Sunday, November 22, 2015
Ini Satu Hal Serius... Nurul Izzah Mungkin Disiasat Bawah SOSMA - Ketua Polis Negara
Bab Nurul Izzah sudah minta maaf isu bergambar dengan Jacel Kiram...itu
cerita lain.Namun Polis DiRaja Malaysia memandang serius pertemuan Ahli
Parlimen PKR Lembah Pantai dengan puteri Jamalul Kiram III di Manila
pada 9 November lalu.
"Ini satu hal serius.Seorang Ahli Parlimen jumpa musuh negara.Kami
perlu panggil dia untuk bertanya kenapa," kata Ketua Polis Negara Tan
Sri Khalid Abu Bakar.
Menurutnya pertemuan berkenaan juga telah menguris hati keluarga anggota
keselamatan yang terkorban semasa pencerobohan gerombolan bersenjata
Sulu pada Februari, 2013.
"Ya,beliau sudah mohon maaf...tapi itu hal lain,"katanya.
Beliau yang ditemui wartawan di Bukit Aman pagi Ahad menjelaskan Nurul
Izzah boleh disiasat dibawah Seksyen 124 Kanun Cara Jenayah dan mungkin
juga Akta Kesalahan Keselamatan (Langkah-langkah Khas) 2012 (SOSMA).
Khalid kata Nurul Izzah akan dipanggil minggu depan untuk beri keterangan mengenainya.
Beliau juga kurang yakin pada dakwaan Naib Presiden PKR itu bahawa
pertemuan dengan Jacel Kiram itu berlaku secara tidak sengaja.
"Saya sebagai ketua pasukan polis sangat kecewa dengan tindakan
beliau.Dari gambar ia tidak kelihatan seperti tidak sengaja.Itu gambar
posing,"katanya.
Sabtu,Nurul Izzah buat kenyataan mohon maaf atas isu berkenaan kerana menguris hati rakyat Malaysia.
Bagaimanapun beliau mendakwa pertemuan dnegan Jacel Kiram itu bukan atas
permintaannya dan sebaliknya diatur oleh penganjur di Manila.
Setakat ini beberapa laporan polis sudah dibuat di sekitar negara mengenai pertemuan berkenaan yang mencetuskan kemarahan ramai.
Disediakan oleh : PeneranganPemudaSEREMBAN
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment