Sunday, November 29, 2015
Akuan Bersumpah Charles Mirip Modus Operandi Politik Murahan Pembangkang
KUALA LUMPUR : Bekas Naib Ketua Pemuda Angkatan Muda
Keadilan(AMK) pusat, Shamsul Hidayat Mohd Shariff berkata, akuan
bersumpah yang dilakukan oleh adik kepada mendiang Anthony Kevin Morais,
Charles Suresh Morais itu itu amat mirip kepada modus operandi politik
pihak pembangkang yang seringkali menggunakan akuan bersumpah sebagai
senjata untuk merosakkan imej kerajaan atau pemimpin tertentu.
Menurut beliau, berdasarkan sejarah modus operandi pihak pembangkang,
akuan bersumpah ini merupakan salah satu strategi yang seringkali diguna
pakai oleh mereka dan pengakuan terbaru adik kepada mendiang Anthony
Kevin ini juga seolah-olah mempunyai skrip dan jalan cerita yang sama.
“Yang pertamanya bagi saya, kemungkinan ini adalah taktik pembangkang
dengan stail politik murahan akuan bersumpah RM4 untuk menenggelamkan
isu kemenangan Datuk Salleh dalam kes berhubung penyelewengan di dalam
NFC di mahkamah, di mana secara tidak langsung kemenangan ini
memperjelaskan bahawa segala dakwaan Rafizi itu hanya pembohongan
belaka.
“Saya yakin, ada pihak tcharles moraisertentu yang sengaja mencipta
skrip dan jalan cerita akuan bersumpah adik mendiang ini untuk menutup
kesalahan dan kekalahan mereka dalam isu NFC yang ternyata tidak benar
apabila keputusan mahkamah berpihak kepada Datuk Salleh, suami kepada
Datuk Seri Shahrizat,”
“Sememangnya sudah menjadi taktik pembangkang dibantu oleh media-media
pro pembangkang untuk membangkitkan isu-isu baru bagi mengalihkan
perhatian rakyat terhadap isu-isu seperti isu kemenangan Datuk Salleh,
yang boleh menjejaskan pandangan dan persepsi rakyat terhadap pihak
pembangkang,” jelasnya.
Selain itu katanya lagi, kredibiliti Charles juga diragui apabila
adiknya sendiri, Datuk Richard Morais mempertikaikan kenyataannya di
dalam akuan bersumpah tersebut.
“Bagaimana kita boleh mempercayai akuan bersumpah seseorang yang
dipertikaikan oleh adiknya sendiri. Kenyataan Richard secara jelas
menyangkal dakwaan Charles bahawa Kevin telah memaklumkan kepadanya
tentang siasatannya sedangkan kata Richard, Kevin seorang yang tegas dan
tidak akan berkongsi dengan sesiapa pun berhubung maklumat kerjanya.
“Malah dakwaan Richard bahawa Charles tidak tersenarai dalam wasiat
Kevin juga boleh menimbulkan seribu pertanyaan dan syak wasangka di mana
ada kemungkinan kemungkinan ada pihak yang sengaja memujuk atau
mengumpan Charles untuk membuat akuan bersumpah demi untuk mendapat
keuntungan tertentu bagi kedua-dua belah pihak.
“Namun bagi saya secara peribadi, akuan bersumpah ini merupakan modus
operandi biasa yang dijakankan oleh pihak pembangkang memandangkan masa
isu ini ditimbulkan dan juga pendekatan akuan bersumpah yang digunakan
adalah sama seperti mana yang pernah terjadi sebelum ini,”
ujarnya.
Disediakan oleh : PeneranganPemudaSEREMBAN
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment