lain banjir kilat dan tanah runtuh yang kerap.
Kesesakan jalan raya juga semakin menjadi-jadi, inilah bukti kejayaan
yang dibawa Guan Eng di Pulau Pinang.
Guan Eng juga ada status bekas banduan
sama seperti Anwar bila dia dibebaskan pada tahun 2020 nanti. Yang Guan
Eng tidak ada hanya status sebagai peliwat sahaja.
Mungkin sebab itu, tidak cukup syarat
untuk menjadikan Guan Eng sebagai calon Perdana Menteri Pakatan Harapan,
hanya Anwar saja yang layak atas ‘kelebihan’ yang dimilikinya. Tak
sedar diri juga diperbodohkan, tak tahulah nak cakap. Mungkin DAP fikir
Anwar tak lama jadi Perdana Menteri dan mereka akan ambil alih. Tapi DAP
jangan pandang rendah Azmin, orang ini juga ada impian yang sama.
Apa pun ini semua untuk rakyat tahu
bahawa negara ini tidak akan aman kalau pun BN ditumbangkan. Selain
percakaran politik dan perebutan jawatan (siapa jadi Perdana Menteri
selepas Anwar), Pakatan ini tidak boleh bawa kestabilan antara kaum di
negara ini termasuk sesama mereka sendiri.
Penulis jangka selepas ini giliran PKR
pulak untuk jadi macam PAS sebab DAP sudah menguasai Pakatan Harapan
ini. Parti Amanah Negara (PAN ) DAP yang tubuhkan, Mat Sabu hanya
boneka nya saja.
Kalau tubuh Pakatan baru pun pakai modus
operandi sama dengan yang lama, jangan terperanjat kalau pengakhiran
nya nanti pun lebih kurang itu juga.
Oleh itu, sokong lah BN.
Disediakan oleh : PeneranganPemudaSEREMBAN
Najib Kutuk Gejala Islamophobia
KUALA LUMPUR : Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak
hari ini mengutuk sekeras-kerasnya gejala Islamophobia dengan menyatakan ia merupakan satu bentuk penindasan dan diskriminasi yang melampau.
Memberi contoh Islamophobia, Najib, dalam catatan terbaharunya di
Twitter dan blog NajibRazak.com, merujuk kepada satu insiden di Amerika
Syarikat apabila seorang remaja lelaki Islam ditahan polis kerana mencipta sebuah jam yang disangkakan sebagai bahan letupan.
“Inilah yang dipanggil Islamophobia. Tindakan mereka yang sentiasa cuba mengaitkan Islam dengan keganasan ini sangat dikutuk,” katanya.
Beliau berkata Islam sering dikaitkan dengan keganasan walhal keganasan merupakan krisis kemanusiaan yang melibatkan semua tanpa mengira agama,
dan ramai lagi gologan bukan Islam yang melakukan keganasan.
Peperangan yang mengorbankan nyawa beratus ribu orang di Iraq dan kekejaman Israel ke atas Palestin juga merupakan satu bentuk keganasan, malah ia lebih besar skalanya dan sudah berlaku berdekad lamanya, kata Najib.
“Penggunaan bom nuklear dan bom kimia jika digunakan, yang membunuh berjuta orang awam, juga adalah satu keganasan.
“Mereka ini bukannya beragama Islam namun tidak pula dianggap sebagai pengganas,” katanya.
Untuk itu, Perdana Menteri menyeru semua pihak supaya bersatu melindungi satu sama lain tanpa mengira agama.
Disediakan oleh : PeneranganPemudaSEREMBAN
Dokumentari ‘A Fractured Nation’ Berat Sebelah – Kata Salleh
KOTA BELUD : Menteri Komunikasi dan Multimedia Datuk Seri Dr
Salleh Said Keruak menyifatkan laporan dokumentari yang disiarkan
saluran televisyen Channel NewsAsia (CNA) semalam sebagai berat sebelah
memandangkan ia menggambarkan imej buruk Malaysia berdasarkan temubual
hanya dengan sumber pembangkang.
Beliau berkata laporan bertajuk ‘A Fractured Nation’ itu tidak
mencerminkan situasi sebenar di dalam negara, dan stesen televisyen
berpusat di Singapura itu seharusnya menyiarkan laporan seimbang dengan
turut menemubual anggota dalam parti pemerintah.
“Laporan ini jelas berat sebelah sebab hanya mengetengahkan perkara
negatif tentang Malaysia, CNA hanya menemubual anggota pembangkang.
“Laporan Channel NewsAsia pada Hari Malaysia adalah berat sebelah, tidak adil dan amat dikesali, serta perlu diperbetulkan.
Salleh berkata demikian dalam kenyataannya kepada Bernama selepas
menghadiri majlis pengagihan daging korban bersempena Hari Raya
Aidiladha di Batu 7, Kesapang, dekat sini hari ini.
“CNA seharusnya mengambil kira pandangan semua pihak memandangkan laporan itu nampaknya menggambarkan bahawa negara kita sedang berdepan banyak masalah sedangkan ia tidak benar sama sekali. Laporan ini jelas menunjukkan bahawa mereka mempunyai pandangan atau niat untuk memudaratkan negara kita,” katanya.
Dalam laporan itu, CNA menyatakan bahawa Hari Malaysia sepatutnya menjadi sambutan untuk memperkukuhkan perpaduan semua rakyat Malaysia, bagaimanapun terdapat pihak tertentu yang didakwa mengambil kesempatan untuk menyemai perselisihan dan perpecahan menerusi demonstrasi berbaur perkauman.
Ketika menyangkal laporan itu, Salleh berkata media asing berazam untuk mencemarkan nama baik Malaysia dengan menyiarkan laporan bersandarkan kepada sumber meragukan.
Beliau berpendapat laporan negatif itu dimulakan bukan sahaja oleh orang luar tetapi juga oleh kumpulan tertentu di dalam negara ini.
Salleh berkata majoriti rakyat dan pemimpin negara ini menyatakan
sokongan padu mereka kepada perdana menteri, dan menyatakan bahawa
“perbuatan seperti itu hanya sia-sia belaka”.
“Isu yang mereka bangkitkan tentang 1MDB dan sumbangan politik RM2.6 bilion sudah dijawab.
Perdana Menteri telah menyatakan bahawa akaun 1MDB mesti
diaudit dan laporan dihantar kepada Jawatankuasa Kira-kira Wang Negara
(PAC). Jadi, biarlah PAC menjalankan siasatan.
“Kerajaan turut mempunyai perancangan berhubung program pemulihan 1MDB dan kami percaya dalam tempoh enam bulan, masalah ini akan dapat diselesaikan,” katanya.
Mengenai US$700 juta (RM2.6 bilion) yang disalurkan ke dalam akaun peribadi Najib, Salleh berkata Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM)
telahpun memperjelaskan bahawa ia disumbangkan sebagai sumbangan
politik.
Beliau berkata setakat ini, belum ada undang-undang di negara ini
yang “menghalang sesiapapun daripada menerima wang bagi tujuan politik.”
Dalam kenyataan baru-baru ini, SPRM dipetik sebagai berkata suruhanjaya itu tahu tentang identiti penyumbang yang memasukkan RM2.6 bilion ke dalam akaun peribadi Najib.
Disediakan oleh : PeneranganPemudaSEREMBAN
BN Perlu Segera Bina Kekuatan Dalaman Sebagai Persiapan Hadapi PRU – Mustapa
JELI : Barisan Nasional (BN) perlu segera membina kekuatan
bagi membela nasib rakyat dan untuk menghadapi pilihan raya umum kelak, kata Pengerusi BN Kelantan Datuk Seri Mustapa Mohamed.
Beliau berkata perpecahan dalam PAS selain parti itu tidak menyertai
Pakatan Harapan memberi kesan kepada senario politik negara dan BN perlu
mengambil peluang untuk membina kekuatan dalamannya.
“Kita bukan bergantung kepada mereka (pakatan pembangkang) kita
bergantung kepada kekuatan dalaman kita tetapi ini masanya kita mengubah
strategi kita untuk memperkukuhkan kedudukan BN peringkat negeri dan
nasional,” katanya kepada pemberita pada majlis rumah terbuka beliau
bersempena Hari Raya Aidiladha di sini, hari ini.
Mustapa diminta mengulas kesepakatan PKR, DAP dan Parti Amanah Negara
(Amanah) yang dalam proses didaftarkan, untuk menubuhkan sebuah pakatan
baharu yang dinamakan Pakatan Harapan pada 22 Sept lepas, tanpa penyertaan PAS.
Beliau berkata senario politik negara telah berubah dengan berlakunya
perpecahan dalam PAS sehingga lahirnya Parti Amanah Negara yang dalam
proses didaftarkan serta keputusan PAS untuk tidak menyertai Pakatan
Harapan itu.
Beliau berkata perpecahan dalam pakatan pembangkang itu sudah lama
dijangka berikutan berlaku perbezaan pendapat yang besar antara PAS dan
DAP sehingga PAS banyak bertolak ansur.
Kata Mustapa, walaupun pakatan pembangkang dilihat lemah kesan
daripada keputusan PAS tidak menyertai Pakatan Harapan itu, UMNO dan BN
tidak boleh leka daripada terus membina kekuatan membela nasib rakyat
dan menghadapi pilihan raya umum.
Sementara itu, beliau meminta kerajaan negeri Kelantan memperjelaskan
kepada rakyat isu berkaitan pembinaan lebuh raya rakyat, projek ladang
rakyat dan pembalakan.
Katanya berkata rakyat ingin tahu perkembangan pembinaan lebuh raya
rakyat dari Kota Baharu-Kuala Krai yang dikatakan akan diserahkan
pelaksanaannya kepada kerajaan persekutuan berikutan kerajaan negeri
tidak mampu dari segi kewangan.
Beliau berkata rakyat juga ingin tahu sejauh mana kejayaan projek ladang rakyat yang dilaksanakan untuk membasmi kemiskinan rakyat di negeri ini
dan begitu juga dengan pembalakan yang didakwa berlaku rasuah.
Pada majlis itu, Mustapa turut diraikan bersempena ulang tahun ke-65 kelahirannya.
Disediakan oleh : PeneranganPemudaSEREMBAN
Sarawak Tak Suka Tony Pua.... Sarawak Memang Takkan Terima Chauvinist DAP
Jurucakap Jabatan Imigresen Sarawak, ketika dihubungi oleh media, mengesahkan perkara tersebut.
"Disahkan bahawa YB Tony Pua telah diperiksa keluar meninggalkan negeri
Sarawak pada 4.20 petang ini dari Lapangan Terbang Miri ke Kuala Lumpur
atas arahan pihak Penguasa Imigresen Negeri Sarawak," katanya.
Difahamkan difahamkan Pua, yang juga Setiausaha Publisiti Kebangsaan DAP, tiba di Miri pagi Rabu.
Pada Julai lepas, Ketua Menteri, Tan Sri Adenan Satem berkata Sarawak
tidak akan membenarkan golongan pelampau agama dan politik rasis
memasuki negeri itu bagi memastikan elemen-elemen negatif itu tidak
menjejaskan keharmonian agama dan sosial di negeri Bumi Kenyalang itu.
Disediakan oleh : PeneranganPemudaSEREMBAN
Mat Sabu Dihalang Sampai Khutbah Aidiladha
Presiden Parti Amanah Negara (Amanah), Mohamad Sabu dihalang
menyampaikan khutbah sempena Hari Raya Aidiladha, di Surau Tuan Guru
Haji Md Rejab di Beseri, Perlis, hari ini.
Arahan itu dikeluarkan Ketua Polis Perlis, SAC Shafie Ismail melalui
sepucuk surat bertarikh 23 September yang dihantar kepada pengerusi
surau berkenaan, Abd Rahman Md Rejab.
Menurut surat itu, Shafie meminta Abd Rahman tidak membenarkan Mat Sabu
menyampaikan khutbah, atas faktor keselamatan yang tidak perlu
dinyatakan.
Pihak surau bagaimanapun akur dengan arahan berkenaan dan Mat Sabu tidak
dapat menyampaikan khutbah yang menjadi kelazimannya, apabila pulang ke
kampung mertuanya di Perlis, sempena sambutan Hari Raya Aidilfitri atau
Aidiladha.
Bekas Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Santan, Zolkharnain Abidin
kemudiannya menggantikan Mat Sabu, dengan menyampaikan khutbah pendek.
Selepas khutbah itu selesai, Mat Sabu tetap tampil ke hadapan, namun
bukan untuk berkhutbah, sebaliknya sekadar menyampaikan ceramah umum.
Turut hadir di ceramah berkenaan adalah Setiausaha Agung Amanah, Mohd Anuar Mohd Tahir.
Disediakan oleh : PeneranganPemudaSEREMBAN
PAS Lawan Amanah : Menang Jadi Abu, Kalah Jadi Arang
Tinggal kira-kira 100 hari sahaja lagi bagi Parti Amanah Negara (Amanah)
membuktikan kemampuannya mendaftarkan 69,982 ahli baru dan justeru
menjadi pesaing politik yang patut disegani kawan dan lawan.
Pada hari pelancaran Amanah 16 September lalu, Setiausaha Agungnya,
Anuar Tahir mengumumkan ahli berdaftarnya ialah 30,018 orang. Dan,
sebagai parti alternatif Islam, Amanah yakin mencecah pendaftaran
100,000 hujung tahun ini.
Sasaran utama Amanah adalah pengundi muslim. Profil mereka tentu tidak
jauh berbeza dengan yang disasarkan oleh PAS. Malah tanpa silu golongan
yang cuba dipujuk oleh Amanah ialah ahli-ahli PAS sendiri.
Sebaliknya, PAS sebagai “saudara tua” dalam jemaah Islam di Malaysia,
memberi amaran pada Amanah jangan cuba “menggoda” ahli-ahlinya.
Malah PAS juga tidak kurang tinggi keyakinannya dan mendakwa bahawa
sejak kemunculan Amanah, ia kini berhasil akan “memancing” lebih ramai
muslim menganggotai PAS.
Melangkau soal perangkaan, sayembara politik di antara PAS dengan Amanah
ini akan berlegar di sekitar penafsiran dan penterjemahan tiga konsep
utama bagi “meminang” kepercayaan rakyat muslim di Malaysia.
Presiden Amanah, Mohamad Sabu, melontarkan istilah takfiri atau ideologi
yang cenderung melabel hingga mengkafirkan orang lain yang dikaitkan
dengan amalan PAS kini.
Jika bersilang pendapat dengan pimpinan, maka individu atau golongan
berkenaan dianggap tidak sesuai menyertai PAS. Beliau menyindir bahawa
ideologi takfiri yang menjadi punca beliau dan kawan-kawan menubuhkan
Amanah.
“Ketaksuban golongan takfiri ini sememang tidak langsung menunjukkan
bahawa mereka memahami anjuran Islam untuk meraikan dan mengurus
ikhtilaf atau perbezaan.
“Bagi mereka, keluar dari jalur pemikiran dan ketaatan kepada kepimpinan
organisasi mereka, adalah sama seperti keluar dari agama Islam.
“Semua entiti dan organisasi takfiri mempunyai ciri-ciri utama ini, walau apapun nama dan label mereka,” kata Mat Sabu.
Beliau berkata, secara khususnya perang saudara telah berlaku di negara
umat Islam seperti Iraq, Libya dan Somalia mengakibatkan di Syria sahaja
lebih 6.5 juta pelarian melimpah seluruh dunia.
Katanya, ini adalah lambang bencana takfiriyah yang sangat mudah
menghukum individu lain yang tidak sehaluan sebagai kafir dan munafik
hingga mencetuskan pertumpahan darah.
Di sinilah, kata Mat Sabu, Amanah tegas menolak segala rupa bentuk dan
pelbagai penampilan ideologi takfiri kerana ia jelas memusnahkan
kemurniaan dan kesucian Islam.
Di segi politik, Amanah mempertaruhkan kempen penyebaran makna dan kesan
takfiriyah untuk menyapa minat muslimin Malaysia mendekati dan
menyokong Amanah.
Bagaimanapun, presiden PAS, Datuk Seri Haji Abdul Hadi Awang, nampaknya
sudah dapat membaca “tekanan” yang bakal dihadapi oleh PAS jika ia
“berpatah arang dan berkerat rotan” dengan Mat Sabu dan kawan-kawannya.
Lantaran itu, beliau memperkenalkan dua istilah untuk mempersiapkan PAS
melayan terjahan dan cabaran kumpulan yang akan menggunakan ideologi
takfiriyah untuk memomokkan parti PAS yang dipimpinnya.
Hadi melontarkan istilah tasahul dan tasyaddud yang beliau kaitkan
dengan rancangan besar musuh-musuh Islam untuk mengekang kebangkitan
perjuangan Islam di seluruh dunia.
Kata Hadi, jarum hasutan disuntik di dalam pemikiran pejuang-pejuang
Islam yang boleh disifatkan sebagai mangsa fahaman sekularisme yang cuba
memisahkan tuntutan agama dengan kemodenan.
“Kalangan yang berjuang secara tasahul ingin menceduk setiap
perkembangan di luar Malaysia seperti revolusi Islam Iran, AKP di Turki,
Ikhwan Hizbu al Nadhah di negara Arab tanpa melihat perbezaan waqie’
(realiti) di bumi tempat kita berpijak.
“Sedangkan kita di tanahair ini telah jauh bergerak dalam matlamat
memurnikan aqidah dan amalan masyarakat Islam ke jalan yang tulen
berbanding suasana masyarakat di tempat rakan-rakan kita di luar sana,”
kata Hadi.
Beliau berkata, walau pergerakan atau jamaah luar Malaysia ini adalah
rakan-rakan seperjuangan PAS tetapi mereka bergerak di bumi dan waqie’
yang berbeza pula.
“Manakala dari kalangan yang kedua iaitu bertasyaddud, iaitu mahu
melaksanakan Islam dalam sekelip mata, atau menang secara cepat tanpa
pilihanraya seperti Taliban, al Qaedah dan Isis atau DAAISH.
“Kumpulan ini juga melibatkan kalangan ulama dan ilmuan yang bersemangat
Islam tetapi tidak feqah dalam harakah Islamiyyah dan perlu dinasihati
dan dibimbing,” kata Hadi.
Yang pasti cabaran selanjutnya bagi PAS dan Amanah ialah bagaimanakah
penerangan, penghuraian dan pemujukan hendak dibuat supaya ia berkesan
memenangi sokongan pengundi muslim.
Mampukah Amanah melekatkan persepsi bahawa PAS mabuk dirasuk ideologi
takfiriyyah dan mungkinkah PAS pula berhasil mendedahkan penyakit
tasahul dan tasyaddud dalam jalur perjuangan Amanah?
Bagi Amanah ukuran kejayaannya mungkin dapat dilihat dalam tempoh 100
hari apabila ia berjaya mendaftarkan 100,000 ahli seperti yang telah
diisytiharkannya sendiri.
Bagaimanapun bagi PAS pula, ia mungkin memerlukan masa agak lebih
panjang dari itu. Ini kerana Amanah berasa dalam posisi yang agak
selesa. Kempennya ialah menerangkan rasional di sebalik kelahiran parti
itu.
Ini memberinya peluang untuk membuktikan, menyindir, dan menuduh betapa PAS kini dijangkiti penyakit takfiri.
PAS pula perlu bekerja lebih gigih. Ia perlu memerhati dan menonjolkan
dalil sikap gopoh atau tasyaddud Amanah serta betapa parti itu “rabun”
visinya yang mudah diuja pengalaman dan model gerakan Islam luar negara
yang dipalit ideologi tasahul.
Amanah merancang denai politiknya dengan agak mudah kerana memang sudah
menghabiskan berpuluh tahun dengan PAS untuk mengumpulkan pelbagai
anekdot yang boleh membuktikan takfiriyyah wujud dan menjalar dalam PAS.
Namun PAS juga berpeluang untuk mengutip bukti dan contoh kegopohan dan
“jiwa kecil” pemimpin-pemimpin Amanah yang nyata tidak istiqamah dalam
perjuangan ketika mereka menjadi ahli PAS.
Namun alangkah baiknya jika pemimpin dan pengikut kedua-dua parti itu
mempercayai apa yang disebutkan Haji Hadi sendiri dalam ucapan pembukaan
Muktamar PAS ke-61 kira-kira lebih sedikit 100 hari lalu:
“Sebenarnya tidak ada pemisahan di antara ulama dan profesional dalam
bahtera PAS. Apa yang berlaku adalah kita berdepan dengan tempias
sekularisme yang diwujudkan untuk menghalang kebangkitan Islam, yang
cuba membolos ke dalam saf gerakan Islam.”
Selagi dua entiti politik Islam ini saling mencari-cari perbedaan dan
enggan hinggap pada dahan persamaan selagi itulah umat Islam di negara
ini akan menari mengikut rentak musuh-musuh Islam.
Tidak guna perjuangan yang dilakukan atas nama Allah jika pihak manapun
“yang menang akan menjadi abu dan yang kalah menjadi arang.”
Disediakan oleh : PeneranganPemudaSEREMBAN
Pakatan Harapan Akan 'Bungkus' Seperti Pakatan Rakyat, Kata Ku Nan
KUALA LUMPUR : Setiausaha Agung Umno, Datuk Seri Tengku Adnan Tengku
Mansor yakin Pakatan Harapan yang diwujudkan PKR-DAP-Amanah baru-baru
ini tidak akan kekal lama.
Ia bakal mengalami nasib sama seperti Pakatan Rakyat (PR) yang berpecah kerana krisis dalaman di antara PKR-PAS-DAP.
"Saya rasa mereka akan bungkus, tidak ada pakatan. Mereka cuba untuk ikut Barisan Nasional (BN).
"Hanya BN sahaja parti yang berbilang kaum, mereka cuba tiru BN dan
tengoklah apa jadi dengan mereka sekarang, Pakatan Harapan akan
bungkus," katanya kepada pemberita hari ini.
Pakatan Harapan yang diwujudkan pada Selasa lalu adalah menggantikan
Pakatan Rakyat yang terkubur pada Julai lalu dengan disertai PKR, DAP
dan Parti Amanah Negara (Amanah).
Sebelum ini PKR mahu gabungan pembangkang yang baru itu turut disertai
PAS, namun parti itu menolak kerana tidak mahu bekerjasama dengan DAP
rentetan kemelut di dalam Pakatan Rakyat tidak lama dahulu.
Begitu juga dengan Amanah, PAS bertegas tidak akan sesekali bekerjasama dengan parti yang dianggap sebagai pengkhianat itu.
Namun PAS komited untuk terus mengadakan kerjasama politik dengan PKR sahaja.
Sementara itu Tengku Adnan memberitahu Umno terbuka untuk bekerjasama dengan mana-mana parti politik, termasuk PAS.
Disediakan oleh : PeneranganPemudaSEREMBAN
Masjid Terbesar Eropah Di Moscow Dirasmi Putin
MOSCOW : Perbezaan agama tidak menghalang Presiden Russia, Vladimir Putin
untuk merasmikan masjid baharu di Moscow dan terbesar di Eropah dalam
satu acara besar-besaran semalam. Putin dalam ucapannya berkata, belia
Islam di Russia perlu dididik dan tidak didiskriminasi bagi menghalang
mereka daripada menjadi pelampau agama. Russia mempunyai lebih 20 juta
penduduk Islam dan ramai dalam kalangan penduduk Islam Russia menjadi
pelampau agama dan berjuang dengan pemberontak Negara Islam (IS).
"Kita lihat apa yang berlaku di Timur Tengah, pengganas IS menjatuhkan
maruah dan mencemarkan Islam dengan menyemai sifat kebencian, membunuh
orang serta memusnahkan warisan budaya di dunia dengan cara yang tidak
bertamadun. "Ideologi mereka dibina di atas pembohongan dan
penyelewengan Islam. Mereka cuba untuk merekrut pengikut di Russia juga.
Pembinaan masjid baru ini diharap dapat menghalang penduduk Islam
Russia terbabit dengan ideologi salah," katanya.
Masjid yang menelan kos AS$170 juta (RM745 juta) itu diberi nama Masjid
Cathedral Moscow dengan seni bina masjid banyak mengikut seni bina rumah
ibadat Kristian Ortodok Russia. Binaan kubah utamanya bersadur emas dan
mempunyai menara tinggi mencerminkan budaya Moscow dan mempunyai bulan
sabit sebagai simbol agama Islam. Majlis Mufti Russia menyatakan
pembinaan masjid ini turut mendapat derma daripada pihak swasta,
termasuk sumbangan daripada Kazakhstan dan Presiden Turki, Tayyip
Erdogan yang turut hadir pada majlis perasmian. Masjid yang boleh
menampung sehingga 10,000 jemaah telah dibina di atas tapak masjid yang
lebih awal didirikan pada abad ke-20 awal oleh masyarakat Tatar. Islam
adalah agama kedua terbesar di Russia selepas Ortodoks Kristian, yang
membentuk kira-kira 15 peratus daripada penduduk.
Disediakan oleh : PeneranganPemudaSEREMBAN
Politik Makin Kalut.....
Dengan kahancuran Pakatan Rakyat yang diganti dengan PAKATAN HARAPAN
yang dilancarkan pada hari ini 22/09/2015 menyaksikan kehadiran Parti
AMANAH yang terdiri daripada orang2 yang KECEWA DALAM pemilihan
Jawatankuasa Tertinggi PAS timpuh hari.
Bila kuasa bermain minda Siapa pun sanggup membelakangkan undang-undang dan
membelakangkan perjuangan kususnya DALAM memartabatkan Bangsa Dan Agama.
SAYA MULA RISAU APA AKAN JADI DI MALAYSIA INI JIKA DAP (PARTI KELAHIRAN
KOMUNIS) BERKUASA DI MALAYSIA INI NANTI. DAP SUDAH TENTU INGIN BERKUASA
SEPENUHNYA.
BANGSA MELAYU YANG ADA DALAM PAKATAN HARAPAN MEMANG TIDAK BOLEH
DIHARAPKAN, KEBANYAKAN NYA MENJILAT PUNGGUNG DAP. JANGAN SAMPAI BANGSA
MELAYU MENGGEMIS DIBUMI SENDIRI.
Disediakan oleh : PeneranganPemudaSEREMBAN
Fasa Pertama Menghapuskan PAS Berjaya
Pelancaran Pakatan Harapan yang dilancarkan hari ini 22/09/2015 telah
berjaya menghapuskan Parti Melayu Islam PAS, kata LGE. Dia juga berjaya
memperdaya orang2 melayu yang menyokong PKR Dan AMANAH.
INI LAH TEKTIK YANG DITURUNKAN OLEH PARTI PAP SINGAPURA KEPADA DAP.
DENGAN PERPECAHAN BANGSA MELAYU SAJA DAP AKAN DAPAT BERKUASA MEMERINTAH
MALAYSIA.
TIDAK MUSTAHIL Perlembagaan Malaysia boleh dipinda jika Pakatan Harapan
memenangi PRU14 nanti. Diawalnya orang melayu akan jadi PM Dan timbalan
sudah tentu Dari DAP. Dan tidak mustahil juga PM akan dapat kepada DAP,
ini semua boleh belaku setelah pelembagaan dipinda, kerana pemimpin
melayu DALAM Pakatan Harapan SEPERTI LEMBU DICUCUK HIDUNG.
Disediakan oleh : PeneranganPemudaSEREMBAN
Thursday, September 24, 2015
Pemimpin DAP Sekarang Tetap Sama Seperti DAP Tahun 1969
Perhimpuanan Merah telah meninggalkan tarikhnya, sedikit sebanyak telah
memberi tahu kepada DAP bahawa jangan bermain api perkauman dan
menyentuh sensitiviti orang Melayu khasnya.
Perhimpunan Merah yang julung kalinya dilakukan secara besar besaran
telah menunjukkan masih banyak lagi orang Melayu yang sanggup
mempertahankan bangsa Melayu, Agama Islam, Raja Melayu serta
perlembagaan Negara dari menjadi sasaran DAP untuk dihina.
Secara dasarnya perhimpunan ini juga telah menimbulkan kemarahan
penyokong Melayu DAP yang mempertikaikan perhimpunan yang dikatakan
rasis hanya disebabkan ianya melibatkan kepentingan hak hak orang
Melayu.
Bermula perancangan perhimpunan hendak dilancarkan, bermula dari situ
juga fitnah dan pembohongan serta provokasi dilakukan oleh puak puak
sebelah sana bagi memalukan orang Melayu yang ingin menyatakan
ketidakpuasan hati terhadap sikap yang ditonjolkan DAP.
Sikap yang hanya mementingkan faedah kepada DAP dan menidakkan hak hak
bangsa lain terutama Melayu menjadi agenda kepada DAP untuk membohongi
rakyat tentang perjuangan yang mereka lakukan adalah berdasarkan
kepentingan rakyat.
Seperti biasa, selepas dan semasa perhimpunan dijalankan para pejuang
cyber DAP dan juga PKR sedaya upaya untuk melakukan fitnah dan
memburukkan perhimpunan merah yang dijalakan secara aman.
Dari banner , kain rentang yang mamaparkan tujuan telah diedit dan
diubah untuk memburukkan keadaan. Tetapi mereka lupa bahawa dalam
perhimpunan bersih 4 secara jelas dan terang matlamat mereka bukan
kerana SPR, Kezaliman dan lain lain lagi. Akan tetapi mereka lakukan
adalah untuk menjatuhkan nmaruah pemimpin melayu yang ada sekarang.
Apa yang tidak dilakukan oleh BERSIH 4, setiap ayat dari banner dan
juga perbuatan mereka menunjukkan betapa mereka telah menolak
perlembagaan negara dan rukun negara sebagai asas keharmonian yang
perlu diamalkan oleh setiap warganegara.
Ini kah yang dinama kan BERSIH? Bersih mereka hanya apada sikap bermuka
muka sahaja, namun hakikatnya didalam hati mereka tetap tersemat
agenada kesamarataan dan Malaysian Malaysia yang mana telah terpahat
selama 46 tahun lagi.
Pemimpin yang ada sekarang didalam DAP adalah orang yang sama
menimbulkan rusuhan perkauman pada tahun 1969. Hakikatnya DAP tetap
sama dan tidak pernah berubah dalam perjuangan mereka seperti yang
diamanahkan oleh PAP iaitu untuk menguasai Malaysia secara total.
Bersih 4 adalah pra sokongan yang ditunjukkan kepada orang Melayu bahawa
pada pru 14 nanti sokongan mutlak orang Cina akan berpihak kepada
mereka , Agenda memecahkan Melayu telah tercapai, Mereka begitu yakin
bahawa dengan perpecahan tersebut sokongan terhadap UMNO akan
berkurangan dan hasilnya mereka boleh mengambarkan kemenangan pada PRU
14 nanti dan menguasai majoriti dalam parlimen.
Justeru itu, Melayu harus sedar, bahawa perjungan bangsa oleh DAP adalah
matlamatnya, perkataan rasis adalah hanya retorik bagi menghasut
pengundi bahawa DAP adalah sebuah parti yang mengamalkan sikap sama
rata.
Akan tetapi Pulau Pinang dan Selangor telah menjadi bukti corak
pemerintahan yang diamalkan adalah bersifat mementingkan satu satu
bangsa sahaja dan bukan berpihak kepada apa yang mereka katakan
kesamarataan dalam segala perkara.
Melayu harus sedar , DAP tetap seperti pada tahun 1969, dan DAP tidak
akan berubah untuk menidakkan agenda yang mereka telah mulakan. Jadi
jangan terpedaya, cukup la selama ini dibohongi oleh mereka ini.
Disediakan oleh : PeneranganPemudaSEREMBAN
Subscribe to:
Posts (Atom)