Hina sangatkah Melayu??? Kes pemecatan JKKK dan rintihan Dr Norlela sebagai bukti kukuh.
Walaupun ADUN Penanti dari parti PKR namun ia menunjukkan kedudukan
maruah Melayu di mata kerajaan pulau pinang yang tidak pernah dipandang
oleh pihak kerajaan yang dikuasai DAP.
Perbuatan Melayu Islam merintih minta simpati dari non muslim dari parti DAP sungguh memalukan...
Masa kecil dulu arwah ayah PT pernah bercerita mengenai fakta dan sejarah yang perlu dikongsikan bersama ...
Pada zaman darurat dan penjajahan komunis/british, kaum cina yang berada
di Malaysia telah meminta perlindungan dan minta pertolongan dari orang
Melayu tempatan untuk selamatkan mereka dari ditangkap, diseksa dan
dipenggal kepala oleh komunis semasa zaman darurat tersebut.
Orang kampung Melayu yang kasihan dan bersimpati sanggup memakaikan
songkon dan baju Melayu apabila komunis memeriksa kawasan kampung bagi
menangkap orang Cina yang berada disana.
Melihat kejadian rakan DAP dalam pembangkang sendiri menangis bila
mengenangkan nasib peruntukan rakyat tidak turun ke kawasan melayu dan
luar bandar, memang ini sesuatu yang sudah melampau dan tidak boleh
diterima akal.
Bagaimana pula kalau ADUN BN yang suarakan pendapat tu ye?? mesti dibakul sampahkan.. ni la sikap DAP yang sebenar.
P/S : BOIKOT DAP pada PRU14 nanti
KUALA LUMPUR - Pas telah memutuskan menjadi pembangkang di Pulau Pinang,
namun ramai penganalisis melihat Pas juga perlu berbuat demikian di
Selangor.
Penganalisis politik berpendapat pendirian Pas itu perlu konsisten dan terpakai di semua negeri.
Setiausaha Kluster Politik, Keselamatan dan Hal Ehwal Antarabangsa
Majlis Profesor Negara, Prof Datuk Abdul Halim Sidek berkata, Pas perlu
menetapkan pendirian mereka untuk menjadi pembangkang di Selangor, atau
menyertai sahaja pakatan baharu pembangkang yang dikenali sebagai
Pakatan Harapan.
"Hakikatnya Pas adalah parti yang banyak membantu kedua-dua kerajaan
Selangor dan Pulau Pinang dan saya yakin jika Pas tidak lagi bersama
mereka, Pakatan Harapan tidak mampu mempertahankan kemenangan dalam
pilihan raya akan datang," katanya kepada Bernama di sini, hari ini.
Semalam, Pas mengisytiharkan untuk menjadi pembangkang di Pulau Pinang
berikutan tindakan kerajaan DAP negeri itu yang memecat 300 anggota
Jawatankuasa Kemajuan dan Keselamatan Kampung (JKKK) daripada kalangan
anggota Pas.
Setiausaha Agung Pas, Datuk Takiyuddin Hassan dilaporkan berkata ekoran
tindakan itu Pas tiada pilihan lain dan perlu bertindak sebagai
pembangkang kepada bekas rakan sekutu mereka dalam Pakatan Rakyat yang
membentuk kerajaan negeri Pulau Pinang.
Sementara itu, Prof Madya Dr Mohd Azizuddin Mohd Sani pula berkata,
tindakan kerajaan DAP Pulau Pinang itu adalah berdasarkan tindakan Pas
yang tidak lagi mahu bekerjasama dengan mereka di peringkat Pakatan
Harapan.
Beliau juga menegaskan bahawa tindakan Pas Pulau Pinang untuk menjadi pembangkang juga tepat selepas tindakan DAP itu.
"Anehnya, kenapa Pas tidak membuat keputusan yang konsisten dan
mempertahankan prinsip mereka dengan turut mengisytiharkan diri mereka
sebagai pembangkang di Selangor?," katanya.
Disediakan oleh : PeneranganPemudaSEREMBAN
No comments:
Post a Comment