Thursday, November 12, 2015
“Jangan Cap Saya Rasis Kerana Bela Bumiputera,” – Ismail Sabri
PUTRAJAYA : Anggota Majlis
Tertinggi UMNO Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob berkata beliau tidak
seharusnya dicap sebagai rasis semata-mata kerana beliau menyuarakan kepentingan Melayu dan Bumiputera.
Menteri Kemajuan Luar Bandar dan Wilayah
itu menegaskan beliau akan terus membela nasib orang Melayu dan
Bumiputera tanpa menindas kepentingan kaum lain.
“Mungkin saya telah dicop rasis tetapi
prinsip saya senang…kita bela kaum kita dan jangan tindas kaum lain.
Selagi itu dilakukan, bagi saya tidak ada salah dengan apa yang saya lakukan.
“Jika pemimpin Cina mahu bercakap
mengenai kaum tersebut, silakan, tiada masalah tetapi bila saya sebut
tentang Melayu jangan anggap saya rasis,” katanya mengulas kenyataan
anggota jawatankuasa pusat MCA Datuk Lua Choon Hann semalam yang
menuduhnya menggunakan isu rokok elektronik atau vape sebagai
isu perkauman.
Beliau bercakap kepada pemberita selepas
melancarkan majlis konvokesyen Kolej Universiti Agrosains Malaysia kali
ke-14 di Pusat Konvensyen Antarabangsa Putrajaya di sini hari ini.
Ismail Sabri berkata sebagai rakan komponen Barisan Nasional, MCA
sepatutnya memahami tanggungjawab beliau sebagai pemimpin UMNO dalam
membantu kaum Melayukerana begitu juga dilakukan oleh parti komponen
lain untuk kaum masing-masing.
Katanya UMNO tidak ada masalah jika MCA
cuba berbuat sesuatu untuk kaum Cina malah adakalanya sedia bekerjasama
untuk tujuan itu.
Ismail Sabri menggesa Lua berhenti
melabelkan dirinya sebagai rasis sebaliknya fokus kepada usaha menarik
lebih ramai pengundi Cina menyokong MCA dan BN.
Beliau berharap Kementerian Kesihatan
dapat segera bertemu dan berbincang bersama peniaga-peniaga vape, bagi
mencari penyelesaian terbaik terhadap isu berkenaan.
Disediakan oleh : PeneranganPemudaSEREMBAN
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment