Monday, November 30, 2015

Projek Mega 30B & Tambak Laut Di Pulau Pinang Membimbangkan Rakyat - ADUN BN

Usul yang saya bawa pada Sidang DUN yang baru bersurai adalah bertujuan bagi menyuarakan kebimbangan rakyat Pulau Pinang mengenai pengurusan harta dan khazanah negeri oleh Kerajaan Negeri Pulau Pinang.
Sebagai wakil rakyat, saya adalah bertanggungjawap untuk melaksanakan tugas saya kepada rakyat yang saya wakili dengan menyuarakan kebimbangan rakyat Pulau Pinang ke Sidang DUN.

Tanggungjawap saya sebagai anak Pulau Pinang adalah untuk seluruh negeri ini.
Saya percaya Yang Berhormat Adun Tanjung Bunga yang menyokong usul saya juga berpandangan demikian. Begitu juga 5 wakil rakyat PKR yang mengambil kedudukan untuk tidak mengundi usul tersebut.

Sebagai anak kelahiran Pulau Pinang, kami mahu yang terbaik untuk Pulau Pinang hari ini dan lebih-lebih lagi untuk generasi akan datang.

Terdapat beberapa keputusan dan tindakan Kerajaan Negeri yang menimbulkan keraguan dan kebimbangan rakyat; antaranya:-


A. Projek Lebuhraya dan Terowong Dasar Laut:
Kontrak melaksanakan Kajian Kebolehlaksanaan (Feasibility Study) dan Rekabentuk Terperinci (Detailed Design) diserahkan kepada Konsortium Zenith-BUCG yang juga akan bertindak sebagai Kontraktor Pelaksana projek. Kos untuk dua kajian tersebut adalah lebihkurang RM305 juta ( RM 96.00 Juta merupakan kos kajian Terowong dan RM 208 Juta adalah untuk kos kajian 3 Projek Jalan-Jalan Utama) ; yang akan dibayar dengan pemberian milik tanah di Seri Tanjung Pinang (STP 1 & 2).

Sehingga kini, sebahagian pembayaran sudah dibuat oleh kerajaan Negeri dengan memberi milikan tanah Lot 702 di Seri Tanjung Pinang 1. Nilai tanah tersebut adalah berjumlah RM 135.00 Juta.

Ini bermakna yuran iktisas untuk penyediaan Kajian Kebolehlaksanaan dan Rekabentuk Terperinci bagi lebuhraya yang perlu dibayar tidaklah mencuckupi dengan hanya sekeping tanah diatas. Bagaimana kaedah dan dari mana wang untuk pembayaran baki yuran tersebut?

Setahu saya kajian Kajian Terperinci Impak Alam Sekitar atau Detailed Environmental Impact Assessment (DEIA) belum siap dilaksanakan untuk projek berkenaan.

Pernah saya bertanya apa akan berlaku jika sekiranya Lapuran DEIA itu tidak menyokong projek tersebut dilaksanakan berdasarkan reabentuk terperinci yang hampir siap sedangkan pembayaran telah dijelaskan atau pemberian hak milik tanah kerajaan negeri sudah dibuat kepada kontraktor pelaksana projek yang dilantik.

Apakah tanah-tanah tersebut akan dikembalikan hak milik kepada kerajaan negeri?

Kenapa Kerajaan Negeri tidak menjalankan kajian DEIA yang dimestikan untuk projek ini sebelum menandatangani sebarang perjanjian dengan kontraktor?

Kenapa Kerajaan Negeri mengambil risiko kehilangan tanah milik rakyat Pulau Pinang?

Berdasarkan kepada Kertas Lapuran PAC keatas Lapuran Mengenai Projek Jalan-Jalan Utama dan Terowong (yang dibentangkan dalam Sidang DUN), Anggaran Kos Projek Jalan Pakej 1 adalah RM 377.00 Juta, Pakej 2 adalah RM 851.00 Juta dan Pakej 3 adalah RM 757.00 Juta, menjadikan kos keseluruhan adalah RM 1,985.00 Juta.

Yuran yang agak tinggi dibayar kepada kontraktor pelaksana tetapi berisiko tanpa telebih dahulu mendapat kelulusan DEIA.
Projek ini adalah satu contoh risiko yang diambil oleh kerajaan negeri yang melaksanakan projek tanpa terlebih dahulu menyiapkan DEIA.
B. Projek Tambakan Persisiran Pantai Gurney Drive:

Kawasan persisiran pantai Gurney Drive bukan sebahagian dari kawasan yang diluluskan sebelum ini oleh Kerajaan Barisan Nasonal untuk tambakan laut dalam Projek Seri Tanjung Pinang Fasa 2.

Kerja-kerja menambak kawasan laut sekuas 131 ekar ini diberikan kepada E&O dan menjadi sebahagian dari pakej Seri Tanjung Pinang Fasa 2 sebagaimana diumumkan E&O Berhad kepada Bursa Malaysia.

Selain dari itu, terdapat sejumlah 20 ekar keluasan tambahan kepada keluasan asal semasa dibawah pentadbiran BN iaitu seluas 980 ekor (untuk STP1 dan 2). Anggaran bagi nilai tanah bagi keluasan 20 ekar setelah siap ditambun adalah lebihkurang 500.00 Juta.

Berapa pula nilai tanah bagi kawasan seluas 131 ekar apabila siap ditambun kelak dan berapa nilai kasar pembanggunan di sana nanti. Didalam sidang dewan dimaklumkan bahawa tanah ini akan diserahkan kepada kerajaan Negeri secara percuma. Saya menganggarkan kos tambakan ini adalah RM 370.00 Juta.

Ianya satu jumlah yang besar yang diberikan kepada Kerajaan Negeri ‘secara percuma’. Adakah tanah ini akan menjadi sebahagian daripada subjek perundingan diantara kerajaan negeri dan Kontraktor Pelaksana lebuhraya dan terowong. Jika dibangunkan untuk pembangunan, pastinya akan bernilai ribuan jutaan ringgit. Pastinya komposisi dan density pembangunan juga special.
C. Penambakan Kawasan Laut persisir Permatang Damar Laut/Barat Daya Pulau Pinang bagi membiayai kos Penang Transport Masterplan

Apakah kajian DEIA sudah dijalankan untuk menambakkan kawasan laut Pulau Pinang sebelum Kerajaan Negeri melantik Konsortium SRS sebagai Kontraktor Pelaksana? Jika anggaran kos perlaksanaan projek di bawah Penang Transport Master Plan bernilai RM 27.00 Billion, saya tidak boleh bayangkan keluasan laut yang akan di tambak, pastinya sangat luas dan besar. Dari berita yang saya dengar hampir 4,000 ekar.

Maka, atas kesedaran inilah saya membawa usul supaya diberi penekanan agar kajian EIA atau DEIA dilaksanakan terlebih dahulu untuk mana-mana projek yang memerlukan kajian dilaksana sebelum kerajaan negeri melantik kontraktor pelaksana projek.

Dan adalah menjadi syarat agar lapuran itu perlu dibawa kepada pendengaran awam.

Selain daripada pedengaran awam mengenai lapuran EIA, pendengaran awam yang dimaksudkan juga perlu dibuat oleh pihak kerajaan negeri bagi membolehkah anggota masyarakat mengetahui tentang projek tersebut, dimaklumkan tentang kesan-kesan ekonomi, social, pembangunan dan juga pekerjaan.

Mereka boleh memberi pandangan untuk pertimbangan kerajaan negeri kerana projek-projek baru itu akan memberi dan membawa kesan besar keatas kehidupan mereka hari ini dan masa depan.
Masyarakat secara umumnya tahu, nelayan telah nampak aktiviti pengukuran, dan NGO, antaranya CAP telah menyatakan bantahan. Semuanya menyatakan kerisauan akan kesan-kesan ekoran daripada kerja-kerja pengorekan dan penambakan laut.

Tidak juga timbul soal negeri Pulau Pinang akan muflis kerana terpaksa memberhentikan projek kerana usul saya hanya merujuk kepada Menangguh semua rancangan penambakan laut baru (lihat dikembarkan salinan USUL yang telah dikemukakan).
USUL YANG TELAH DIKEMUKAKAN dalam Sidang DUN
Saya YB. Sr. Muhamad Farid Bin Saad, ADUN Pulau Betong ingin mengemukakan satu usul di bawah Peraturan-peraturan Mesyuarat Dewan Undangan Negeri Pulau Pinang yang berbunyi Seperti berikut :-

“Bahawa Dewan Yang Mulia ini membuat satu ketetapan untuk mengarahkan Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri Pulau Pinang

A. Selaras dengan nilai pentadbiran Kerajaan Negeri yang menekankan Cekap Akautabiliti dan Telus, maka semua projek / konsesi yang melibatkan penambakan laut untuk mewujudkan tanah tebusguna bagi tujuan pembangunan sebagai gantian atau pertukaran bagi menampung kos projek pembangunan infrastuktur asas atau projek pengangkutan awam atau apa-apa tujuan pembangunan hendaklah dibentang untuk pendengaran awam terlebih dahulu sebelum dimuktamadkan.

B. Menangguh semua rancangan penambakan laut baru bagi mewujudkan tanah tebusguna sehingga satu kajian terperinci dan oceanik serta kajian impak alam sekitar serta kajian impak sosial akibat daripada cadangan penambakan laut di seluruh Negeri Pulau Pinang dibuat dan membatalkan semua rancangan tersebut sekiranya ia memberi kesan yang negatif.

YB Muhammad Farid Saad
ADUN Pulau Betong

Disediakan oleh : PeneranganPemudaSEREMBAN

No comments:

Post a Comment