Sunday, November 29, 2015
Isu Izzah kecil - Wan Azizah.... Semuanya Elok Belakalah.. Kalaulah BN?
SHAH ALAM : Presiden PKR, Datuk Dr. Seri Wan Azizah Wan Ismail
menyifatkan anaknya Nurul Izzah Anwar mangsa serangan peribadi akibat
isu pertemuannya dengan Jacel Kiram.
Jacel adalah anggota keluarga Sulu yang mengerahkan pemberontak bersenjata mencerobohi Lahad Datu dua tahun lalu.
Awal bulan ini Nurul Izzah diraikan dalam satu majlis di Manila yang turut di hadiri Jacel.
"Itu semestinya (serangan peribadi) dan ia adalah perkara kecil dan Izzah bukan penganjur majlis itu," kata Wan Azizah.
"Malahan mereka juga memberi publisiti kepada Izzah," katanya ketika
ditemui media selepas memberi Ucapan Penggulungan Kongres Nasional
Tahunan ke-11 di sini, hari ini.
Tambahnya, Nurul Izzah sudah memohon maaf dan perkara itu tidak perlu diperbesarkan.
"Kenapa mereka memperbesarkan. Sudah tentu dia telah meminta maaf kerana
dia tidak bertujuan untuk menyakitkan perasaan sesiapa," ujarnya.
Terdahulu, DUN Sabah meluluskan usul melarang Nurul Izzah dan Tian Chua dilarang daripada memasuki negeri itu.
Keputusan itu dibuat selepas 47 ADUN Sabah menyokong usul itu sementara tiga lagi ADUN berkecuali.
Nurul Izzah dan Tian Chua adalah Naib Presiden PKR melakukan lawatan ke
Manila untuk menggembeling sokongan bagi menekan Putrajaya membebaskan
Datuk Seri Anwar Ibrahim daripada penjara.
Anwar dihukum lima tahun penjara kerana sodomi.
Tindakan Nurul Izzah berjumpa Jacel Kiram kini dalam siasatan polis.
Pecerobohan Lahad Datu membawa kepada pertumpahan darah yang
mengorbankan sembilan prajurit, sebilangan orang awam dan hampir 70
pengganas yang menyokong keluarga Kiram.
Disediakan oleh : PeneranganPemudaSEREMBAN
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment