Sunday, November 22, 2015

Keluarga 69 : PAS Pembangkang Di Pulau Pinang, Kerajaan Di Selangor

Kecelaruan politik yang melanda PAS DAP dan PKR sudah sampai ketahap membimbangkan. Percaturan mereka dilihat bagaikan sebuar sarkas atau dengan lebih tepat keluarga 69 yang dipopularkan oleh seniman agung kita P.Ramlee.

Samada di negeri Selangor ataupun Pulau Pinang, senario yang sama tetapi berbeza wujud hanya kerana keegoan, kepentingan politik dan ketamakan kuasa. Kesemua unsur tersebut telah menyebabkan pakatan rakyat ataupun pakatan harapan menjadi bahan lawak politik masa kini.

Kita bercakap mengenai PAS, PKR dan DAP. Gabungan ketiga-tiga parti ini menghasilkan keputusan yang berbeza mengikut kehendak mereka sendiri. Di Pulau Pinang , PAS diletakkan dalam “kandang” pembangkang tetapi di Selangor PAS bersama-sama PKR dan DAP membentuk kerajaan di sana. Dengan kata lain, mereka menghalalcarakan segalanya demi kepentingan politik masing-masing.

Baru-baru ini PAS mengisytiharkan bahawa kini mereka merupakan parti pembangkang di Pulau Pinang, ekoran pemecatan 300 anggotanya daripada pelbagai Jawatankuasa Kemajuan dan Keselamatan Kampung (JKKK) di negeri itu baru-baru ini.

Mereka dipecat berikutan keputusan parti itu untuk tidak menyertai pakatan pembangkang baharu, Pakatan Harapan.

Ironinya pula Wakil rakyat tunggal PAS dalam dewan perundangan Pulau Pinang menegaskan beliau masih sebahagian pentadbiran negeri walaupun setiausaha agung parti itu mengisytiharkan ia kini di pihak pembangkang. Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Permatang Pasir Datuk Mohd Salleh Man berkata, beliau baru sahaja membaca berita mengenai kenyataan setiausaha agung PAS Datuk Takiyuddin Hassan apabila pemberita menyerbu beliau di DUN Pulau Pinang bertanyakan hal itu.

Mohd Salleh Man menggunakan alasan yang Takiyuddin hanya mengumumkan parti itu kini pembangkang di Pulau Pinang tetapi tidak berkata apa-apa tentang wakil rakyatnya sedangkan PAS hanya ada seorang sahaja wakil rakyat di Pulau Pinang.

Malahan Mohd Salleh Man turut menggunakan alasan di Selangor dimana wakil rakyat mereka masih bersama gabungan DAP, PAS dan PKR.

Senario di Selangor masih menyaksikan PAS tetap sebahagian daripada pentadbiran Selangor, bersama PKR dan DAP, walaupun dengan terkuburnya Pakatan Rakyat selepas PAS memutuskan hubungan dengan DAP terdahulu tahun ini. Tiada seorang pun daripada exco negeri PAS di Selangor meletakkan jawatan.

Cuma perbezaan antara Pulau Pinang dan Selangor pula,  kerajaan Selangor pimpinan PKR tidak mengumumkan ia sebuah kerajaan Pakatan Harapan.

Salleh berkata, kedudukannya bergantung kepada speaker DUN.

“Saya memenangi kerusi itu atas semangat Pakatan Rakyat. Gabungan itu membentuk kerajaan negeri dan kini nama kerajaan negeri ditukar kepada Pakatan Harapan.

“Perubahan nama tidak menjadi isu kepada saya. Sebagai Adun pentadbiran ini, saya akan menyokong kerajaannya, tidak kira apa juga nama yang diberi.

“Kita perlu menghormati manifesto yang membawa kepada kemenangan kita dalam pilihan raya. Tidak perlu buat apa-apa andaian lagi.”

Nampak gayanya, Mohd Salleh Man ini mempunyai potensi besar menyertai parti AMANAH. Beliau dilihat masih sanggup sujud pada DAP walaupun PAS telah “dipijak” dan dihina dengan cukup teruk oleh DAP. Hidup ini sia-sia tanpa maruah diri. Berundurlah sementara masih ada sisa harga diri anda. 

Disediakan oleh : PeneranganPemudaSEREMBAN

No comments:

Post a Comment