Sunday, November 29, 2015
1MDB Kesal Tun M Terus Keluar Kenyataan Mengelirukan
KUALA LUMPUR : 1Malaysia Development Berhad (1MDB) kesal dengan tindakan
bekas perdana menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad mengeluarkan kenyataan
salah dan mengelirukan secara berterusan terhadap syarikat pelaburan
strategik negara itu.
Dalam kenyataan di sini Ahad, 1MDB berkata, kenyataan itu kemudian
dilaporkan secara tidak bertanggungjawab tanpa analisis atau siasatan
kewartawanan oleh portal berita dalam talian tertentu.
Merujuk kepada tulisan Dr Mahathir dalam blognya berhubung penjualan
Edra Global Energy Bhd kepada China General Nuclear Power Corporation
(CGN), IMDB berkata, bekas perdana itu telah gagal dalam beberapa
percubaan untuk mempolitikkan isu 1MDB.
"Berdasarkan penyata kewangan Edra bertarikh 31 Mac 2015, menerusi
penjualan itu, 1MDB akan menerima tunai, nilai ekuiti RM9.83 bilion. Di
samping itu, Kumpulan CGN akan menanggung hutang aset operasi Edra
berjumlah RM7.43 bilion.
"Oleh itu, melalui penerimaan tunai dan pemindahan hutang, 1MDB akan
mencapai pengurangan hutang sehingga RM17 bilion, iaitu dalam lingkungan
jangkaan RM16 bilion hingga RM18 bilion mengikut pelan rasionalisasi.
"Adalah penting untuk menjelaskan bahawa pwengurangan hutang sehingga
RM17 bilion adalah melebihi dividen tunai kira-kira RM2 bilion yang
diperoleh oleh 1MDB daripada aset tenaga semasa pemilikannya," katanya.
Kenyataan itu menyebut 1MDB pada dasarnya kos dan pulangan pelaburannya
adalah sama rata menerusi proses tender antarabangsa, walaupun terpaksa
menjual aset-asetnya semasa dalam serangan berterusan dan mengelirukan
daripada pembangkang dan Dr Mahathir sendiri.
"Jika Tun Dr Mahathir sanggup meluang masa untuk mengkaji semula Nota
29(v) penyata kewangan 1MDB beraudit 31 Mac 2014 yang boleh diperoleh
oleh umum, beliau akan sedar bahawa daripada hutang 1MDB berjumlah RM42
bilion, sebanyak RM19.82 bilion hutang dalam denominasi Ringgit Malaysia
dan RM22 bilion dalam denominasi dolar Amerika (USD).
"Oleh itu terhadap lebih dari mencukupi hutang dalam denominasi Ringgit
Malaysia untuk dilunaskan daripada RM9.83 bilion hasil jualan tunai
Edra," katanya.
Ia berkata bagi hutang dalam bentuk USD yang menjadi kebimbingan Dr
Mahathir, mengikut perjanjian dengan International Petroleum Investment
Company (IPIC) pada 28 Mei 2015, ia adalah hasrat 1MDB bahawa bond
jaminan IPIC sebanyak AS$3.5 bilion akan diselesaikan menerusi kaedah
pertukaran hutang untuk aset dengan IPIC.
Langkah ini terarah kepada 1MDB memindahkan aset syarikat kepada IPIC
dalam bentuk deposit tunai dan dana unit USD, sebagai balasan untuk IPIC
mengambil alih jaminan bond AS$3.5 bilion, katanya.
Menurut kenyataan itu, Dr Mahathir juga telah mengelirukan pembaca
blognya dengan gagal menyebut bahawa tarif bagi Pengeluar Tenaga Bebas
(IPP) bagi aset Edra ditetapkan bagi tempoh hayat perjanjian pembelian
tenaga.
"Secara purata di semua loji tenaga kuasa Edra, ini adalah untuk tempoh
10 tahun akan datang. Jadi, tidak ada persoalan tarif IPP akan meningkat
bagi tempoh hayat perjanjian pembelian tenaga walaupun pertukaran hak
milik," katanya.
1MDB juga meminta Dr Mahathir supaya menggunakan fakta-fakta dan angka
dalam hujahannya dan menghentikan serangan politik yang mengelirukan
terhadap syarikat itu.
"Tun Mahathir telah berulang kali memperdaya orang awam dengan
kenyataan-kenyataan palsu. Paling ketara sekali beliau berkata 'RM42
bilion hilang' dalam 1MDB.
"Penjualan aset Edra dengan pengurangan hutang sehingga RM17 bilion,
jelas menunjukkan bagaimana sering kali dan terus Tun Mahathir melakukan
kesilapan.
"Kedua, Tun Mahathir telah berulang kali mempersenda bahawa RM2.6 juta
dalam akaun peribadi Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak adalah
daripada 1MDB walaupun Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM)
mengeluarkan tiga kenyataan bahawa tiada dana dari IMDB masuk ke dalam
akaun Datuk Seri Najib," katanya.
Disediakan oleh : PeneranganPemudaSEREMBAN
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment