Sunday, November 22, 2015

Takut Hilang Kuasa Kot !!!!! Wakil Rakyat PAS Sanggup Jadi Balaci DAP?

Kenyataan Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Permatang Pasir Datuk Mohd Salleh Man yang menyokong penuh dan setia tidak berbelah bahagi terhadap DAP Pulau Pinang berjaya menyelamatkan beliau daripada dipecat dari jawatan  yang dipertua Majlis Agama Islam Negeri Pulau Pinang.

Fakta ini sekaligus meletakkan beliau dalam keadaan “menderhaka” kepada PAS yang telah mengistiharkan bahawa parti itu sebagai pembangkang di Pulau Pinang berikutan tindakan kerajaan DAP menamatkan perkhidmatan 300 ahli Jawatankuasa Keselamatan dan Kemajuan Kampung (JKKK) daripada PAS di kawasan Parlimen Kepala Batas.

Selama ini DAP dapat bekerjasama dengan PAS kerana kepimpinan PAS tidak pernah melawan arahan mereka. Namun  sokongan penyokong PAS terhadap parti itu berkurangan dengan drastik pada PRU 13 yang lepas apabila PAS terlalu banyak berdolak dalih berkenaan hudud.

Perkara ini telah memaksa PAS untuk mula bertegas untuk melaksanakan hudud PAS. Di sini lah bermula titik tolak persengketaan PAS dan DAP. Bagi DAP mereka memerlukan PAS yang “sujud” pada mereka.

Dalam kes Mohd Salleh Man, beliau telah menyatakan  kesetiaan terhadap DAP, walaupun beliau masih lagi ahli PAS. Dengan sebab itu, Mohd Salleh Man masih berada dalam kerajaan DAP Pulau Pinang. Selagi wakil rakyat PAS itu bersedia dan setia berkhidmat untuk DAP maka beliau masih “selamat”.

“Beliau juga sedia membela kerajaan negeri Pakatan Harapan dan kepimpinan kerajaan Pakatan Harapan. Saya rasa itu penting. Sekiranya sedia membuat kenyataan terbuka seperti ini, maka tidak timbul isu sama ada beliau setia atau tidak.

“…selain Cekap, Bersih, Amanah, (wakil rakyat) mesti setia. Beliau menunjukkan kesetiaan dan menyokong dasar serta kepimpinan negeri termasuk menyokong saya sebagai ketua menteri,” kata Lim Guan Eng.

Menurut beberapa orang pemerhati politik, Presiden PAS, Datuk Seri Abdul Hadi Awang kini menjadi sasaran serangan pakatan harapan. Malahan Husam Musa turut mengecam Haji Hadi dalam beberapa siri kenyataan beliau.

Selain daripada itu juga, Lim Guan Eng turut menjadikan Hadi Awang sebagai “punching bag” beliau. Lim dilihat seolah-olah cuba menghasut ahli PAS agar memberontak lawam Presiden mereka.

“Kena ingat, DAP tidak memutuskan hubungan dengan PAS. DAP putuskan hubungan dengan presiden PAS (Datuk Seri Abdul Hadi Awang)…PAS yang putuskan hubungan dengan DAP.” – Lim Guan Eng

Beliau meminta PAS menyatakan pendirian dan membuat keputusan berhubung 70% lagi ahli PAS yang masih menjadi JKKK. Adakah jawatan JKKK Pulau Pinang dijadikan umpan dalam menghasut ahli PAS bencikan presiden mereka?

Sebelum ini PAS telah menyatakan pendirian memutuskan hubungan dengan DAP, namun Lim masih minta PAS menyatakan pendirian sekali lagi dengan seolah-olah mengugut untuk memecat 70% lagi ahli PAS yang masih memegang jawatan JKKK. Adakah nilai kesetiaan PAS terletak pada gaji JKKK?

Rakyat dapat melihat dengan lebih jelas matlamat dan perjuangan PAS dalam hal ini. Rentak ahli PAS dalam menjaga maruah dan harga diri mereka sedang dalam pemerhatian rakyat. Zaman memperbodohkan rakyat dengan janji palsu dan putar belit telah berlalu. Ambil lah keputusan dengan bijak. 

Disediakan oleh : PeneranganPemudaSEREMBAN

No comments:

Post a Comment