Monday, November 30, 2015
Bekas KPN Beri Ulasan : Charles Morais Buat Cerita Tidak Masuk Akal Dan Bodoh
Dakwaan Charles Morais mendiang abangnya, Anthony Kevin Morais
memberinya pemacu USB yang mengandungi semua maklumat berkaitan siasatan
terhadap pemimpin politik dianggap cerita tidak masuk akal dan cerita
bodoh.
Komen itu diberikan bekas Ketua Polis Negara, Tan Sri Musa Hassan ketika
dihubungi FMT bagi mengulas dakwaan terbaharu Charles itu.
“Kenapa dia menceritakan semua ini kepada media? Buat laporan polis dan serah bukti kepada polis.
“Biar polis jalankan siasatan. Cerita yang mengatakan Kevin memberinya
pemacu USB ketika dia berada di luar negara adalah cerita bodoh,”
katanya.
Sementara itu, Presiden Pertubuhan Minda dan Sosial Prihatin, Ramesh Rao
berkata, Charles bukan sumber berkredibiliti kerana memiliki rekod
kewangan tidak baik ketika menjalankan perniagaan di luar negara.
Dia mendakwa, Charles tidak dinamakan dalam wasiat Kevin menunjukkan hubungan kedua-duanya bermasalah.
Ramesh memberi tempoh tujuh hari kepada Charles untuk menyerahkan bukti
kepada polis atau dia akan membuat laporan polis terhadap Charles.
Dalam Akuan Bersumpah, Charles mendakwa Kevin bertanggungjawab
membocorkan deraf pendakwaan terhadap seorang personaliti politik kanan
kepada Sarawak Report.
Disediakan oleh : PeneranganPemudaSEREMBAN
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment