Hasil kajian yang saya perhalusi, jelas sekali keanggotaan parti DAP
tidak mencerminkan komposisi sebenar penduduk Malaysia yang hidup
berbilang kaum. Lihat saja ADUN-ADUN di Dewan Undangan Negeri Pulau
Pinang dan Selangor. Majoritinya keanggotaan parti ini adalah dari
kalangan cina DAP dan tiada seorang pun dari kalangan orang Melayu yang
berkhidmat sebagai ADUN dalam parti ini. Parti ini langsung tidak
mencerminkan kepelbagaian kaum yang diperjuangkan mereka.
Sebaliknya
mereka akan memperjuangkan sentimen politik mereka demi kepentingan
mereka sahaja. Sekiranya DAP berkuasa, bukti-bukti sudah dapat dilihat
dengan jelas di mana, kuasa-kuasa memerintah akan dikuasai kumpulan ini.
Buka mata dan lihat lah apa yang berlaku di sekeliling kita khususnya
dalam Parti DAP.
Selain itu, slogan-slogan DAP juga didapati memperlihatkan DAP sebagai
sebuah parti yang tamakkan kuasa, mana tidaknya slogan seperti JOM UBAH!
dan INI KALI LAH! adalah slogan yang keterlaluan. Slogan Jom Ubah! pula
untuk perhatian semua, membawa seribu satu makna seperti UBAH
segala-galanya dalam pemerintahan sedia ada dari hak keistimewaan semua
rakyat, landskap politik negara dan sebagainya.
Fikir-fikirkan lah. Masa depan negara di tangan ANDA.
Disediakan oleh : PeneranganPemudaSEREMBAN
No comments:
Post a Comment